"Weh Dhia bangunlah! kau ni tak pernah bangun awal tau, nak jugak aku kejut" Kata Qayla sambil menarik narik selimut Dhia.
"Ish kau ni, sabar lah. 5 minit lagi" Rungut Dhia lalu menarik semula selimut itu sampai menutup mukanya.
"Bangunlah gila, aku tak sabar ni" Masih tidak berputus asa Qayla membangunkan Dhia.
"Apa yang kau tak sabar sangat ni?" Soal Dhia rimas. Tak habis habis tarik selimut orang.
"Alah kau ni, harini Rayyan balik lah! Kata nak teman aku amik dia kat Airport, ni kita dah lambat!" Marah Qayla.
Mendengarkan kata kata Qayla itu terus sahaja mata Dhia yang tertutup terbuka luas, sumpah dia terlupa pasal itu.
"Weh aku lupa" Kata Dhia lalu terus duduk tegak.
"Kau apa je ingat? dah cepat bangun mandi, mama aku dah buat sarapan tu" Kata Qayla lalu menarik tangan Dhia untuk bangun.
Dhia tumpang menginap di rumah Qayla supaya Qayla tidak susah mengambil Dhia di rumahnya. Bila Dhia tidur di rumah Qayla mudah sikit, terus gerak ke Airport.
"Haduh kau ni, tahu lah tak sabar nak jumpa buah hati" Perli Dhia lalu dia terus bangun dan pergi ke bilik air.
"Eh suka hati lah, dah lama tak jumpa kot" Jawab Qayla. Dia terus turun ke bawah untuk bersarapan.
Afrina tidak boleh balik ke Malaysia, banyak assignment yang perlu dia siapkan. Jadi mereka berdua sahaja yang pergi.
•••••
Jejak sahaja mereka di pintu KLIA, Qayla sudah tercari cari di mana kelibat kekasihnya.
"Haish kau ni, tak sabar sangat sampai depan pintu ni kau cari. Ingat jumpa ke?" Kata Dhia pelik, angau sangat member aku ni.
"Ish diam lah kau" Kata Qayla dan terus berjalan ke hadapan.
"Lah? dia tinggal kan aku macam tu je?" Soal Dhia sendirian. Mabuk cinta betul.
"Tak apa, aku boleh teman" Kata Mikha dari belakang Dhia secara tiba tiba.
"Mak kau" Terhinjut bahu Dhia akibat terkejut.
"Hah? mak aku?" Soal Mikha sengaja.
"Ish, kau ni kan!" Marah Dhia lalu sling begnya terus dilempar pada lengan Mikha dengan kuat.
"Aduh! sakit bongok!" Adu Mikha sambil mengusap lengannya. Beg dia isi batu ke? keras sangat.
"Tahu pun sakit, eh kalau aku terkena sakit jantung nanti kau nak tanggung ke?" Soal Dhia.
"Boleh je, aku sanggup derma kan jantung aku ni kat kau supaya kau tak sakit" Kata Mikha selamba dan membuatkan Dhia lagi bengang. Apa kena dengan mamat ni?
"Eh lantak kau lah" Malas Dhia mahu layan karenah Mikha, dia terus berjalan meninggalkan Mikha.
"Eh eh tunggu lah!" Jerit Mikha dan terus berlari mengejar langkah Dhia.
"Apa kau buat kat sini?" Soal Dhia dengan rimas. Mana mana je mesti ada mamat ni, tak ada tempat lain ke nak pergi?
"Serius lah kau tanya macam tu? eh, dua ekor beruk tu member aku tau. Mesti lah aku ada kat sini" Jawab Mikha.
"K" Balas Dhia sepatah.
"K" Mikha mengajuk Dhia.
-

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...