2 minggu kemudian..
"Fuh" Qayla menghempaskan badannya di atas katil, sudah lama dia dan Rayyan tidak berjumpa. Adakah mereka tidak berjumpa disebabkan hal hari itu?
"Bila kau nak suka aku?"
Kata kata Rayyan masih terngiang ngiang di dalam fikiran Qayla.
Apa patut dia buat? Nak kata dia dah jatuh hati...hm, mungkin belum atau mungkin sudah?? Qayla juga bingung dengan dirinya sendiri.
"Aku? jatuh cinta? dengan Rayyan??" Soal dirinya sendiri sambil memandang siling biliknya.
Dup
Dap
Dupp
Dap...
"Huh- kenapa jantung aku laju, jangan kata..."
"Eh takde makna lah" Nafi Qayla lalu dia terus keluar dari biliknya.
Hari cerah harini. Minggu ni sepatutnya mereka cuti, dan boleh balik rumah, tapi Qayla tak nak balik, rumah dekat je pun. Cuti pun berapa hari je.
Afrina keluar ikut ibunya beli barang kahwin abang Aqif, tarikh abang nya kahwin dah nak dekat. Dhia pula pergi ke Airport, hantar kakak sulungnya untuk sambung belajar.
Qayla jela tinggal sorang di bilik ni, makan pun asyik makan maggie je. Yelah sebelum ni kalau ada Afrina, dia akan masak sedap sedap. Hm rindu dia dengan dua sahabatnya..
"Aku nak pergi mana eh, nak jumpa mama, mama tak ada, pergi Ipoh." Kata Qayla sendirian, masih terkebil kebil dia di depan pintu bilik, tidak tahu mahu pergi ke mana.
Rayyan pula..dah lama mereka berdua tidak mesej, hampir seminggu. Apa khabar Rayyan eh? Mikha dan Rayfal pun jarang jumpa.
"Apa kata aku pergi Mall, beli baju ah, semua baju aku dah tak cantik" Adu Qayla sendiri. Betul lah tu, baju semua macam baju nak pergi pasar malam. Haih..
Tanpa membuang masa, Qayla terus masuk ke dalam bilik semula, nak tukar pakaian. Takkan nak pakai baju lengan pendek ni masuk Mall weh? Malu 7 keturunan dia nanti.
"Ha dah siap, ini baru anak Yusof!!" Kata Qayla dengan bangga lalu terus mengunci pintu biliknya.
Ting!
Pintu Lift terbuka, Qayla berlalu keluar dan meraba raba seluar jeans nya, nak cari phone. Nanti nak pergi Mall naik apa? basikal ke?
-
Sudah 10 minit Qayla kena sidai dengan pakcik Grab. Dengan panas nya lagi, aduhai..
Baik dia bawak basikal je!!
Sedang lama termenung tiba tiba kereta Grab muncul di depan matanya, ingatkan nak sidai lama lagi..
"Pakcik pakcik, saya nak gi Ioi City Mall"
"Okay adik manis"
Terkebil kebil Qayla dengan jawapan pakcik Grab itu. Eh pakcik! bini kat rumah tu ingat! nanti tak pasal pasal Qayla kena saman dengan bini dia.
-
"Terima kasih pakcik, oh ha saya nak cakap sikit"
"Sama sama adik manis, apa dia tu adik manis?"
"Bini kat rumah tu ingat, saya takut nanti balik rumah pakcik kena tidur luar je, kalau tak tidur luar, tidur dekat dalam kereta ni jela pakcik" Kata Qayla selamba lalu terus menghempas pintu kereta itu.
Lari pecut ah dia, kang takut pakcik grab tu kejar tak pasal pasal.
Destinasi pertama yang dituju adalah Cotton On, selepas itu Qayla ingat nak pergi Uniqlo ataupun Brands Outlet je.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...