21

1.4K 107 16
                                        

kring kring kring..

"Eh bising la" Qayla menghentikan bunyi alarm telefonnya dan sambung tidur semula.

Baru saja dia mahu melelapkan matanya,tiba tiba...

"Qayla bangun!! tolong mama masak kat dapur, ada orang nak datang kejap lagi" Jerit Puan Anieta dari luar pintu bilik Qayla.

"Aduhh" Qayla bangun dengan mengeliat.

'Siapa pulak yang nak datang pagi pagi buta ni?' bisik Qayla di dalam hati.

Selepas lama termenung di atas katil, Qayla terus mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Sesudah dia bersihkan diri, Qayla terus turun ke bawah untuk ke dapur.

"Morning mama" Kata Qayla kepada Puan Anieta yang sedang memotong sayur sayuran.

"Ye morning sayang, eh tolong tengokkan sup tu kejap" Jawab Puan Anieta dan terus menyuruh Qayla menengok sup yang sedang bergeledak.

"Mama nak masak apa ni?" Tanya Qayla sambil membau bau sup ayam yang di masak oleh mamanya.

"Nasi ayam sayang" Jawab Puan Anieta.

"Ohhhh"

"Oh apa?! tolong mama cepat!" Marah Puan Anieta.Boleh pulak dia tercegat je dekat situ.

"Oh ha ok hehe" Tanpa membuang masa, Qayla terus menolong mamanya.

•••••

"Assalamualaikum nietaa"

"Aa Syima! Waalaikumussalam, jemput la masuk" Kata Puan Anieta kepada sahabat baiknya, Puan Syima.

"Eh dah besar anak kau Syima, tinggi tinggi semua!" Terkejut Puan Anieta apabila nampak Rayyan, Rayfal dan Mikha yang begitu tinggi.

"Haha, yang sorang tu bukan anak aku, itu kawan Rayyan" Kata Puan Syima sambil menunjuk ke arah Mikha.

Mikha hanya senyum kepada Puan Anieta.

"Eh kenapa tercegat dekat luar ni, cepat masuk" Kata Puan Anieta kepada tiga lelaki itu.

-

Sedang mereka seronok berbual panjang, tiba tiba muncul Afrina dan Dhia.

"Eh Afrina Dhia, apa tercegat dekat situ? masuk lah, Qayla ada dekat atas"

Afrina dan Dhia terus membeku apabila nampak tiga ekor lelaki yang mereka kenal.

Rayyan, Rayfal dan Mikha juga terkejut.

"Qayla?" Tanya Rayyan dengan wajah yang terkejut, dia tidak tahu pun yang kawan mummy nya ialah mama Qayla.

"Ye kenapa? kenal anak Aunty ye?" Jawab Puan Anieta kepada Rayyan yang sedang memandangnya dengan wajah yang terkejut.

"Haah, Qayla dekat atas eh? boleh saya naik?" Tanya Rayyan,Qayla sudah 3 hari seen mesejnya, jadi dia mahu meminta maaf depan depan.

"Ha ye pergilah"

Rayyan terus berlari naik ke tangga, diikuti Afrina dan Dhia.

"Eh kau sabar!" Kata Dhia dengan nada yang tinggi lalu terus berdiri di hadapan Rayyan untuk menghalangnya naik ke atas.

"Eh apahal ni, laki kau dekat sana lah" Rayyan yang tidak sabar mahu jumpa Qayla terus hilang gembiranya apabila Dhia memberhentikan langkahnya.

"laki aku?" Dhia terus keliru dengan apa yang Rayyan cakap, sampai tidak sedar Rayyan sudah naik ke atas.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now