7 Ogos (Rabu)
"Rasanya majlis tunang diaorang kita tukar tarikh kot" Kata Puan Fazilah kepada Puan Syima.
Hari ini Rayfal terpaksa ikut mommy nya pergi ke rumah Afrina. Bincang pasal pertunangan mereka.
Patutnya mereka bertunang pada bulan ini. Tetapi disebabkan Afrina masih sibuk belajar di sana, jadi ibu Afrina tukarkan tarikh.
"Tukar tarikh tu bila?" Tanya Puan Syima. Jangan lama sangat, dia tak sabar nak dapat menantu ni.
"Tarikh Afrina balik Malaysia nanti, nanti dia ada cuti" Jawab Puan Fazilah. Rasanya lagi dua bulan.
"Oh okey lah kalau macam tu" Puan Syima hanya setuju. Janji anak nya dapat tunang cepat, lepastu kahwin.
Adiknya Rayyan pun dah nak kahwin, dia je lambat.
"Rayfal ok je kan?" Tanya Puan Fazilah, dari tadi bakal menantunya sibuk melayan telefon. Entah apa dia buat.
Harap harap tak sia sia kan Afrina lah..
"Ha?" Tanya Rayfal kembali, dia tidak dengar apa yang ditanya oleh Puan Fazilah tadi.
"Rayfal okey tak kalau ibu tukar tarikh?" Soal Puan Fazilah sekali lagi.
"Oh.. okey je" Jawab Rayfal, dia seakan akan tidak gembira tentang itu.
-
"Weh Qayla, kita dah nak habis belajar lah" Kata Dhia kepada Qayla yang sibuk menaip sesuatu di laptop nya.
Cari baju kahwin lah tu.
"Itulah, sekejap je masa berlalu" Jawab Qayla lalu dia memusingkan badannya untuk memandang Dhia.
"Afrina dah ke overseas, kita bila?" Soal Dhia.
"Weh kau lupa ke, kita berdua tolak tawaran tu bongok" Ujar Qayla sambil menolak kepala Dhia.
Bangang, muda muda pun dah lupa.
"Oh haah lah!" Dhia baru teringat.
Dhia menolak tawaran oleh kerana uminya yang tak benarkan berjauhan. Qayla pula, dia anak manja mama dan papa nya. Jadi dia tidak mahu berjauhan dengan mereka.
Ish ish ish, rugi.
"Dah tolak nak buat macam mana" Kata Qayla, lalu dia kembali memusingkan badan untuk melihat baju yang dipilih tadi.
"Uish Qayla, lawa lah baju tu" Mata Dhia terus bercahaya apabila melihat baju yang sangat cantik. Mesti lawa gila waktu Qayla pakai nanti.
"Kan, lawa kan" Kata Qayla sambil tersengih sengih. Tidak sabar mahu mengajak Rayyan untuk ke kedai ni.
"Kau dengan Mikha bila?" Tanya Qayla. Yelah, sekarang Dhia dan Mikha dah selalu keluar bersama. Mesti mereka pun dah nak naik pelamin.
Eceh.
"InsyaAllah tahun depan" Jawab Dhia. Waktu ikut Mikha ke rumah ibu nya bulan lepas, mereka ada bincang pasal kahwin. Mungkin mereka akan berkahwin pada tahun depan.
Doa doakan tau! hehe.
"Wah, kawan aku semua nak kahwin dah" Ujar Qayla dengan teruja, tak sabar nak ajak pergi triple date.
Ehh eh ehh.
"Kau tu lagi awal dari kitaorang" Kata Dhia pula. Betul lah tu, Qayla dah nak berkahwin pada bulan November nanti. Lagi 3 bulan je.
"Hehe, doa doakan jodoh aku dengan Rayyan kekal tau" Kata Qayla sambil memegang tangan Dhia.
"Yee aku doakan semoga korang bahagia hingga ke jannah. Pastu dapat anak comel comel" Kata Dhia dengan semangat. Tak sabar dia nak tengok anak Qayla, mesti comel comel.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...