37

1.2K 130 21
                                        

3 bulan kemudian..

Sedar tidak sedar, sudah habis 100 hari yang Qayla dan Rayyan janjikan. Bermakna hari ini Qayla patut memberitahu perasaannya terhadap Rayyan.

Qayla yang sedang duduk di kerusi yang terdapat di halaman rumahnya termenung memikirkan hal itu. Hari ini hari minggu jadi dia membuat keputusan untuk duduk sahaja di rumah.

Sejujurnya perasaan suka kepada Rayyan sedikit demi sedikit telah muncul. Dalam masa 100 hari ni banyak cara yang Rayyan lalukan demi mendapatkan Qayla sehingga perasaan itu bertukar menjadi cinta.

Mungkin?

Tetapi yang Qayla pelik, Rayyan langsung tidak menghantar apa apa pesanan kepadanya. Call pun lagi lah tiada.

"Dia lupa ke dengan janji tu?" Soal Qayla sendirian.

Dia terus mengambil phonenya yang terletak di atas meja dan cuba menghantar mesej kepada Rayyan.

Rayyan poyo

-Woi

"Aik? satu tick je? Dia block aku ke?" Soal Qayla apabila melihat profil Rayyan kosong, tiada gambar.

Qayla pun cuba untuk menelefon Rayyan, tetapi panggilannya tidak dijawab.

"Mana pulak mamat ni pergi?" Kata Qayla dengan bengang. Tiba tiba sahaja menghilang, nak jadi macam Izhan ke?

Qayla terus membuka groupnya bersama Afrina dan Dhia.

Qayla : Weh Afrina, nak tanya

Afrina : Ha asal?

Qayla : Kau ada chat Rayfal ke harini?

Afrina : Ada, tapi satu tick je. Call pun tak angkat

Qayla : Weh Rayyan pun macam tu do

Dhia : Apa cita ni apa cita ni

Dhia : Nak aku tanya Mikha ke?

Qayla : Kau boleh chat dia ke? Dia tak block kau?

Dhia : Tak ada lah, elok je dia buat lawak hambar dia sekarang ni

Afrina : Ha kau tanya lah dia

Dhia : Ha ye kejap

-

Dhia terus keluar dari group dan buka chatnya dengan Mikha.

Mamat senget

-Weh senget

Mamat senget : Ye sayang

-Tak payah bersayang sayang gila, geli

Mamat senget : Eleh geli geli pun kau suka jugak kan

-Bila masa siak

-Ni aku nak tanya

Mamat senget : Apa dia?

-Rayyan dengan Rayfal pergi mana? member aku cuba chat, call diorang tak angkat

Mamat senget : Eh diorang tak bagitahu Qayla dengan Afrina ke?

-Bagitahu apa?

Mamat senget : Diorang pindah UK sana ha, setahun lebih jugak kot diorang duduk sana

-Weh gila jauh, asal diorang pergi sana?

Mamat senget : Ayah diaorang memang duduk sana, jadi diorang kena la ikut

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now