"Alhamdulillah sampai jugak dorm aku" kata Dhia dengan leganya
"Dorm kau dorm aku juga" balas Afrina lalu duduk di atas katilnya
"Eh tapi asal aku rasa macam tak lengkap" soal Dhia dengan pelik
"Maksud kau?" kata Afrina
"Maksud aku macam ada benda tertinggal tau, tapi apa eh" kata Dhia. Cuba untuk memikirkan jawapannya itu
Dhia dan Afrina diam seketika. Semasa mereka sedang berfikir, mereka dengan tiba-tiba memandang satu sama lain, memberi isyarat yang mereka sedang memikirkan sesuatu
"Member kaula!" jerit mereka berdua dengan serentak
"Haa ye baru aku ingat tadi, astaghfirullahalazim member sendiri kot" kata Dhia
"Tapi tu lah, mana pergi si minah tu sampai tak balik balik" sambungnya lagi
"Kejap lagi dia balik kot. Cuba kau jenguk jenguk kat bawah ke tangga ke, mana tahu dia tengah dalam perjalanan nak balik" kata Afrina
"Boleh jugak. Tapi.." kata Dhia sambil membuatkan Afrina tertanya-tanya
"Tapi apa lagi. Takut?" kata Afrina sambil membeliakkan matanya dan membuat bunyi yang pelik-pelik. Saja nak bagi Dhia takut
"Kau ni, aku betul-betul ni!" adu Dhia dengan takutnya
"HAHAHA aku saja je lah. Ala takda apa pun, bukannya ada pontianak pun nak kejar kau, tahu tahu dia pun tak hamak kau" sakat Afrina
"Dah lah kau, baik aku tidur je macam ni" kata Dhia tanpa menoleh ke arah Afrina
"Eleh benda tu je pun, tu pun nak merajuk ke" kata Afrina, Dhia pula masih tidak berkata apa-apa tetapi hanya baring di atas katilnya sambil membelakangi Afrina
'Tak merajuk pun, saja nak buat kau pujuk' bisik hati Dhia
"Weh Dhia dah lah tu aku gurau je, tapi memang betul pun hantu tu tak hamak kau" kata Afrina yang masih mahu menyakatnya lagi malah ia membuatkannya lebih teruk. Dhia tiba-tiba menangis dengan perlahan
"E-eh Dhia, kau nangis betul-betul ke?" kata Afrina dengan risau
'teruk sangat ke gurau aku tu' bisik Afrina
"Haa yelah yelah aku teman kau, heish" kata Afrina tetapi Dhia masih tidak memberi apa-apa isyarat
"Dhia aku janji-"
"HA JOM!" jerit Dhia dengan sengaja selepas memotong ayatnya
Afrina pula hanya termenung melihat Dhia kerana telah terpedaya dengan helah lamanya itu
"Hmm dah lama jugak eh aku tak mainkan kau" kata Dhia lalu dia tertawakan Afrina
"Dahlah aku takde masa dengan benda-benda karut kau ni" kata Afrina
"Ehem ehem. Kau dah janjikan nak teman?" sambungnya lagi
Afrina hanya mendiamkan dirinya sahaja dan mengeluh
"Haih, yela untuk kau" keluh Afrina
•••••
Sebaik sahaja mereka cuba untuk menjenguk Qayla di luar. Tiba-tiba Afrina perasan sesuatu yang tidak disangka-sangkakan
"Eh tu bukan ke Qayla dengan mamat yang kita shipkan tu" kata Afrina kepada Dhia
"Weh ye gila, dalam diam sia member kita" kata Dhia dengan tidak henti melihat mereka berdua
"Kejap aku ada idea" kata Afrina sambil tersenyum lebar
•••••

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...