Bab:21

357 8 0
                                    

        Malam yang indah. Aku dibuai mimpi yang indah. Tiba-tiba aku menjerit kesakitan. Kaki aku tiba-tiba kejang. Baru sedap dibuai mimpi. Sejak mengandung ni kaki asyik kejang je malam-malam. Aku menepuk kuat bahu Rahiz. Membuatkan Rahiz terkejut.

            "Sayang kenapa?!. Nak bersalin dah ke?!." Rahiz berkata dengan riak yang terkejut dan gelabah.

           "Taklah!. Kaki kejang!." Marahku seraya menepuk kuat bahu Rahiz.

            "Ouh. Ingatkan nak bersalin." Wah selambanya cakap. Cepuk mulut tu baru tahu.

..................

          Aku turun ke bawah. Kelihatan Rahiz sedang berbual dengan Papa. Ya kami tinggal di rumah Mummy dan papa. Mummy kata senang dia nak tenggokkan aku memandangkan Rahiz sibuk. Baik kan mak mertua saya. Untung seketul Syahira.

                Aku melangkah ke arah dapur nak tengok mummy masak apa. Perut sudah berkeroncong.

             "Mummy!." Sergahku.

           "Astaghfirullah, Syahira.... Terkejut mummy." Mummy memukul manja bahuku.

        
              "HAHAHA. Sorry mummy. Mummy masak apa?." Tanyaku.

           "Masak nasi goreng je..." Ujar Mummy.

          Aku hanya menganguk. Aku pergi ke ruang tamu untuk menjeguk Rahiz. Kelihatan sedang bersandar di sofa. Dah habis berbual dengan papa lah tu. Aku menapak ke arah Rahiz.

            "Abang.... Papa mana?". Tanyaku.

          Rahiz panggung kepala memandangku.

           "Keluar.... Sini duduk abang urut." Ujar Rahiz. Dah kenapa tiba-tiba rajin nak urut ni. Aku hanya akur.

            Rahiz mengurut perlahan bahuku. Rasa macam nak tidur saja sekarang. Pandai jugak Rahiz ni urut. Sedang aku asyik dengan urutan Rahiz. Tiba-tiba ada suara memberi salam.

         "Assalamualaikum.!!! Aunty Aisya datang." Jerit seseorang.

            Aku memandang Rahiz. Rahiz juga turut memandangku. Macam kenal saja suara itu.

             Kelihatan seorang sosok wanita berdiri tegak di hadapan pintu. Riak wajah wanita itu kelihatan terkejut. Aku memandang wanita itu. Ni bukan ke perempuan yang mengaku Rahiz suami dia?. Aisya!.

            Hesy dia buat apa dekat sini kacau line lah.

              "What are you guys doing here?." Tanya Aisha. Ayatnya berbaur sinis.

         Baru sahaja aku mahu bersuara. Tiba-tiba Rahiz laju memotong.

          "Why?. This is my house. So, suka hatilah kitaorang nak duduk sini. You tu hanya tetamu dekat sini. So kalau datang rumah orang buat macam you tu tetamu. Tetapi tetamu yang tak diundang." Sedas Rahiz. Sinis

          Kelihatan Aisya seperti terasa dengan ayat sinis Rahiz. Aku yang duduk sebelah Rahiz pun gerun dengan amaran tahap jingga Rahiz tunggu nak bertukar merah saja.

            "Ha! Aisha buat apa dekat sini?" Soal mummy.

            Semua kepala memandang ke arah mummy. Yalah mana tak terkejut. Harap-harap mummy tak nampaklah drama pukul tujuh tadi.

             "Eh aunty, saja datang. Nak lawat aunty tapi tak sangka pulak Rahiz dengan wife dia ada dekat sini." Ujar Aisya. Ceh!. Acah baik.

             "Kalau macam tu marilah makan aunty ada masak lebih ni. Syahira, Rahiz mari makan. Pelawa mummy.

          Kami hanya akur. Baru sahaja aku mahu berjalan ke arah meja. Tiba- tiba bahuku dirempuh kasar. Membuatkan badan ku kurang imbangan. Dan... Hampir jatuh. Nasib baik ada tangan besar sempat menyambutku.

           Aku membuka mata kelihatan Rahiz di depanku. Wajahnya pucat. Aku juga dapat rasakan detak jantungnya berdetak dengan laju. Rahiz mengangkat ku perlahan-lahan.

            "Sayang okey?. Aisya tolak?." Tanya Rahiz.

          Aku hanya mengganguk dah sah-sah perempuan tu tolak aku. Siapa lagi?.

            "Hey Aisya!. Kau kalau jalan memang tak tengok kiri kanan eh. Kalau apa-apa jadi dekat isteri dan anak aku. Aku takkan maafkan kau tahu tak!." Marah Rahiz. Bergetar rumah dengan suara Rahiz. Muka Rahiz jugak turut bertukar merah.

               Aku melihat Rahiz seperti sedang menggempal penumbuk. Dan mengetap rahang. Kelihatan rahangnya turun naik. Seperti sedang menahan sabar. Aku rasa kalau Rahiz tak sabar mahu pecahnya muka perempuan ni.

               Kelihatan Aisya berpaling ke arah kami.

             "Ouh sorry i terlanggar your wife ke?. I ingat i langgar tembok tadi..." Sinis.

         Kurang ajar punya perempuan dia panggil aku tembok. Aku memandang Rahiz. Rahiz hanya memberi isyarat supaya bersabar.

         Kami duduk di meja makan. Ya perempuan tu ada sekali. Menyampah pulak tengok muka perempuan ni.

            Baru sahaja aku mahu meletakkan nasi Rahiz di dalam pinggan. Tiba-tiba senduk di tangan dirampas oleh Aisya. Kelihatan Aisya meletakkan nasi di atas pinggan dan meletakkan pinggan tersebut di hadapan Rahiz.

              Rahiz panggung kepala melihat Aisya. Dan Rahiz hanya membiarkan nasi itu berada di depannya. Masih khusyuk bermain telefon.

         Aku meletakkan nasi di dalam pingganku. Lalu mencapai sudu dan garfu. Baru sahaja aku mahu menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut. Tiba-tiba pingganku ditarik Rahiz. Aku memandangnya keliru.

             Rahiz membuka mulut. Aku mengangkat kening. Kenapa dia ni?.

       "Ateimani." (Suapkan). Ujar Rahiz. Aku hanya akur. Aku menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut Rahiz. Dan Rahiz kembali mengalihkan pandangannya pada telefon pintar. Hesy dah rasa macam suap budak kecil. Rahiz kembali memandangku dan membuka kembali mulutnya. Aku suapkan lagi sesudu nasi ke dalam mulutnya.

           Tiba-tiba kedengaran seperti seseorang menghempas  kuat sudu dan garfu. Semua mengangkat muka untuk mencari bunyi tersebut. Kelihatan Aisya sedang memandang kami dengan muka tidak berpuas hati. Aku mengangkat kening. Sungguh puas hati ini. Tengok perempuan ni sakit hati.

               Kami sambung makan sehingga nasi di dalam pinggan habis.

            Aku bangun untuk membasuh pinggan. Walaupun dilarang oleh Rahiz. Aku saja nak tengok perempuan ni ikut tak. Dan ya Aisya ikut aku ke dapur. Kelihatan Aisya menghempas kuat pinggan ke dalam singki. Membuatkan bahu aku sikit terkejut.

              Aisya memandangku dengan wajah yang menakutkan.

           "Hey perempuan i nak you cerai dengan Rahiz.". Bisik Aisya.

           "Why?. He's my husband. He's mine." Sedasku.

           Baru sahaja Aisya mahu mengangkat tangan untuk menampar pipiku. Aku berlakon seperti mahu bersalin. Aku memegang perutku dan acah-acah mengaduh kesakitan. Tengok perempuan ni gelabah tak.

         Ya Aisya gelabah dan meninggalkan aku di dapur. Aku mengangkat muka memandang Aisha yang sedang berlari dengan gelabah.

           Tapi... Tiba-tiba perutku terasa sakit. Dan terasa ada cecair keluar dari celah kelengkangku. Aku memandang seluarku basah. Aku menjerit kesakitan. Kelihatan Rahiz berlari ke arahku.

          "Sayang kenapa ni?." Ujar Rahiz risau.

           "Sakit." Ujarku sepatah.

           Kelihatan Rahiz seperti memahami keadaanku dan terus mengangkatku ke dalam dukungannya. Dan masukkan aku ke dalam perut kereta. Itulah tadi main-main sangat kan sekarang baby betul-betul nak keluar.

         

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now