Bab:19

396 9 0
                                    

           Asyik terperap dalam bilik je. Dah rupa orang kena kuarantin. Aku nak keluar Rahiz tak bagi. Dia suruh rehat. Aku dah cakap. Rahiz ni ter"over" protective. Haish penat aku nak melayannya. 

           Daripada aku duk termenung memikirkan masa depan. Baik aku call umi.  Bagitahu umi. Yang umi dah jadi nenek.

          Aku berdehem sebentar. Bagi membasahkan tekak.

       "Ringing...."

         "Calling..."

  

         "Hello Assalamualaikum, umi.... Syahira ada berita gembira ni..." Ujarku gembira.

         "Waalaikummusalam, ha apo. Call tengah hari gini. Umi nak bagi makan ayam pun tak senang." Ujar umi keliru.

        "Ishhh umi ni. Ayam lagi penting dari Syahira. Sampai hati umi." Dramalah sikit. Sikit je tak banyak pun.

         "Awat nak habaq apa?." Uish pekat ngat aihhh loghat tu.

         "Tak lama lagi umi akan jadi nenek!." Ujar ku kegembiraan. Terlebih excited.

          "Ha!. Biar betul. Allhamdullilah. Tahniah anak umi dah jadi ibu." Ujar umi keriangan.

         Aku pun turut gembira mendengar kata-kata yang keluar dari mulut umi. Umi gembira. Aku pun gembira.

          Ketika aku masih khusyuk berbual dengan umi. Pintu bilik dikuak dari luar. Terjengul kepala Rahiz. Aku memandangnya. Rahiz memberi isyarat untuk turun. Aku hanya mengangguk.

              "Okeylah umi... Syahira ada hal nak buat ni. Nanti Syahira balik ye umi. Assalamualaikum." Ucapku.

          "Waalaikummusalam." Ucap umi.

            "Kenapa abang  tak turun dulu?." Tanyaku. Ye lah kenapa dia tak turun lagi tercegat dekat situ buat apa.

 
           "Tunggu sayang." Ujar Rahiz bersama sengihan di bibir. Allah protective nye. Kalau macam ni aku tak payah berjalan pun takpa suruh Rahiz dukung je lah senang.

              "Kalau macam tu sayang tak payah jalanlah macam ni. Abang dukung je. Terlebih protective pula." Sinisku.

             "Sayang nak abang dukung ke?. Kalau nak boleh je." Rahiz berkata lalu mendekatiku. Haaa...  Sudah.  "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara buruk padahnya."

            "Taknak!....." Jeritku. Terus aku bangun dan keluar dari bilik itu. Dapatku tangkap tawa Rahiz. Seronok gelakkan orang. Takpa ada ubi ada batas. Ada rezeki aku balas. Eh macam tak kena je. Ahhh lantaklah.

              "Haaa... Turun pun ibu ni." Kata mummy. Membuatkan seluruh isi rumah memandangku. Kenapa diorang semua tak tahu ke?.

             "Ibu?." Ujar Rahim kekeliruan. Aku hanya memberikan senyuman.

           "Ish kau ni lembablah, kan kak Syahira masuk hospital haritu. Jadi doktor cakap kak Syahira pregnant. Kau ni... Haish. Semua orang dah tahu kau je belum lagi." Ujar Raisya kegeraman. Seraya mengetuk kepala Rahim. Uish pertama kali tengok abang kena buli dengan adik.

           "Apa kecoh-kecoh ni. Depan rezeki tu kan. Korang jangan nak kacau zaujah habibati along eh... Hanya along seorang sahaja. She is mine." Ujar Rahiz seraya mengusap perut kempisku. Aduh. Tepuk kepala aku macam ni. Pening.

          Terus tangan ini naik menarik telinga Rahiz. "Jangan nak buat drama dekat sini abang."

          "Aduh...." Rahiz mengaduh kesakitan. Seraya menggosok telinganya yang memerah akibat ditarik aku. Haa... Ini makannya.

            "Dah,dah mari makan. Tunggu pasangan ibu bapa ni buat drama lambat lagilah kita nak makan." Ujar mummy.

          Aku melangkah ke meja makan. Punggung dilabuhkan bersebelahan Rahiz.

           "Bukan ibu bapa lah mummy. Mama Baba."

            "Hmmm.... Yelah. Ujar umi mengalah. Rahiz senyum kemenangan. Haishhhh suami siapa ni. Tolong kutip. Saya sudah surrender.

.................

             Usai makan tengah hari. Tiba-tiba telefon aku berdering. Menandakan ada mesej masuk. Aku membuka mesej tersebut. Farisha rupanya.

          Farisha-
  
       "Babe!. Kau pregnant tak bagi tahu aku ehh. Jahat kau. Allhamdullilah aku dah jadi makcik. Makcik macam tua sangat. Panggil akak jelah."

       Syahira-

         " WAALAIKUMMUSALAM. Ye, kau kan memang makcik. Makcik bawang. Elok ler orang panggil kau makcik."

           Saja aku menaip salam dengan huruf besar. Supaya Farisha ingat dia tu islam apa-apa bagi salam. Bijak kan saya. Mestilah bijak Syahira kot. Ehem angkat bakul sendiri nampak. Biarlah!.
          
          Farisha-

"Opps! Sorry. Assalamualaikum ya sahabat Habibati saya."

        Syahira-

        "Ouh pandai bagi salam ingatkan tak pandai. Kau acamne kerja okey?."

         Farisha-

 
        "Okey Allhamdullilah,weh nanti kita sembang lagi ye. Aku ada meeting ni. Bye Assalamualaikum. Kirim salam dekat bekas Dr Hot saya."

          Syahira-

       Gatal eh kau. Penampar nak? Laki aku tu Haa kau jangan. Sebelum kaki ni singgah kat muka kau tinggal bekas tak boleh hilang baru tahu!. Ha okey bye, Waalaikummusalam.

           Mesej aku dan Farisha tamat. Sempat lagi menggatal. Suami aku tu. Haihhhh. Baby nanti besar jangan jadi macam auntie Farisha tau. Gatal!. Aku berkata sambil mengusap perut kempisku.

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now