27

1.2K 85 3
                                        

Semasa Puan Anieta dan Qayla sudah sampai di depan pintu masuk rumah banglo tersebut. Ada seorang pembantu rumah menjemput mereka masuk dan menyuruh mereka duduk di sofa sementara menunggu tuan rumah turun ke bawah.

-

"Haih lama betul tuan rumahnya turun" Adu Qayla. Sudah lama mereka menunggu, tapi masih tidak turun turun.

"Assalamualaikum Aunty" Sapa seorang lelaki tinggi di belakang Puan Anieta.

Qayla yang sedang sibuk melayan phonenya terus terkejut apabila lelaki yang menyapa mamanya itu ialah Rayyan.

"Apa kau buat dekat sini?!" Tanya Qayla dengan rasa ragu ragu.

"Ha?? rumah aku,memangla aku dekat sini" Jawab Rayyan sambil ketawa kecil.

"Ha-" Qayla terus ternganga.

'Tahu lah dia kaya, tapi aku tak pernah terfikir dia kaya sampai macam ni' Bisik Qayla di dalam hati sambil melihat sekeliling rumah yang besar dan cantik itu.

"Mummy mana? lama dah aunty tunggu" Tanya Puan Anieta kepada Rayyan yang sedang duduk di sofa yang bertentangan dengan Qayla.

"Tuu" Tunjuk Rayyan ke arah tangga. Puan Syima sedang turun dengan pakaiannya yang ayu. Dah tua pun masih nampak muda!! cantikkk

"Anieta! sorry la lama kau tunggu" Kata Puan Syima apabila sudah sampai ke arah mereka bertiga. Qayla terus bangun dan menyalam tangan Puan Syima.

"Kau dengan janji melayu mana boleh berpisah" Jawab Puan Anieta sambil menjeling Puan Syima.

"Puann, makanan sudah siap" Panggil pembantu rumah itu.

"Ha tu makanan dah siap! jom la makan" Ajak Puan Syima.

"Bukan nak kata apa, tapi memang tengah lapar ni" Qayla terus menyampuk perbualan antara mamanya dengan mummy Rayyan.

Mereka bertiga terus memandang Qayla. Rayyan ketawa kecil, mamanya pula dah rasa malu dengan anaknya sendiri!! Hahaha..

"Apa?" Tanya Qayla apabila mereka bertiga memandangnya sambil tersengih sengih.

"Badan je kecik, makan banyak" Usik Rayyan lalu mengikut mummynya ke arah meja makan.

"Eh aku dengar la!" Jerit Qayla dengan sedikit perlahan. Dekat rumah orang kena sopan sikit, nanti kena cop menantu derhaka.

Sampai sahaja di meja makan, mata Qayla terbuntang luas apabila melihat juadah makanan yang tersedia di atas meja makan itu.

'Wah, banyak nya! ni macam untuk sepuluh orang makan je' Bisik hati Qayla.

Qayla cuba membau makanan tersebut dengan mata yang tertutup.

'Weh sedapnya bauu' Bisik hati Qayla lagi sambil tersenyum senyum.

"Kakak, dah dah la bau makanan tu. Duduk sini, makan" Tegur Puan Anieta sambil menggelengkan kepala melihat anaknya itu, lapar sangat la tu.

Qayla hanya tersengih dan terus duduk di sebelah Puan Anieta. Rayyan pula duduk di sebelah mummynya dan juga berhadapan dengan Qayla.

"Eh aah lah, abang kamu mana? dia tak nak makan ke?" Soal Puan Syima kepada Rayyan.

"Tak tau la mummy, diet kot. Yelah pagi tadi kan dah enam pinggan nasi dia serbu" Perli Rayyan sambil tergelak sakan.

"Amboi seronok kau gelak kan aku eh" Tegur Rayfal dari atas tangga. Dia terus pergi ke meja makan dan duduk di sebelah Rayyan.

"Hehe aku gurau je, tapi betul apa" Kata Rayyan. Rayfal terus menjeling adik nya, seronok la tu kenakan dia.

"Eh dah dah, makan" Tegur Puan Syima kepada kedua anaknya.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now