01

7.9K 277 5
                                    

"ARGHHH"

"Eh kak kenapa terjerit jerit ni" soal Puan Anieta kepada anak perempuan nya yang berada ni luar rumah.

Qayla Adriana tidak menjawab soalan itu malah dia menekup mulutnya dengan tangan kanan manakala tangan kiri nya memegang satu kertas sambil membulatkan matanya seolah tidak percaya dengan apa yang dia baru dapat.

"Mamaaaa kakak dapat tawaran sambung belajar" Jerit Qayla sambil berlari menuju ke arah mama nya dengan wajah yang gembira.

"Iya? Universiti mana kamu dapat tu?" tanya Puan Anieta sambil tersenyum.

"UITM" jawab Qayla dengan perasaan yang masih teruja.

"Oh baguslah tu dekat je dengan rumah kita kan"

"Itulaa, mamaa boleh tak kakak nak keluar sekejap jumpa Afrina dengan Dhia. Nak tau jugak diorang dapat tawaran dekat mana. Harap harap la sama dengan kakak." kata Qayla dengan harapan kedua kawan baiknya itu dapat tawaran yang sama dengannya. Yelah diorang mana pernah berpisah, dari sekolah rendah selalu berkepit je.

"Hm iyalah pergi la. Tapi jangan balik lambat sangat" jawab Puan Anieta.

"Okey mama thank youu" ucap Qayla sambil mengucup pipi mamanya lalu berlari pergi kebiliknya. Puan Anieta tersenyum melihat anak perempuan nya itu, dia tidak kisah Qayla mendapat tawaran sambung belajar di manapun asal kan dia belajar bersungguh sungguh.

Seusai menghantar pesanan kepada kawan baiknya, Qayla terus melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersiap.

•••••

"Ish mana Afrina ni, dia yang suruh sampai awal tapi dia yang lambat" bebel Dhia Ellyna sambil menghabiskan air nya yang tersisa sedikit itu.

"Eh kau ni sabarlah sikit, rumah dia tu kan jauh dari kita. Ni air yang kau minum ni dah masuk air yang ke tiga tau, kembung perut tu nanti" kata Qayla sambil menjeling kawannya itu.

"Bukan apa, aku tak sabar la nak tengok korang dapat tawaran dekat mana, harap harap la weh kita dapat tempat sama" kata Dhia. Memang mereka mahu tunggu semua sampai baru bagitahu tawaran mana yang mereka dapat.

"Iyalah aku pun tak sabar" kata Qayla. dia kembali melihat telefon nya dan membuka tiktok sambil menunggu Afrina.

"Hai korangg, weh sorry lambat. Sesat tadi hehe" kata Afrina Natasya dengan mengah lalu memesan satu air untuk menghilangkan haus nya.

"Hm takpela, Macam la kitorang tak kenal kau kan. Dah biasa dah" kata Qayla. Afrina hanya tersengih sahaja.

"Okey okey, semua dah ada kan? so jom la cepat, korang dapat mana?" soal Dhia dengan teruja.

"Okey apa kata macam ni , kita cakap dengan serentak" cadang Afrina

"Okey setuju" kata Dhia. Qayla hanya mengangguk.

"Okey satu..

dua..

tiga"

"Uitm!" kata Qayla, Dhia dan Afrina serentak.

"Wehhhhh" jerit Dhia sambil menekup mulutnya.

"Yeayyy dapat sama lagiii" sorak Qayla dengan teruja.

"Weh aku rasa kita bertiga ni memang ditakdirkan bersama la, kau tengok la sekolah rendah kita sama, sekolah menengah pun sama, universiti pun sama weh. Kita ni jodoh ke?" kata Afrina. Dhia terus memukul kepala Afrina dengan tangan kanannya

"Otak kau, kau nak lesbian ke? tiga orang pulak tu. Eee taknak aku" kata Dhia dengan geli.

"Gurau je, jangan la pukul kuat kuat" adu Afrina sambil mengusap kepalanya. Qayla yang lihat perbuatan kawan nya itu hanya tergelak kecil.

"Eh dah dah. Weh tapi tak sangka kita dapat tempat belajar sama" kata Qayla.

"Ye weh, eh nanti jom ah duduk bilik sama" kata Dhia pula.

"Aku tak sure lagi la sebab Uitm tu kan dekat dengan rumah aku" kata Qayla.

"Ala nanti kau bodek la mak kau sikit" cadang Afrina.

"Hm yela tengok la macam mana" kata Qayla.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now