30

1.4K 92 1
                                        

"Eh awal kau bangun Qayla?" Terkejut Dhia yang baru sahaja bangun dari tidur.

"Kena la awal, harini class start awal kan" Jawab Qayla dengan teruja.

"Pahal kau ni? mabuk eh" Tanya Dhia lagi, lalu dia terus mengambil tualanya dan masuk ke dalam bilik air.

"Nak jadi wanita melayu terakhir pun salah" Adu Qayla sambil mencari cari kasut untuk dipakai nanti.

"Wanita melayu terakhir? ha bole la tu, sehari jela kau jadi" Usik Afrina yang sedang menggosok tudung bawal nya.

"Kau diam" Qayla terus bagi jelingan maut kepada Afrina.

-

Sedang mereka bertiga berjalan untuk ke kelas, tiba tiba Afrina disapa oleh Rayfal. Qayla ingat Rayyan ada bersama Rayfal, rupa rupanya tiada.

"Lamanya dorang borak, tengah bincang pasal majlis kahwin ke?" Tanya Qayla kepada Dhia.

"Aku rasa yela kot" Jawab Dhia sambil senyum mengusik.

"Ha okok" Kata Afrina kepada Rayfal yang baru sahaja beredar

"Apa yang ok?" Tanya mereka berdua kepada Afrina.

Sudah 15 minit Afrina dan Rayfal berbual, ada juga Qayla dan Dhia sempat merayau rayau sementara menunggu mereka berbual. Jadi mereka juga ingin tahu apa yang dibual mereka sampai begitu lama.

"Oh kitaorang borak pasal event yang aku pergi haritu, kan ada Rayfal sekali" Terang Afrina dengan jelas.

"Ohhh" Jawab mereka serentak.

"Ha lagi satu"

"Qayla, Rayyan nak jumpa kau lepas habis class" Kata Afrina kepada Qayla yang sedang membetulkan tudungnya.

"Ha? Rayyan?" Tanya Qayla dengan pelik. Bukan pelik, tapi memang pelik.

"Yelah, siapa lagi" Jawab Dhia pula, mereka berdua sudah muak dengan Qayla dan Rayyan.

"Oh ye eh"

-

Selesai sahaja kelas, Qayla terlupa tentang Rayyan mahu berjumpa dengannya, jadi dia dan rakannya hanya balik ke dorm seperti biasa.

Apabila sampai sahaja di depan lift, tiba tiba telefon Qayla berbunyi..

12 missed call

"Mak ai, banyak betul" Ternganga Qayla apabila membaca notification yang banyak di lock screen nya.

"Siapa call?" Tanya Dhia.

"Rayyan, aku rasa sebab dia nak jumpa aku tulah" Qayla baru teringat yang Rayyan mahu berjumpa dengannya selepas habis class.

"Oh haah ek" Afrina juga baru teringat. Masing masing pelupa orangnya.

•••••

"Eh tahu pulak nak call, ingatkan tengah nazak tadi" Sakat Rayyan apabila Qayla menelefonnya semula

"Apa kau nak? call call orang ni"

"Aik bukan kau dah tahu ke yang aku nak jumpa kau??"

"Ye tahu"

"Ha pastu siap la-"

Belum sempat Rayyan mahu menghabiskan ayatnya, tiba tiba Qayla sudah mematikan panggilan. Masalah lah Qayla Adriana ni, nasib suka!

"Aku pergi dulu, Rayyan dah macam orang gila nak jumpa aku" Kata Qayla kepada dua sahabatnya.

Dhia dan Afrina hanya mengangguk, mereka sudah biasa dengan Qayla dan Rayyan, kalau boleh hari hari nak keluar!

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now