Sampai sahaja Qayla di biliknya, dia terus terduduk di atas katil, dalam kepalanya terfikir fikir tentang penjelasan Izhan kepadanya tadi.
Betul ke semua apa yang dia cakap? Qayla menghembus nafasnya dan menghempaskan badannya di atas katil. Sakit kepala dia nak fikirkan perkara yang sudah lama dia lupakan. Pedih tak terkata.
Mata hampir terlelap, tapi bila difikirkan balik, Afrina dan Dhia masih belum pulang.
Nak surprise kan pun lama sangat ke?
Baru sahaja dia mahu bangun dari katil untuk masuk ke dalam bilik air, tiba tiba telefon nya berbunyi. Banyak kali pulak tu.
"Apahal ni?"
Tanpa membuang masa Qayla terus mengambil phone nya yang berada di atas meja belajar nya.
'Lah Dhia rupanya'
Qayla terus melesetkan butang hijau untuk mengangkat panggilan Dhia.
"Qayla, baca whatsapp!"
Belum sempat Qayla mahu menjawab tiba tiba panggilan dimatikan segera.
"Lah-"
"Apa yang penting sangat sampai suruh aku baca chat dia ni?" Bebel Qayla sendirian.
Dhia si mulut becok
Dhia : Send location 📍
Qayla : Pergi mana lagi ni ?
Dhia : Kau ikut jela minah, banyak songeh eh, keluar dengan kekasih hati tu boleh pulak
Dhia : Cepat siap!!
Qayla : Kekasih hati otak dia, ye aku mandi jap.
Dhia : okay
Seen
"Nak buat surprise lah tu, macam mana lah aku nak berlakon nanti eh" Qayla meletakkan jarinya di dagu, terfikir fikir macam mana nak jadi pelakon macam dalam drama tv3.
"Eh mandi mandi, kang tak pasal pasal dorang spam call"
Selepas sudah 10 minit Qayla di dalam bilik air, dia terus mencari baju untuk dipakai ke majlis hari jadinya, kesian kan dorang? nak buat surprise tak jadi Hahahaha!
"Aik mana kasut aku, takkan nak pakai selipar pulak, tak cantik la nanti" Rungutnya apabila kasut yang selalu dipakai tiada di dalam rak kasut. Haih waktu waktu macam ni lah nak menghilang ye.
Mata masih fokus mencari kasut yang disayang nya. Akhirnya jumpa juga, terselit kat belakang rak kasut. Aduhaii..
"Lah kat situ dia menyorok" Qayla terus mengambil kasut converse nya dan menyarungkan ke dua belah kaki nya.
-
Sampai sahaja Qayla ke tempat yang dituju, dia hanya berdiri di depan restoran itu sambil mencebik.
"Kedai makan je ke diorang bawak aku, bawak la tempat yang mewah mewah sikit" Adu Qayla sambil memeluk tubuh.
"Eh tapi besar jugak kedai ni eh" Katanya lagi sambil melihat restoran itu dari luar. Tanpa membuang masa dia terus masuk ke dalam.
Sampai sahaja di dalam, mata Qayla melilau sekeliling untuk mencari dua orang sahabatnya. Mata dia tiba tiba tertancap ke satu tempat di hujung restoran itu yang agak bersinar. Dia terus menuju ke situ, mana tau mereka di sana kan.
Sampai sahaja, Qayla dapat lihat tulisan 'Happy Birthday' yang elok tersusun di dinding restoran itu dan juga dihiasi dengan belon belon yang berwarna warni.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...