"Weh Qayla, bangun lah cepat. Kita dah lambat ni" Kata Afrina sambil menggoyangkan bahu Qayla, tak pernah pernah minah ni bangun lambat. Selalu Dhia je.
Qayla yang sedang memegang perutnya dengan kedua tangan terus bangun daripada baring.
"Eh kau ok tak ni?" Soal Afrina apabila melihat muka Qayla yang berkerut.
"Entah lah weh, sakit semacam je perut aku ni" Adu Qayla dengan tangan yang masih memegang perutnya.
"Kau period ke?" Soal Dhia pula.
"Aah"
"Hmm, senggugut lah ni" Kata Dhia.
"Senggugut? eh aku tak pernah kena tau, ni tiba tiba je kena" Kata Qayla dengan pelik.
"Eh benda tu boleh datang bila bila masa jelah, ni kau boleh berjalan tak?" Soal Afrina.
"Boleh je kot"
"Atau pun kau tak payah lah pergi kelas, duduk je dalam bilik ni" Cadang Dhia. Afrina pun setuju.
"Eh tak nak aku, nak buat apa je dalam ni? bosan lahh" Rungut Qayla.
"Habistu? takkan kau nak tahan je sakit kau ni nanti? baik kau baring je kat sini" Kata Dhia.
"Eee tak nakk, aku nak pergi kelas jugak" Bantah Qayla.
"Hm yelah Qayla, ikut kau lah"
-
"Sakit lagi ke?" Soal Afrina. Mereka sekarang dalam perjalanan masuk ke kelas.
"Sikit lah"
"Hm biasa je bila kena senggugut ni, kau kena tahan sikit" Kata Dhia pula.
"Hm yelah"
Ketika Qayla terasa dirinya diperhatikan, dia terus menoleh ke tepi. Dia dapat melihat seorang lelaki ber hoodie hitam mengalihkan pandangan apabila Qayla memandangnya.
'Siapa tu?' Bisik hati Qayla.
Habis sahaja kelas, mereka bercadang untuk pergi ke convenience store untuk membeli beberapa makanan.
Sedang dalam perjalanan, mereka tiba tiba di sapa oleh seseorang.
"Kak" Sapa seorang perempuan yang mereka langsung tidak kenal.
"Ha ye?" Jawab Qayla.
"Ni ada orang bagi akak" Kata budak perempuan itu sambil menghulur sebuah kotak sederhana kecil.
"Ada orang bagi? siapa?" Soal Qayla pelik. Siapa pulak bagi ni.
"Dia tak kasi bagitau, tapi lelaki lah" Jawab budak perempuan itu dan terus pergi meninggalkan mereka.
"Eh dik-" Tidak sempat Qayla memanggil budak itu kerana terlalu jauh.
"Apa benda tu?"
"Cuba bukak cuba bukak"
Afrina dan Dhia pula yang melebih. Tanpa membuang masa Qayla terus membuka kotak itu.
"Makk aii banyak nya coklat!" Tercengang Dhia melihat berbagai coklat yang penuh satu kotak itu.
"Eh eh weh ada note lah" Kata Afrina lalu mengambil kertas kecil yang tertulis sesuatu, terus sahaja dia membaca isi dalam kertas itu.
'Get well soon!'
Itu sahaja yang tertulis dalam kertas itu, lagi lah berkerut dahi Qayla.
"Uish kau ada secret admirer do" Sakat Dhia.
"Eh tapi entah entah ni Rayyan bagi" Kata Afrina.
"Asal Rayyan pulak? Dia tahu aku sakit pun tak" Kata Qayla.

YOU ARE READING
Perempuan Itu Suri Hatiku
RomanceKarya Pertama Afrina Natasya dan Dhia Ellyna cuba untuk menolong rakan mereka Qayla Adriana untuk melupakan bekas kekasihnya. Namun tiada satu pun cadangan yang berhasil bagi Qayla sampaikan muncul seorang lelaki yang mampu membuatkan nya untuk melu...