14

1.4K 95 6
                                        

"Anis, cuba you try lelaki yang dekat belakang kita ni. Yelah, dah kalau you dapat tarik lelaki yang even in relay, takkan you tak dapat nak tarik dia kan" 

"Omg yess but sorry to say, I think this one is much better than lelaki you tu. Sorry lah I don't remember his name but apa eh nama dia, Ashraf?"

"Ew, Ashraf? You better be joking, I dengan dia dah tak ada apa-apa sekarang"

"Wait, really? Kenapa suddenly pula?"

"Well I think he's not good enough for me. So I decided to play victim and cheated on him. Bijak kan I?"

"And you confirm takkan percaya the new guy that I just dated" kata Anis dan tiga rakan gediknya

'Haih, siapa pula yang tergedik-gedik dekat depan aku ni. Nak kena pelempang ke dengan aku' bisik Rayyan dengan rasa menyampahnya.

"Opsss sorry terlanggar, ingatkan nyamuk tadi" kata Anis kepada seorang pelajar perempuan

'Eh, ni perempuan yang tak reti cakap terima kasih tu?, lah terjatuh ke' Bisik Rayyan di dalam hati apabila dia ternampak perempuan yang dianggap 'tak cakap terima kasih' itu.

"Otak dia, dia langgar aku macam tu je?!!, dia ingat dia siapa?!" Qayla merungut setelah Anis menolaknya.

"Aduhh, sakit la pulak tangan ni" Rungut Qayla lagi, tangannya tercedera akibat terjatuh dari tolakkan Anis.

"Jatuh sikit dah merungut, dasar lembik" Kata Rayyan yang mendengar Qayla merungut di tengah tengah jalan, lalu dia terus berlari ke depan dan menghiraukan Qayla yang kesakitan.

Qayla yang sedang memegang tangannya itu terdengar seorang lelaki mengatanya. Malah dia tidak nampak wajah lelaki tersebut kerana dia menunduk untuk menengok luka yang ada di tangannya.

"Kurang ajar punya lelaki, eh kau sini la!!" Qayla terus memandang lelaki itu, tetapi lelaki itu langsung tidak memandang Qayla yang sedang memanggilnya.

"Wah? dia buat tak tahu je?" Kata Qayla dengan nada yang sangat marah.

"Eh awak, awak okay tak ni?" Tanya seorang pelajar perempuan yang ternampak Qayla terduduk di tengah jalan.

"Eh tangan awak luka lah, awak tak boleh biarkan nanti luka ni bernanah, saya kena bawak awak pergi bilik rawatan" Kata pelajar perempuan itu.

"Eh tak apa, luka sikit je ni, saya boleh sambung lari" Qayla cuba untuk mengelak dari kena sapu ubat di lukanya.

"Eh awak tak boleh macam ni, dah jom ikut saya" Lalu pelajar itu terus mengangkat Qayla yang terduduk.

"Haih okayla" Qayla hanya redha.

"Sekejap, saya nak call kawan saya, kita tak boleh nak jalan kaki, perjalanan masih jauh" Kata pelajar itu lagi.

Setelah 5 minit mereka menunggu, sampai juga kawan perempuan itu tersebut, lalu mereka terus masuk ke dalam kereta.

"Weh, pergi bilik rawatan" Kata perempuan itu kepada kawannya yang sedang memandu.

"Ha ok"

•••••

"Weh Qayla?!!" Afrina dan Dhia membuka pintu bilik dengan tercungap cungap setelah mereka penat berlari.

"Kau cedera ke?, Ya Allah Qayla!!" Marah Dhia, walaupun dia yang tinggalkan Qayla sendirian.

"Korang yang tinggalkan aku, tiba tiba marah aku pulak" Qayla juga marah kepada dua sahabatnya.

"Sorry lah, tak sangka pulak kalau tinggalkan kau boleh jadi sampai macam ni" Kata Afrina sambil menggaru kepalanya.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now