9.15 am
Afrina bangun dengan mata yang masih terlelap, mukanya mamai seperti tidak mahu bangun tidur. Tapi disebabkan dia di hotel bersama ibunya, dia tidak boleh bangun lambat seperti di rumah.
Apabila Afrina bangun menjejakkan kakinya di lantai, dia ternampak sepucuk surat di atas laci meja yang berdekatan dengan nya.
"Ibu apa tu? ibu punya eh" Tanya Afrina kepada Puan Fazilah yang sedang mengosok tudung.
"Baca lah, kakak punya" Jawab Puan Fazilah. Dia tidak mahu memberitahu siapa yang menghantar surat itu. Dia takut Afrina tidak mampu untuk membaca isi surat tersebut.
"Ha?" Tanpa membuang masa Afrina hanya buka surat itu dengan cepat, mahu tahu apa ada di dalamnya.
Assalamualaikum kakak,
Happy birthday Afrina Natasya anak kesayangan ayah, maaf ayah tak dapat sambut hari jadi Fina..ayah doakan anak sulung ayah berjaya dunia akhirat dan sentiasa jadi anak yang solehah. Dengar cakap ibu kamu dan jangan buat perangai, jaga ibu macan ayah jaga ibu waktu kamu kecik dulu..
Salam sayang dari ayah mu, ada masa kita jumpa lagi ye..
Dengan perlahan lahan air mata Afrina akhirnya jatuh, tidak sanggup dia mengingat kembali kepada ayahnya. Jujur dia rindu.
Mungkin ibu dan ayahnya tiada jodoh yang panjang, dia hanya terima takdir yang Tuhan beri kepada dia dan ibunya.
Ibu seorang wanita yang kuat, tidak pernah mengeluh menjaganya dari kecil hingga la besar. Tapi ayah? ye ayah sudah berkeluarga baru, Alhamdulilah ayah bahagia dengan keluarga barunya. Walaupun keluarga kecil kami tidak sebahagia keluarga barunya..
"Kakak jangan nangis dah, ibu tak suka tengok kakak nangis macam ni" Pujuk Puan Fazilah kepada anaknya yang sedang teresak esak menangis. Sedih..
"Ib- ibuu" Panggil Afrina dengan tersedu sedu.
"Ye sayang, kenapa?" Tanya Puan Fazilah sambil mengelap air mata anaknya yang berair.
"Kenapa ayah tinggalkan kita? ayah taknak jaga kakak ke?" Soal Afrina lalu sambung menangis dengan kuat.
"Ya Allah kakak..ayah tak tinggalkan kita, tapi itu takdir yang ibu dan ayah perlu redha. Ayah sayang kita, kakak jangan nangis dah, ibu tak suka" Pujuk Puan Fazilah lagi sambil menepuk belakang badan anaknya.
"Tapi-" Tidak sempat Afrina menyambung ayatnya, ibunya sudah memotong terlebih dahulu.
"Takde tapi tapi, mandi sekarang!" Marah Puan Fazilah, dia tak suka melihat anaknya buka tentang kisah lama. Kisah lama jangan dikenang.
"Hm yelah" Jawab Afrina dengan malas lalu terus mengambil tuala mandinya dan masuk ke dalam bilik air.
---
"Weh takkan birthday party tu ada kita berlima je?" Tanya Dhia kepada Qayla dan Rayfal yang masih tercengak di depan pintu cafe.
Rayfal dan Qayla baru sahaja sampai di cafe yang mereka rancang untuk buat birthday party Afrina. Ada juga Qayla bawa barang deco macam belon dan lain lain. Rayfal pula tukang bayar makanan.
Rayyan ??
"Eh Rayfal, Rayyan mana??" Tanya Qayla, matanya melilau mencari tubuh tinggi Rayyan.
"Tak datang" Jawab Rayfal selamba. Cover cover la sikit Rayfal oiii!
"Ha?! kau tipu aku eh" Muka Qayla terus terkejut, takkan la Rayyan tak nak jumpa dia.
"Ye aku tak tipu, dia banyak kerja dekat sana, takut daddy marah kalau dia balik macam tu je. Dahla kerja dia tu berlambak, nanti tertangguh"

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...