31

1.2K 80 4
                                        

12:00 a.m 26/10

"Afrina.."

"Afrina.."

"...."

"Woi Rayfal !"

"Hah! Rayfal?? mana-" Belum sempat Afrina nak gelabah lagi Dhia dah menekup mulutnya.

"Shhh diam lah!" Marah Dhia dengan nada yang perlahan.

"Eh sana lah tangan kau, dahlah bau sambal" Adu Afrina apabila tangan Dhia masih melekat di mulutnya.

"Ish, aku makan sambal mak aku buatlah" Kata Dhia lalu menjeling Afrina.

"Tak tak, sekarang ni yang kau pagi-pagi buta ni dah kenapa kejutkan aku? Ada masalah mental ke?" Soal Afrina dengan pelik.

"Eh kau tak ingat ke harini hari apa?" Soal Dhia balik.

"Entah, harini tarikh berapa"

"Haih, awak awak.. harini 26 hari bulan 10 awak.." Kata Dhia dengan nadanya yang lembut.

"Jadi?" Selamba saja Afrina bertanya.

'Perempuan ni buat-buat lupa ke memang dia dah nyanyuk' Bisik Dhia sambil tersenyum melihat rakan kesayangannya itu.

"OH-"

"Kejap-"

"Birthday Qayla ke ?!!" Terbeliak mata Afrina apabila dia tersedar.

Papp!

"Haa aku dah suruh senyap kan.. kan dah kena dengan aku" Kata Dhia yang baru sahaja menepuk kepala Afrina itu.

"Fuhh bisa tangan kau ni"

"Eh tapi kalau birthday dia pun kau nak buat apa pagi-pagi ni?" Tanya Afrina dengan buat muka peliknya.

Dhia yang geram dengan Afrina tadi terus tersenyum apabila dia teringat sesuatu yang dirancang olehnya.

"Ehem"

"Macam ni.."

•••••

"Apa benda yang korang bising-bising semalam?" Tanya Qayla yang sedang menggeliat akibat baru bangun tidur.

"...."

"Eh"

Qayla yang sedang memejamkan matanya tadi terus terbuka luas apabila dia sedar yang dua sahabatnya tiada di dalam bilik. Mana pula diaorang pergi?

"Nak kata ada kelas, tak ada pula. Pergi beli barang ke?" Kata Qayla sampai tergaru-garu kepala dibuatnya.

Lalu tanpa memikirkan apa-apa Qayla pun cuba untuk menelefon mereka berdua.

Calling...

Declined

"Pergh-"

"Dia declined call aku?" Terbeliak mata Qayla apabila Dhia membatalkan panggilannya.

Qayla cuba berfikir positif, jadi dia cuba untuk menelefon Afrina pula. Malah, dia pun sama sahaja.

"Kenapa dengan budak dua ekor ni?" Tanya Qayla sambil mengerutkan dahinya.

Sedang Qayla berfikir dan cuba untuk membelek-belek biliknya, tiba-tiba matanya terhenti apabila ternampak kalendar yang berada di atas meja Dhia.

"26 bulan 10?" Qayla termenung seketika, macam ada sesuatu yang tak kena.

"Eh 26!"

"Tarikh lahir aku tu!" Terkejut Qayla apabila dia sedar lalu dia tersenyum-senyum.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now