45

1.1K 101 11
                                        

2 bulan kemudian..

Dah 2 bulan berlalu, Qayla dan Dhia sudah habis belajar. Sepatutnya mereka sambung degree, tapi itulah dua dua dah nak berumah tangga.

"Qaylaa!! cepatlah diaorang dah tunggu dekat bawah" Jerit Dhia yang sudah berada di luar bilik.

"Yee aku tahuu. Kau takyah nak excited sangat jumpa pakwe kau" Perli Qayla.

"Eh, mestilah kena excited" Balas Dhia. Serta merta kepala Dhia menjadi sasaran pukulan Qayla.

"Kau belakang Mikha kemain angau semacam. Bila depan dia ego memanjang" Kata Qayla. Tak percaya tengok lah nanti.

"K"

"Ha takyah nak jeling aku, ambik beg kau ni" Kata Qayla lalu dia mengambil beg untuk mengemas kesemua barangnya dan dibawa balik ke rumah. Begitu juga Dhia.

-

"Hai Qayla" Sapa Rayyan apabila Qayla dan Dhia keluar dari asrama perempuan. Mikha juga di situ untuk mengambil Dhia.

"Haii Rayyan" Sapa Qayla ceria.

"Jom, Rayyan hantar Qayla balik. Qayla dah makan ke?" Soal Rayyan.

"Belum lagi" Jawab Qayla.

"Ha kalau macam tu kita makan dulu lah lepastu baru Rayyan hantar Qayla" Cadang Rayyan dan terus mengambil beg roda Qayla.

"Okeyy jomm" Kata Qayla lalu mereka terus pergi meninggalkan Dhia dan Mikha.

"Kau belum makan lagi?" Soal Mikha.

"Kau rasa dah ke belum?" Soal Dhia semula.

"Belum kot"

"Ha belum lah" Jawab Dhia dengan kasar.

"Eh kau ni, perangai tak berubah. Kasar je, kita nak kahwin tau. Silap silap orang cakap bini aku ni gangster. Aku pulak jadi bini kau karang" Kata Mikha selamba.

"Eh kau kenapa? lagi setahun kot, lambat lagi nak kahwin" Kata Dhia.

"Alah setakat setahun tu, pejam celik je tiba tiba dah jadi isteri aku. Sekejap je tu" Jawab Mikha sambil tersengih.

"Apa apa jelah Mikha" Kata Dhia lalu dia terus berjalan. Baru selangkah Dhia berjalan, dia tiba tiba mendapat panggilan dari umi nya.

"Hello umi" Kata Dhia.

'......'

"Ha okey okey kitaorang datang sekarang, tunggu kejap" Kata Dhia lalu terus mematikan panggilan.

"Asal tu?" Soal Mikha.

"Umi dah masak, dia ajak kau makan sekali dekat rumah" Jawab Dhia.

"Ha? umi masak? Lepastu tunggu apa lagi? jomlah pergi sekarang" Kata Mikha dengan teruja.

"Eh eh jap, yang kau teruja semacam ni kenapa?" Soal Dhia pelik. Tiba tiba sahaja teruja mengalahkan budak budak.

"Siapa je tak teruja dapat makan masakan bakal mak mertua. Aku dah tak sabar ni, jom cepat" Kata Mikha lalu dia merampas beg roda Dhia dari pegangannya dan terus berjalan kehadapan.

"Lah? macam tak pernah makan je mamat ni. Haih nasib lah kau ni bakal suami aku" Dhia mengeluh sebentar dan terus mengejar langkah Mikha.

•••••

Sampai sahaja di hadapan rumah Dhia, mereka terus turun daripada kereta.

"Assalamualaikum!!" Jerit Dhia.

"Eh kau boleh tak jangan terjerit jerit? boleh pekak telinga aku ni" Kata Mikha dengan muka berkerut.

"Masalah kau ke masalah aku? Masalah kau kan, lantak kau lah" Jawab Dhia tanpa memandang Mikha.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now