13

1.4K 93 9
                                        

"Qayla cepatlah apa benda yang kau terhegeh-hegeh sangat ni" marah Afrina yang sedang menunggu Qayla di luar biliknya

"Kejaplah, phone aku hilang lah. Korang ingat tak aku letak mana semalam?" tanya Qayla sambil mencari telefon nya dengan cemas

"Ha hilang lah pula, aku rasa barang-barang kau ni memang ada kaki lah. Haritu hilang dompet, ni phone pula" kata Dhia

"Habistu kau nak kitaorang tolong carikan tak ni" tanya Dhia yang hendak menanggalkan kasutnya

"Eh takpe, aku boleh cari. Lagipun dah lewat dah ni sepatutnya. Baik korang pergi sarapan dulu, aku tak nak lah disebabkan aku korang tak dapat nak sarapan" kata Qayla yang masih mencari-cari telefonnya

"Gila ke, takkan kitaorang nak biarkan kau sorang-sorang" marah Afrina kepada Qayla

"Ish aku betul-betul lah, pergi je. Aku boleh jaga diri nanti" balas Qayla pula sambil mengerutkan dahinya

"Yelah, kalau ada apa-apa jadi jangan nak salahkan kitaorang pula eh" kata Afrina, Dhia juga hanya menganggukkan kepalanya

Lalu, Dhia dan Afrina pun bergegas pergi ke cafe mereka untuk bersarapan tanpa Qayla

"Haish mana la kau menyorok ni, menyusahkan aku betul la" kata Qayla.

Ayayay I'm your little butterfly...

'Aik, tu bukan bunyi ringtone aku ke?' bisik Qayla lalu dia terus mencari di tempat yang berbunyi itu selagi telefonnya masih dapat didengari

"Lah, kat sini rupanya!" jerit Qayla dengan perlahan apabila terjumpa telefonnya yang terselit di celah katil

"Tapi siapa pula yang tiba-tiba call aku pagi-pagi ni" Qayla tertanya-tanya lalu dia membuka telefonnya itu

1 missed call from Anis kesayangan

"Lah, minah ni lagi. Dia tak muak ke asyik nak cari gaduh dengan aku?" kata Qayla dengan rasa geramnya

"Ahh lantak dia lah, mesti Dhia dengan Afrina dah lama tunggu aku" kata Qayla. Lalu dia bergegas mengunci pintu biliknya dan beredar

•••••

Sebelum mereka akan menjalani acara larian rentas itu, ada sesetengah aktiviti atau senaman yang mereka telah lakukan tetapi mereka pelik kerana rakannya Qayla masih tidak menghubungi mereka atau memberi sebarang respon

"Mana pula si Qayla ni, takkan lah dia masih tak jumpa lagi telefon dia tu" adu Dhia dengan risaunya

"Itulah, kejap lagi kita dah nak start dah" kata Afrina yang turut risau dengan rakannya

"Apa kata cuba kau call dia, mungkin dia pun tengah cari kita" sambung Afrina

"Ha iya lah" lalu Dhia pun mengeluarkan telefonnya

"Eh tapi-" ayat Dhia tiba-tiba tergantung

"Kenapa?" tanya Afrina

"Aku lupa aku buka silent mode, kalau tak kita dah tahu dah Qayla dekat mana sekarang ni" kata Dhia yang masih membuatkan Afrina tertanya-tanya

"Dah 17 kali dah Qayla call aku" kata Dhia sambil menunjukkan telefonnya ke arah Afrina

"Uish, kau tunggu apa lagi. Call lah dia balik" kata Afrina yang masih risau

calling..
declined

"Eh, apa hal ni?"

•••••

"Ish asal diorang tak angkat angkat ni, ke phone aku yang habis credit" adu Qayla yang sedang berada di dalam lif

krut krut krut
Perut Qayla berbunyi seperti bunyi Afrina berdengkur

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now