20

1.4K 99 15
                                    

"Lambat sampai" Tanya Rayyan yang sedang berdiri di tepi pintu masuk popular.

"Kau kan!, asal kau tinggalkan kitaorang macam tu je?!" Marah Qayla.

"Lah kau salahkan aku? Mikha tau dekat mana" Jawab Rayyan dan terus memandang Mikha.

"Apa?" Mikha buat tak tahu seperti tiada apa apa berlaku.

"Eh kau ni-" Dhia yang mahu memarahi Mikha terus tidak jadi kerana Afrina menekup mulutnya.

"Eh jangan gaduh la, dah jom masuk" Kata Qayla dan dia terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan mereka.

"Takkan la kitaorang pun nak masuk?" Tanya Rayfal kepada Rayyan yang masih berada di luar kedai itu.

"Ha.. kau bawak jela dorang ni pergi mana mana, aku ada hal sikit nak cakap dengan Qayla" Kata Rayyan, dia seperti menghalau mereka. Cakap jelah awal awal yang kau nak dating dengan Qayla.

"Ha jom" Kata Mikha dan terus beredar dari kedai itu. Dhia terus mengejar langkah Mikha.

"Eh kau berguna untuk lokasi tempat je eh?" Kata Dhia selamba.

•••••

"Ha kau nak aku belanja apani?" Tanya Qayla. Rayyan hanya diam dan tercegat di depan Qayla.

"Apahal kau ni?" Tanya Qayla lagi, dia dah macam cakap dengan patung.

"Aa novel lah" Jawab Rayyan, dan terus pergi ke bahagian novel.Qayla hanya mengikut langkahnya.

"Ni" Rayyan menunjuk novel yang dia mahu.

"Lah, novel ni aku pon ada.Apa kata kau ambik je novel aku tu" Cadang Qayla, novel yang diberi oleh fake boyfriendnya tidak di baca lagi, buka pun belum.

"Eh asal aku kena ambik novel kau pulak,sekarang ni kau kena belanja aku" Jawab Rayyan.

"Sebenarnya kan, novel tu bukan aku beli sendiri, entah mamat mana belikan aku, dia ingat dia macho ke apa? ha pastu kan, dia kata aku kekasih dia, apa benda?!" Qayla cerita kepada Rayyan fasal kisahnya dengan novel itu.Dah macam kisah silam.

"Haha" Rayyan hanya ketawa, dia tidak memberi apa apa komen tentang lelaki itu.

"Kau ketawa je?" Tanya Qayla dan dia mendongak ke atas untuk memandang Rayyan.

"Qayla.." Rayyan menyebut namanya.Qayla yang masih memandangnya terus terkejut.

"Ha?" Jawab Qayla sepatah.

"Aku lah orang yang belanja kau tu" Rayyan memandang ke bawah untuk memandang Qayla.

"Ha?!" Qayla terkejut

"Asal? kau tak percaya?" Tanya Rayyan apabila Qayla memandang wajahnya dengan begitu pelik.

"Tak!" Jawab Qayla sambil menggeleng kepala, dia langsung tidak percaya.

"Ye tu aku, aku bagi akak cashier sebab aku ada hal" Terang Rayyan.

"Tapi kenapa kau belanja aku? kita kenal pun tak masa tu" Soal Qayla pelik.

"Dah sebab kau miskin sangat tak boleh nak bayar, aku bayar la kan" Gurau Rayyan sambil memandang tempat lain dengan tersengih sedikit.

Tanpa dia sedar, Qayla agak terasa dengan kata katanya.

"Asal kena cakap macam tu?" Kata Qayla dengan suara yang agak meninggi.

Rayyan terus memandang Qayla semula. Dia terasa ke?

"Eh aku tau la kau kaya, boleh beli semua benda tapi boleh tak jangan hina orang macam tu? ingat kau bagus sangat ke?" Marah Qayla, orang  yang disekeliling terus melihat ke arah mereka.

Perempuan Itu Suri HatikuWhere stories live. Discover now