9:35 p.m
"Good evening everyone. As a reminder, around 12 a.m we will turn on a siren alarm in every dorm which means you will be ready for the next game."
"Itu bermaksud dalam jam 12, kamu semua akan berkumpul untuk acara terakhir kita iaitu.. night walk. Ya, hari yang kami maksudkan 'esok' itu adalah pada pukul 12 pagi. Walaupun kami mengumumkannya sedikit lambat, kami hanya berharap agar kamu semua dapat memberi sebarang kerjasama"
"Sebelum saya terlupa, berikut adalah senarai yang anda dilarang membawa semasa sesi kita sedang dijalankan pada malam ini."
"Pertama, anda dilarang membawa torchlight ataupun lampu suluh, kecuali kami yang menjaga. Kedua telefon bimbit, semasa sesi kita sahaja ya. Dan yang ketiga, lighter ataupun alat-alat yang membahayakan. Oh ya, dan tolong pakai pakaian yang sesuai ya, saya taknak tengok ada yang pakai telekung dalam hutan nanti. Kalau ada pun, jangan ditegur pula.."
"HAHAHA baiklah itu sahaja daripada saya, jikalau ada sebarang pertanyaan bolehlah kamu tanya di dalam group sahaja. Apa-apa pun selamat berjumpa di hutan!" terang si pengacara itu dengan panjangnya
--
"Eh kejap, maksudnya.. pukul 12 nanti kita kena turunlah? Aduu malas gila" adu Dhia sambil merungut
"Fuyyoo ada night walk siaa" sorak Afrina dengan terujanya
"Ha, macam mana engkau boleh suka?" tanya Dhia sambil membuat muka yang menjengkelkan
"Sebab.. entah dah aku suka tu suka lah. Jarang-jarang aku tak suka night walk" jawab Afrina lalu dia menoleh ke Qayla
"Eh Qayla, asal diam je? kau taknak respon apa-apa ke?" tanya Afrina kepada Qayla
"E-eh haa ye bagus ah macam tu" jawab Qayla dengan mukanya yang tiada perasaan
"Ha tengok tu, mesti ada something lagi kau nak nyorokkan dari kitaorang kan" kata Dhia sambil merenung wajah Qayla dengan tajamnya
"Aku nak nyorok apa pula, yela baguslah kan. Esok tak ada lah penat nak main lagi" jawab Qayla sambil mengerutkan dahinya
"Ataupun kau sebenarnya rindu nak jumpa dia.." usik Afrina
"HA, HA rindu siapa? Izhan?" tanya Qayla dengan tiba-tiba
"Ish kau ni, dia dah curang pun masih nak dia lagi. Tu, dah ada lelaki handsome kau taknak pula. Bagi aku jelah macamtu" kata Dhia lalu menjeling Qayla
"Eh ambil la ambil, macamlah aku hamak sangat dengan perangai poyo dia. Izhan aku lagi comel" kata Qayla sambil terbayang-bayangkan muka Izhan
"Kalau macamtu, Afrina. Semoga kau jadi singlet selamanya ya. Manalah tahu dia kaya kan, aku boleh kikis duit dia HAHAHA" kata Dhia dengan tak masuk akal
"Kahwin dengan dia pun belum ada hati nak kikis duit orang" Afrina cuba untuk berbisik dengan perlahan malah ia masih dapat didengari
"Eh tahi telinga aku tak banyaklah, aku still boleh dengar" sindir Dhia
Sebelum mereka lagi memulakan pergaduhan yang tak masuk akal itu. Qayla yang sepatutnya mengeluh memukul kepala mereka berdua
"Ummm sedap? Nak lagi ke? Ha gaduhlah gaduh" sindir Qayla
"Aduhhh gila lah kau ni Qayla!" kata mereka dengan serentak sambil mengusap kepalanya
•••••
11:59 p.m
12:00 a.mtten tten tten tten tten tten tten tten
bunyi siren dimainkan

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...