33

1.2K 83 17
                                        

Tempat yang beratur menjadi sesak kerana ramai orang berjalan kehulur hilir. Macam kanak kanak riang semua orang yang ada di sini.

Apabila turn mereka pula untuk masuk ke dalam rumah hantu, Qayla hanya mengikuti Rayyan dari belakang, tetapi tiba tiba langkahnya terhenti akibat teringat sesuatu..

dejá vu

"Izhan, cuba masuk rumah berhantu tu, kalau Izhan dapat keluar, Qayla bagi hadiah"

"Fuyyo ada hadiah eh, hadiah apa tu?"

"Eh adalah. Sebok je nak tahu"

"Ok ok fine tapi kalau Izhan dapat Qayla kena ikut Izhan"

"Lah pergi mana pula"

"Eh adalah. Sebok je nak tahu"..

"Huh- Izhan??" Tiba tiba Qayla mengelamun akibat teringat sesuatu, dia seperti berada di dalam lamunan itu.

"Ha? Izhan?" Tanya Rayyan, terkejut beruk dia apabila terdengar Qayla memanggil nama Izhan.

Qayla yang masih mengelamun tiba tiba sahaja dia berjalan kehadapan. Qayla seperti dibuai mimpi.

"Qayla? Qayla?!" Panggil Rayyan dengan tercungap cungap, penat dia mengejar Qayla yang sudah jauh darinya.

"Qayla kau nak pergi mana ni?'

"Qayla kau dengar tak aku panggil ni?"

"Qayla, ni aku Rayyan!!" Kata terakhir Rayyan sebelum dia berhenti mengejar Qayla.

Qayla yang dari tadi dibuai mimpi tiba tiba tersedar dari lamunannya. Dia terus mengucap, dia terasa hatinya sakit dan pedih.

"Rayyan, kita dekat mana?" Tanya Qayla dengan wajah yang keliru.

"Dekat funfair Qayla.."

"Kau kenapa tadi? jadi macam hari tu ke?" Soal Rayyan dengan nada yang risau.

Qayla yang masih menatap muka Rayyan, tiba tiba saja air matanya mengalir. Dia rasa sakit hati, hatinya seperti dikoyak koyak dan dibuang. Dia sudah trauma mengingat kembali kisah lamanya bersama Izhan.

Kenapa dia kena ujian sebegini? sejujurnya dia memang tidak mahu ingatkan lagi tentang bekas kekasihnya, tapi kenapa..

Izhan Mikael..kenapa awak buat saya macam ni??

"Qayla.."

"Kita balik ye? kau macam tak sihat ni" Kata Rayyan dengan risau, takut jadi apa apa dekat Qayla.

"Hm" Jawab Qayla sepatah, dan dia berlalu keluar dari funfair.

Rayyan hanya mengikutnya dari belakang. Kalau mereka sudah halal, dah lama Rayyan dukung Qayla.

Eh menyempat !!

•••••

"Terima kasih sebab bawak aku pergi funfair and sambut birthday aku" Ucap Qayla. Dia hanya senyum, tidak mahu sedih lagi di depan Rayyan. Kesian dia kena hadap perangai Qayla.

"Ye sama sama, kau makan ubat tau, tadi doctor dah cakap kan, kau kena makan ubat ikut masa, jangan tak makan pulak!" Kata Rayyan dengan tegas, tapi masih lembut cara bahasanya bercakap dengan Qayla.

"Yee aku tahu, okay bye!" Jawab Qayla lalu melambai Rayyan.

Tadi selepas balik dari funfair, Rayyan paksa Qayla untuk pergi ke klinik sebab muka Qayla sudah pucat. Risau dia dibuatnya.

Tidak sempat Rayyan dan Qayla mahu bermesraan, malang tidak berbau bukan? Qayla tiba tiba sahaja demam. Mungkin dekat Uni pun mereka akan jarang berjumpa sebab Qayla akan jarang keluar dari biliknya.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now