2 January (Sabtu)
Harini sudah 2 hari bulan satu. Dan esok sepatutnya hari jadi kawan baiknya, Afrina Natasya. Tetapi malangnya Afrina tiada di Kuala Lumpur, dia perlu ikut ibunya ke Melaka.
Qayla dan Dhia juga tidak tahu mahu suprise kan apa untuk kawannya sorang itu.
"Weh macam mana ni? Afrina takde kat sini, kita nak buat surprise macam mana?" Tanya Dhia dengan gelabah.
Kesian la Afrina nanti, dia selalu suprise kan untuk mereka berdua. Takkan la bila birthday dia mereka berdua tak surprise kan..
"Aduhai, nak suruh Rayfal surprise kan tapi dia dekat UK" Rungut Qayla. Susah lah macam ni..
"Rayfal dengan Rayyan tak boleh balik sekejap ke??" Soal Dhia. Dia seperti memberi cadangan.
"Eh kau ni, payah la nanti" Terkejut Qayla dengan cadangan Dhia itu. Ingat UK ke Malaysia ni macam KL ke Melaka?
"Tak cuba belum tahu" Kata Dhia sambil tersengih.
"Aduh yelah, aku kena call Rayyan ke Rayfal ni?" Tanya Qayla.
"Rayfal la! nak call boyfriend kau buat apa?!" Marah Dhia tapi dengan nada yang perlahan.
Sudah seminggu mereka berdua asyik bermesraan di dalam phone. On call lepastu video call. Haih, Dhia dan Afrina sudah muak melihat gelagat mereka berdua itu.
Nak sweet sweet tu kahwin jelah!
"Hehe okok" Lalu Qayla terus menekan nama Rayfal untuk memulakan panggilan.
Ringing..
"Hello??"
"Ha kenapa? nak cakap dengan Rayyan ke?"
"Eh bukannn, nak cakap dengan kau la"
"Ha pahal ni?"
"Kau tak boleh balik Malaysia sekejap ke?"
"Eh kenapa? ada pape jadi ke weh? asal tetiba nak suruh aku balik?"
"Cuba tengok tarikh esok"
"Eh Ya Allah!! esok birthday Afrina!"
"Macam mana aku boleh lupa""Pastu macam mana ni?"
"Esok ehh..aku rasa esok aku free, petang ni aku kemas barang"
"Kemass barang?! maksudnya kau balikk Malaysia lah ni? Rayyan ikut kan kann kan?"
"Itu aku tak tahu, tapi InsyaAllah dia ikut"
"Ha okey, thank you Rayfal!"
"Sama sama"
End Call
"Yess! diorang dapat balikk!" Jerit Qayla dengan teruja. Rindu dia nak lihat muka kacak Rayyan.
"Ha da- dapat balikk?!"
"Horeyyyy" Dhia juga sorak dengan teruja. Akhirnya kekasih kawannya itu dapat balik ke Malaysia. Jadi mereka akan sambut bersama !!
"Eh tapi 12 jam mat nak sampai sini" Tiba tiba sorakkan Dhia terhenti disebabkan teringat dengan masa yang diambil untuk balik ke Malaysia.
"Mesti dorang sampai 5 pagi esok" Sambung Dhia lagi.
"Alah kita buatlah malam, dapat la diaorang rehat sikit" Sambung Qayla pula. Walaupun mereka dapat berehat sekejap saja, tapi boleh lah juga rehatkan badan.
"Hm okaylah"
•••••
Selepas tamatkan panggilan dengan Qayla pagi tadi, Rayfal terus mencari adiknya Rayyan. Nak beritahu Rayyan yang dia mahu balik ke Malaysia.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...