Bab 2: Dr Rahiz

680 20 0
                                    

Lepas habis kelas,cepat-cepat aku kemas barang. Tiba-tiba bahuku ditepuk,

    "oi jangan lupa jumpa Dr Rahiz".

     kata Farisha,dengar sahaja kata kata dari Farisha terus ku rasa lututku seperti hendak tercabut.

          Jantung dah mula buat konsert sebab...  aku pun tak tahu kenapa adakah aku dah jatuh cinta dengan Dr Rahiz ishhhh kau ni Astaghfirullah istigfar Syahira.

             

      "Ye aku tahu."balasku

    " hmm...  aku tunggu kat luar eh."

    " weh tunggu ahhh aku."

    " Taknak." Balas Farisha sambil menjelirkan lidah ke arah ku ishhh kalau ada gunting mahu jer aku cincang lidah dia tu biar tak boleh bercakap.

            Seorang demi seorang keluar dari dewan kuliah. Kemudian pandang ke arah meja Dr Rahiz masih ada dua orang pelajar perempuan yang ingin bertanya soalan.

          Ish tahulah dia hensem gi lah tanya orang lain nak tanya dia jugak macamlah takde hari esok aku dah lah nak cepat ni. Perlahan-lahan ku berjalan turun

          Aku duduk di belakang dua orang pelajar itu menunggu mereka semua habis. lima minit berlalu macam takde tanda-tanda mereka nak berambus dari meja Dr Rahiz tu. Aku mendekati mereka

              "Ehemm..." Aku berdehem sebab nak diorang nampak aku lantaklah diorang nak cakap apa kat aku janji aku dapat balik cepat.

         Tiga kepala menoleh ke arahku.Dr Rahiz bangun dari tempat duduknya dan berkata esok kita sambung.  Muka dua orang perempuan tu dah macam tak puas hati macam nak dicekiknya aku depan Dr Rahiz.

            " Ada aku kesah " korang nak jeling aku ke korang nak cincang aku ke sebab dah kacau korang punya dating tak jadi dengan Dr Rahiz tu aku tak kesah,janji aku boleh balik cepat sebab... Jantung aku ni dah berdetak laju nak bernafas pun dah tak boleh,kang aku jadi arwah kat sini tak pasal-pasal korang jadi saksi pemergian aku.

          Dua orang itu berlalu keluar dari dewan kuliah.  Okey Syahira saya nak dapatkan nombor telefon awak untuk apa apa Group project.

        Suara garau Dr Rahiz memecahkan kesunyian. Aduh... kenapa nak minta nombor telefon. Omelku di dalam hati.

          "Boleh?." Tanyanya

" Errrr boleh Dr." Jawabku itu jelah jawapan dapat aku beri.

     Dia mengeluarkan Iphone 14 plus dari poket seluarnya dan dihulurkan kepadaku. Teragak-agak ku menyambutnya patutkah aku buat satu video tiktok, aku pegang telefon Dr Rahiz weiii.

          Mahu menangis dua orang pelajar perempuan tadi bila tengok aku bertuah sebab dapat pegang telefon Dr Rahiz.

              Lagi tajam pandanganlah diberikan padaku silap silap boleh buta kalau pandang balik.

                Aku terus masukkan nombor telefon ke dalam Telefonnya. Tangan ku menggigil dah macam kena sampuk Parkinson.

          "Nah Dr."

Aku memulangkan kembali telefonnya. "

     
      Ok baik terima kasih awak boleh balik sekarang."

    "Baik sama-sama Dr Saya balik Dulu Assalamualaikum."

    Dr Rahiz mengganguk dan membalas salamku

    "Waalaikummusalam."

       Kami berdua lepak di kafe kegemaran kami iaitu Fadil Kafe. Kenapa dia jadi kafe kegemaran kami sebab... Kafe ni milik sepupu aku jadi aku bolehlah makan free hehehehe... Dia pun takde di kafenya harini jadi bolehlah aku buat kafe dia ni macam kafe aku hahahah...

      "Wehh... Kau buat apa dengan Dr Rahiz tadi." Tanya Farisha.

         Soalannya hampir membuatku tersedak.

      "Apa kau merepek ni ha! Aku bagi nombor telefon aku jelah dekat dia!." Ujarku.

          "Janganlah marah tanya jer hmmmm. Kau rasa dia single tak?."

        "Manalah aku tahu kau ingat aku ni apa PA dia ke ha semua aku tahu."

      "Tapi kan aku rasa macam aku pernah nampaklah muka Dr Rahiz ni  kat mana eh aduhhh.... Farisha cuba mengingati sesuatu di manakah dia pernah berjumpa dengan Dr Rahiz."

       Tiba-tiba telefon ku berdering menandakan ada mesej masuk. Dari kakak Mia iaitu senior housemate aku.
                       
                      Kakak Mia
          
            Assalamualaikum  Farisha balik rumah sewa cepat kitorang dah nak gi majlis Tunang Kakak Sarah Ni!

    "Astaghfirullah,weh aku kena balik aku lupa yang kakak Sarah tunang harini!."

      Kakak Sarah merupakan senior housemate aku jugak harini adalah hari pertunangannya aku ni bila lagi huhuhuhu sendu...

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now