Selepas habis kelas, Qayla terus balik ke biliknya. Dan tanpa membuang masa Qayla mencari baju yang akan dia pakai petang nanti.
"Ha jumpa pon, sesuai kot" Qayla terjumpa baju sweatshirt nya, dia malas nak bersiap cantik cantik, ala kada sahaja.
Qayla mengambil shawl hitamnya untuk menggosok tudungnya yang komot
'Tak akan la aku nak pakai tudung komot depan dia' bisik hati Qayla."Assalamualaikummm, eh Qayla awal kau sampai" kata Afrina yang sedang membuka kasut di luar biliknya.
"Tadi kitaorang pergi beli makanan sikit, laparr" kata Dhia pula.
"Haah, sebab tu lambat" sambung Afrina pula.
"Aikk, kau nak pergi mana gosok tudung ni?" Tanya Dhia
"Keluar la" jawab Qayla
"Ah kau, keluar dengan mamat tu la tu" sakat Dhia sambil mencubit cubit tangan Qayla.
"Eh eh sakitla" adu Qayla
"Takdela, dia yang ajak pergi library petang ni, saja gosok tudung awal awal" jawab Qayla sambil menggosok tudung shawl nya."Alahaii, member bahagia sudahh" kata afrina
"Ye la kan, kita bila do" kata Dhia pula dengan wajah yang sedang berfikir.
"Ehhh korang ni, aku kawan jela dengan dia!" jerit Qayla
"HAHAHA, dahla, aku nak tido" kata Afrina lalu baring di atas katilnya.
"Ha Qayla, karang kau keluar kunci pintu tau" arah Dhia sebelum Qayla keluar ke library petang nanti.
"Ha iyela" jawab Qayla.
•••••
Selepas solat asar, Qayla terus bersiap untuk ke library. Qayla memakai tudung shawl nya dengan kemas.
Qayla berlalu keluar dan mengunci pintu biliknya. Dia memakai kasut dan terus membuka langkah untuk berjalan.
Langkah Qayla terhenti. 'jap, dia ada ke suruh tunggu dia?, ke terus pergi library?' bisik hati Qayla
"Lah?, kalau tunggu dia, Aku mana tau dorm dia dekat mana" Kata Qayla. Dan terus berjalan ke lift.
Ting..
Lift terbuka, Qayla berlalu keluar dan tiba tiba..
"Baaa!" Izhan mengejutkan Qayla dari belakang.
"Mak dia!" Qayla terkejut.
"HAHAHAHA" Izhan ketawa
"Ya Allah dia ni!" marah Qayla dan terus berjalan meninggalkan Izhan
"Eh eh tunggula" jerit Izhan dari belakang
"Hehe sorry" Izhan meminta maaf tetapi Qayla hiraukan sahaja
Mereka berjalan sampai ke library, tetapi Qayla masih marah dengan perbuatan Izhan, walaupun Izhan sudah meminta maaf beribu kali namun Qayla masih berdiam diri.
"Tak akan la dah sampai pon awak nak diam?" Kata izhan yang berada di depan Qayla
"Eh tepi la, nak lalu" jawab Qayla
"Qayla Adrianaa.." Izhan memanggilnya dengan suara yang lembut..
Langkah Qayla terhenti apabila mendengar Izhan menyebut nama panjangnya.
Izhan pergi ke Qayla dan meminta maaf sekali lagi..
"Qayla Adriana, sorry.." Izhan memandang Qayla dengan wajah yang sangat ikhlas.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...