Sampai sahaja mereka di padang, mereka di minta untuk duduk dahulu kerana acara seterusnya belum siap tersusun.
"Tangan kau dah ok ke?" tanya Dhia sambil memandang tangan Qayla yang ditampal itu.
"Dah ok dah, sakit sikit je" kata Qayla.
"Macam mana kau boleh jatuh ni? kitaorang tinggal kau sekejap je dah luka macam ni, memang kau tak boleh hidup tanpa kitaorang eh" kata Afrina dengan senyuman mengusik.
"Ye la weh, dengan kitaorang kau elok je tak ada luka apa apa pun. Elehh lepas ni kau tak boleh jauh la dengan kitaorang" sakat Dhia lalu mencuit lengan Qayla.
"Eish apa ni, mana la aku tau dah dia nak luka. Luka la dia" kata Qayla sambil menolak kepala Dhia yang mencucuk cucuk lengannya. Terteleng kepala Dhia.
"Yelah Qayla yelaa" kata Afrina lalu memandang orang orang yang berkeliaran di padang itu.
Mata Afrina terhenti ke satu arah yang terdapat tiga orang lelaki memandang ke arahnya dan kawan kawannya. Afrina cuba untuk mengecam rupa lelaki lelaki itu, dia memandang muka setiap seorang sampai terhenti ke arah seorang daripada tiga lelaki itu yang memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu tersenyum kecil dan mengenyitkan mata ke arah Afrina.
Afrina baru sedar yang dia terlalu memandang lelaki lelaki itu. Dia terus mengalihkan pandangan ke arah lain.
'Uish pelik ni pandang orang pastu tiba tiba senyum, kenal pun tak' bisik hati Afrina.
"Perhatian, diminta semua pelajar beratur di hadapan saya sekarang juga untuk kita mulakan acara yang seterusnya" kata pengacara sukan itu dengan menggunakan megaphone speaker.
"Weh jomlah beratur cepat" kata Dhia lalu bangun dan pergi ke tempat dimana semua pelajar berkumpul. Qayla dan Afrina turut mengikuti Dhia.
"Okey di tangan saya sekarang ini terdapat senarai nama kamu semua, saya akan memilih dua nama secara random. Nama yang saya pilih itu sila berdiri di tepi ni bersama pasangan masing masing dan kita akan mulakan acara seterusnya, faham?" kata pengacara itu dengan jelas dan mula memanggil nama.
"Alah weh dia nak dua orang jela, kita ni dah la bertiga. Korang sendiri kata aku tak boleh jauh dari korang" kata Qayla dengan sedikit mencebik.
"Tak apalah kita tunggu jelah" pujuk Afrina. Mereka bertiga terus tumpukan perhatian ke hadapan.
"Seterusnya, Izhan Mikael dan Anis Zahra" Qayla, Afrina dan Dhia terkejut bila terdengar nama yang mereka sangat kenal.
"Weh dorang satu kumpulan lah" kata Dhia.
Qayla hanya melihat ke arah Izhan dan Anis yang menuju ke tepi padang. Anis balas pandangan Qayla dengan senyuman sinis. Izhan langsung tidak memandang nya. Qayla cepat cepat mengalihkan pandangan ke arah lain sambil mengedipkan matanya beberapa kali agar air matanya tidak jatuh. Tak nak lah Afrina dan Dhia nampak dia nangis.
"Seterusnya, Rayyan Adrian dan Qayla Adriana" Qayla terkejut buat kali kedua bila terdengar nama nya disebut bersama dengan lelaki yang dia tidak kenal.
"Ha sudah, siapa Rayyan weh" soal Qayla memandang ke arah rakannya.
Afrina dan Dhia tidak menjawab malah mereka memandang ke arah belakang Qayla. Mereka memberi isyarat mata kepada Qayla agar dia pusing ke belakang.
Qayla yang pelik dengan mereka terus pusing kebelakang dan melihat apa yang dipandang oleh mereka.
Tubuh Qayla terus terkaku apabila melihat wajah lelaki tinggi dihadapannya buat kali kedua.
"Oh lupa nak kenalkan nama. Aku Rayyan" kata Rayyan sambil memandang wajah Qayla yang memandang tajam ke arah nya.
"So jomlah, tercegat kat sini lagi kenapa" kata Rayyan dan terus pergi ke tepi padang. Qayla merengus kasar lalu mengikuti langkah Rayyan.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
Roman d'amourKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...