26

1.2K 83 1
                                        

"Qayla, sini sini!" Jerit Rayyan dengan terujanya.

Qayla yang sedang tiada mood itu beralih pandangan kepadanya dan mengeluh.

"Apa?" Jawabnya dengan pendek.

Semasa Rayyan hendak menunjukkan sesuatu kepadanya, mata Qayla terhenti apabila dia ternampak seorang lelaki yang amat dikenalinya.

"I-Izhan?" Qayla hanya memerhatikan dia tanpa menoleh ke arah sesiapa, termasuk Rayyan. Lalu, oleh kerana terlalu berkhayal. Dia pun pergi ke arah Izhan tanpa berfikir apa-apa dan meninggalkan Rayyan di belakangnya.

'Izhann'

'Izhan'

'Izhan-'

Langkahnya tiba-tiba berhenti. Kenapa?

"Qayla!" Jerit Rayyan dari belakang.

"Kau dah kenapa, nampak roh nenek kau ke sampai tinggalkan aku sorang-sorang?" Soal Rayyan sambil tercungap-cungap selepas penat mengejarnya.

Qayla tidak memberi apa-apa respon, malah dia hanya tundukkan kepalanya dan beredar.

"Qayla-"

"Aku nak balik" Kata Qayla dengan nada yang serius.

"Kau kenapa ni, aku ada buat kau terasa ke? eh sorry le" Pujuk Rayyan dengan risaunya.

"Tak faham bahasa ke, ke nak aku cakap bahasa bangla baru faham?" Jawabnya sambil membelakangi Rayyan.

Rayyan terdiam seketika apabila dia tahu ada sesuatu yang memang tak kena.

Lalu tanpa berkata apa-apa Rayyan pun bersetuju dengannya dengan muka yang masih keliru.

•••••

Hari kedua sebelum masuk ke Uni

Rayyan poyo

'Qayla'

'Kau okay tak semalam?'

'Aku ada buat apa-apa ke?'

'Woi minah'

Tingg..
Ting..
Ting..
Ting..
Ting..
Ting!

"Apa masalah manusia harini?" rungut Qayla yang terpaksa bangun kerana telefonnya yang asyik berbunyi.

"Haih, agak dah mesti dia" Qayla mengeluh lalu menghiraukan mesejnya itu.

Memandangkan harini semua memang sibuk dengan hal masing-masing. Qayla pun hanya terperap di dalam biliknya tanpa memikirkan sesiapa.

-

Qayla, kau dah fikir masak-masak belum?

Engkau tu otak cetek, benda dah ada kat depan mata taknak ambil

Tak payah nak acah move on lah

Jangan beria

Sedar diri kau tu kat mana

'Qayla, apa-apa pun jangan percaya cakap dia'

'Aku terpaksa, Qayla'

'Aku tak suka tengok kau dengan orang lain'

Qayla, kau dengar kan tu. Kau nak percaya dia lagi?!

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now