41

1.2K 92 24
                                        

5 April (Ahad)

Sedar tak sedar, sudah 4 bulan Rayyan di UK. Rindu Qayla dengan kekasih hatinya, tapi nak buat macam mana kan, Rayyan ada banyak kerja. Jadi dia kena faham.

Qayla dan Dhia masih ada berapa bulan sahaja untuk habis belajar. Cepat kan masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, tiba tiba dah habis belajar..

"Woi Qayla, jauh termenung" Sergah Dhia dari belakang.

"Eh, terkejut la!" Marah Qayla. Tengah syok berkhayal boleh pulak minah ni kacau.

"Bilik ni dah sunyi bila takde Afrina" Tiba tiba Dhia bersuara tentang Afrina.

Afrina sudah sambung belajar di overseas, tiba tiba dia dapat tawaran. Siapa je taknak kan?

"Hm betul, rindu pulak dekat dia" Sambung Qayla pula. Kalau ada Afrina, ada je dia nak membebel. Sekarang tak ada dah.

Tiga bulan lepas, Rayyan yang tinggalkan dia. Sekarang Afrina pula, lepasni Dhia ke??

Tak mungkin, umi Dhia tak akan benarkan dia sambung belajar di luar negara. Nanti umi dia rindu.. comel kan.

"Eh dah lah jom, dah lambat masuk kelas" Dhia tiba tiba teringat yang mereka sudah lambat 10 minit.

-

Habis sahaja kelas, Dhia sudah pulang dahulu ke bilik. Manakala Qayla pula, dia pergi ke cafe untuk membeli makanan. Tak sempat dia nak sarapan pagi tadi.

Sampai sahaja dia di cafe, mata dia terus terbeliak apabila ternampak Mikha yang sedang duduk di meja sambil menangis. Apahal mamat ni?

"Weh Mikha, apahal ni" Sergah Qayla yang sedang berdiri di hadapannya.

"Dh- dhia, dia curi aku punya selipar" Adu Mikha dengan tersedu tersedu.

Hm dah start lawak bodoh dia..

"Lah?! kau kalau aku terajang baru tahu" Qayla terus buat muka menyampahnya. Dari titisan air mata Mikha, dia sudah tahu Mikha hanya berpura pura menangis.

"Aduhai, aku berlakon tak menjadi ah ni" Mikha terus mengelap air mata tipuannya itu.

"Tak langsung!!" Qayla terus memberi jelingan maut kepada Mikha.

"HAHAHA"

"kau nak tahu berita gembira tak?" Tanya Mikha kepada Qayla yang sedang sibuk melayan telefonnya.

"Apa?"

"Rayyan balik Malaysia next week!" Kata Mikha dengan teruja. Mesti Qayla happy sangat !!

"Serius lah?!" Mata Qayla terus terbuka luas. Tidak percaya dengan kata kata Mikha di depannya ini.

"Betul lah! Rayyan tak kasik bagitahu, tapi aku nak jugak bagitahu" Kata Mikha sambil tersengih sengih. Best lah tu bocorkan rahsia Rayyan.

"Wahh!! tak sabarnya nak jumpa" Jerit Qayla dengan teruja. Matanya juga hampir berkaca disebabkan terlalu gembira.

"Tak sabar tak sabar jugak, ni Dhia mana?" Soal Mikha sambil matanya melilau mencari kelibat crushnya.

"Dhia? oh dia tengah dating" Kata Qayla selamba.

"Ha? dating? dating dengan siapa!?" Soal Mikha bertubi tubi dengan nada yang cemburu.

"Asal? kau cemburu ke?" Sahaja Qayla kata begitu.

"Cemburu lah gila! Siapa je tak cemburu kalau macam tu" Marah Mikha.

Kepala Mikha terus menundukkan ke bawah sambil mencebikkan bibir. Tiba tiba Qayla terdengar suara tangisan dari Mikha.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now