Sudah 2 minggu Izhan menghilangkan diri tanpa sebarang khabar. Mesej tak dibalas, call tak angkat-angkat malah di Uni pun jarang nampak kelibatnya, selalunya mereka akan terserempak."Haish mana dia ni, tiba tiba je hilang. Aku ada buat salah ke?" soal Qayla sendirian sambil merenung phone nya, dia baru sahaja call Izhan tetapi tidak dijawab.
"Dia tak reply lagi ke chat kau?" tanya Afrina yang dari tadi perhatikan sahaja Qayla dengan phone nya itu.
"Tak ada pun, aku ada buat dia marah ke? aku rasa aku tak buat apa-apa pun" kata Qayla dengan nada yang resah.
"Dia busy la tu" kata Afrina cuba untuk menenangkan kawannya.
"Takkan busy sampai 2 minggu? lecturer dia suruh dia buat rumah ke sampai busy macam tu" kata Qayla dengan tidak puas hati.
"Ala kau rilek jela nanti dia reply la tu, tak pun dia terus je jumpa kau" kata Afrina.
"Haih yelah yelah" kata Qayla lalu mencampakkan phone nya ke katil.
"Dah sekarang ni jom teman aku beli barang sikit, makanan ringan dalam bilik ni dah habis kena makan dengan beruk" kata Afrina sambil menunjuk ke arah Dhia yang enak dibuai mimpi.
"Kau mentang mentang dia tengah tidur tu senang je kau kutuk dia eh" kata Qayla sambil memandang Dhia yang masih tidur.
"Alah tak apa sekali sekala" kata Afrina lalu bangun dan terus memakai tudungnya. Qayla juga turut memakai tudung.
"Eh tak nak ajak Dhia ke?" soal Qayla apabila melihat Afrina terus keluar dari bilik.
"Tak payah lah, kita kejut pun bukannya dia nak bangun. Lagi dia buat tak tahu adalah" kata Afrina dan terus berjalan. Qayla pun ikut sahaja Afrina.
•••••
"Weh weh ambil ais krim tu" kata Qayla sambil menunjuk sebekas ais krim berperisa cookies and cream.
"Kau ni serius lah? berapa banyak ais krim kau nak beli ni? eh dah tiga ais krim kot kau dah ambil" soal Afrina pelik.
"Tadi dah ambik ais krim perisa strawberry, mint, lepastu vanilla pula. Ni dia tambah lagi."Alaa aku nak rasa rasa lah, dah lama tau tak makan. Ish tak apa semua ni guna duit aku" kata Qayla lalu dia terus mengambil ais krim itu dan meletakkan ke dalam bakul. Afrina hanya menggelengkan kepala.
Selepas sahaja membayar, mereka terus keluar dari convenience store yang ada di dalam Uni mereka. Baru beberapa langkah Qayla keluar dari situ, dia ternampak sepasang kekasih berjalan di hadapannya. Mereka sangat mesra, jalan dekat dekat dan Qayla juga dapat melihat perempuan itu sedang menyuap ais krim kepada lelaki itu. Qayla tenung sahaja sampai kelibat mereka hilang di pandangan Qayla. Dia seperti kenal akan kelibat pasangan itu, sangat kenal tapi dia tidak berapa pasti kerana jarak mereka terlalu jauh.
'diorang ke tu?' bisik hati Qayla.
"Woi Qayla!" jerit Afrina dari tepi telinga Qayla sambil memetik jari betul betul di hadapan muka Qayla. Automatik sahaja Qayla terus sedar dari lamunan nya akibat terkejut dengan jeritan Afrina.
"Weh Astagfirullah kau asal jerit jerit tepi telinga aku ni? sakit lah" marah Qayla sambil menutup telinga yang kena jerit oleh Afrina tadi.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomantikKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...