"Asal-" Qayla baru sahaja hendak marah Rayyan, tiba tiba makanannya sudah sampai.
"Ha makan, jangan banyak cakap" Kata Rayyan lalu meletakkan phonenya di tepi dan tenung Qayla semasa dia makan.
"Jangan pandang macam tu" Kata Qayla dengan rasa malu malu. Rayyan pandang macam nak ajak kahwin pon ada.
"Malu ke tuu" Usik Rayyan sambil ketawa kecil, tapi masih memandang wajah cantik Qayla.
"Mana ada" Nafi Qayla, tapi dia langsung tidak memandang wajah Rayyan.
"Comel" Puji Rayyan, tapi dengan sedikit perlahan.
Qayla yang terdengar pujian Rayyan itu terus merah mukanya.
"Blushing lah tu" Usik Rayyan lagi.
Qayla tidak jawab apa apa, dia hanya fokus kepada makananya.
"Kau makan lah perlahan lahan, aku nak balik dorm, nanti kau dah habis makan chat aku okayy" Kata Rayyan lalu terus bangun dari kerusi dan beredar pergi ke dormnya.
"Eh eh, dia suruh aku chat dia macam aku girlfriend dia" Qayla terus tergelak kecil dengan perangai Rayyan itu.
-
"Assalamualaikum" Qayla memberi salam apabila sudah sampai di biliknya.
"Lambat balik" Kata Dhia sambil mengangkat keningnya, Afrina juga turut memandang Qayla dengan pelik.
"Oh ha- ha aku ada hal" Qayla tidak mahu beritahu yang dia berjumpa dengan Rayyan, nanti ada saja mereka mengusik Qayla.
"Jumpa Rayyan la tu" Kata Afrina sambil senyum mengusik. Kan dah cakap!
"Ma- mana ada" Tergagap gagap Qayla menjawab.
"Kitaorang ni kawan dengan kau dah bertahun tahun, tak payah lah nak cover cover" Sambung Dhia pula dengan senyuman mengusik.
"Haih yeee aku jumpa diaa" Sudah penat Qayla mahu berfikir alasan, baik bagitahu je.
"Kan dah cakapp" Kata Afrina dan Dhia serentak
"Macam mana? kau suka dia eh? eh? eh?" Tanya Afrina dengan begitu teruja.
"Suka? otak kau?!" Kata Qayla lalu terus mencampak telefonnya ke atas katil dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Kalau duduk dekat dorang memang macam macam kena usik nanti.
"Cehh nak mengelak" Jerit Dhia kepada Qayla yang berada di dalam bilik air.
-
Selepas selesai membersihkan diri, Qayla terus teringat dengan kata kata Rayyan 'Nanti dah habis makan kau chat aku' Kena chat ke??..
Tanpa membuang masa, Qayla terus membuka phonenya.
: Woi
Rayyan poyo: Waalaikumussalam
: Eh, ha aku dah balik
Rayyan poyo: Uish balik pon bagitahu aku ke?
: Eh dah kau yang suruh!
Rayyan poyo: Aku gurau je, kau yang pergi ikut pahal? haaa
: Eh dah la malas layan kau
Rayyan poyo: Eh jap, aku nak jumpa kau ni
: Ha jumpa aku? buat apa malam malam ni?
Rayyan poyo: Eh aku mana buat apa apa,aku ade something nak tanya kau..
: Pastu aku kena siap la ni?
Rayyan poyo: Eh taklah, pakai je baju ala kadar. Haihh memang lah kena siapp ha apa apapun jumpa dekat taman bunga, tau tau tau

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...