Selepas Rayyan dan Rayfal membersihkan diri. Mereka semua makan tengahari bersama, Qayla dan Dhia juga ada.
"Mikha mana?" Tanya Puan Syima kepada dua orang anaknya.
"Dia balik rumah kakak dia" Tidak sempat Rayyan mahu menjawab tiba tiba Dhia mencelah.
"Ehem" Qayla berdehem.
Puan Syima terus memandang Dhia dengan pelik. Ni mesti ada apa apa ni..
"Dhia dengan Mikha ye?" Tanya Puan Syima.
Qayla dan Dhia terus berpandangan antara satu sama lain. Habisla..
"Err mungkin lah" Jawab Dhia. Dia sebenarnya keliru dengan perasaanya.
"Cepat cepat lah kahwin ye, tak elok bercinta lama lama" Kata Puan Syima. Dia seperti perli Qayla dan Rayyan.
Dhia yang senyum dan mengangguk.
"Eh, patut lah mommy rasa lain. Afrina mana?" Tanya Puan Syima lagi apabila dia perasan yang Afrina tiada bersama mereka.
Selepas mendengar nama Afrina, kepala Rayfal terus menoleh ke arah mommy nya. Dia juga baru perasan yang Afrina tiada bersama Qayla dan Dhia.
"Oh lupa nak bagitahu, Afrina dia sambung belajar dekat overseas" Kata Qayla dengan jelas.
"Oh la?! Rayfal tak bagitahu mommy pun?" Tanya Puan Syima apabila dia sedar Rayfal hanya diam membisu.
"Ha- Rayfal pun baru tahu" Sejujurnya dia pun terkejut. Rasanya sebab tu Afrina call dia hari itu, tapi dia tidak angkat.
"Ha? Afrina bukan dah bagitahu kau ke?" Dhia juga terkejut. Hari itu sebelum menghantar Afrina ke Airport. Afrina ada call Rayfal, katanya nak bagitahu pasal ni.
Tapi apa pulak ni??
"Err, hari itu aku busy. Lupa nak call balik" Rayfal memberi alasan.
"Lain kali jangan macam tu! Afrina tu dah nak tunang dengan kamu tau, jangan macam macam ye Rayfal Adrian!" Marah Puan Syima. Ye betul, Rayfal dan Afrina akan bertunang pada bulan depan.
"Hm" Jawab Rayfal sepatah lalu terus bangun dari kerusi dan naik ke biliknya di atas.
Qayla terus memandang Rayyan, dia memberi isyarat "kenapa" .
Rayyan hanya menghinjutkan bahunya, tanda dia "tidak tahu".
"Abang tak ada mood kot, sebab tu lain sikit" Kata Rayyan kepada Puan Syima.
"Haih anak anak.." Puan Syima mengeluh.
-
"Terima kasih aunty bagi kitaorang makan tadi" Ucap Qayla lalu dia menyalam tangan Puan Syima. Dhia juga ikut sama.
"Ish, tak payah panggil aunty lagi. Nanti dah nak kahwin dengan Rayyan kan, panggil mommy je" Kata Puan Syima sambil tersenyum senyum.
Dia sangat suka dengan hubungan Rayyan dan Qayla. Mereka dua sangat serasi.
"Hahaha, okay mommy" Kata Qayla diikuti dengan ketawa kecil.
"Dah Qayla, jom" Panggil Rayyan dari belakang Qayla. Dia perlu menghantar Qayla ke rumahnya, nak jaga bakal isteri.
Dhia tidak ikut sekali, dia naik keretanya. Katanya Mikha ajak ke rumah kakaknya, mak Mikha mahu jumpa bakal menantu.
Cehhh..
"byee mommy" Qayla melambai lambai Puan Syima dari dalam kereta.
Puan Syima membalas lambaian dan tersenyum lebar melihat gelagat bakal menantunya.
YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
Storie d'amoreKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...