"Ha? takde lah muka dia macam familiar je" Jawab Rayfal dengan gelabah. Risau pulak Afrina fikir lain.
Afrina terus menghela nafas, sudah banyak perkara negatif yang dia fikirkan tadi. Haih risau..
"Oh okay"
"Eh Sarah duduk la makan sekali" Ajak Afrina. Dia menyuruh Sarah duduk di kerusi sebelahnya.
Qayla dan Dhia pula hanya melihat saja apa yang terjadi. Tak tahu nak bagi respon apa.
Rayfal pula lama merenung Sarah, sumpah wajahnya sangat lawa. Tersangat lawa, dia terpegun melihat kecantikkan Sarah.
Tapi bagaimana dengan Afrina??
"Ehem" Qayla berdehem. Dia juga perasan dari tadi Rayfal curi curi memandang Sarah. Kau jangan buat hal eh Rayfal!
Rayfal yang terdengar Qayla berdehem itu terus mengalihkan pandangannya. Afrina pula sedang memandangnya dengan tajam.
-
Sudah lama Afrina berbual dengan Sarah. Sampai dah nak balik pun mereka masih berborak panjang. Yela, Sarah memang rapat dengan Afrina dari mereka 6 tahun lagi.
Sejujurnya waktu mereka bersekolah tadika, memang ramai lelaki mahukan Sarah. Tapi sayang, Sarah menolak semua orang yang menguratnya.
"Okay bye!! jumpa lagi tau" Kata Sarah, dia berpelukkan dengan Afrina.
Rayfal yang di tepi hanya melihat saja mereka berdua berpelukkan. Tapi selebihnya melihat Sarah.
"Ok dah jom balik" Kata Afrina kepada Rayfal yang masih tercegat di tepi. Dah kenapa??
"Awa- awak balik sendiri tak boleh?" Tergagap gagap Rayfal bertanya.
"Memang lah saya balik sendiri, tapi awak taknak lepak mana mana dulu ke? Kita tak berborak lagi" Soal Afrina pula. Dia tidak sempat bermesra dengan Rayfal.
"Err ha ok" Jawab Rayfal. Dia seperti mengeluh.
'Adumak!'
-
Sampai sahaja mereka di destinasi. Rayfal dan Afrina terus mencari tempat duduk.
"Arghh! penat harini, walaupun hari jadi saya" Adu Afrina sambil memandang langit yang gelap.
"Kenapa diam?" Tanya Afrina. Selalunya ada je Rayfal nak buat lawak dan macam macam lagi. Tapi kalini ??
"Saya tak ada mood kot, pagi tadi baru je saya datang Malaysia. Tu lah penat" Rayfal memberi alasan yang secukupnya membuat Afrina percaya.
"Oh haah saya lupa, awak dari UK"
"Awak sanggup datang nak sambut birthday saya?? ceyy sweet la" Kata Afrina dengan teruja. Tak sangka pula Rayfal sanggup buat begitu untuknya.
"Err, Hahaha" Rayfal hanya ketawa kecil.
"Oh ha! awak kata muka Sarah macam familiar??" Tiba tiba Afrina teringat benda yang terjadi tadi.
"Huh? haa tapi tak kenal pun" Nafi Rayfal lagi.
Pelik bukan? perangai Rayfal berubah secepat itu.
"Nasib lah awak tak kenal, kalau kenal..hm" Afrina terus membuat muka kesiannya. Takut kalau jadi betul..
"Apa salahnya hahaha" Saja Rayfal buat lawak bodohnya. Tapi ada maksud yang tersirat.
"Ehh awak jangan macam macam" Afrina terus memandang Rayfal dengan tajam. Aku kalau bunuh kau baru tahu!
"Ceh gurau je"
•••••
Sudah seminggu Rayfal di Malaysia. Hari ini sepatutnya dia perlu balik. Tapi dia ubah fikiran, nak balik esok je.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...