Bab:10

521 11 3
                                    

Sepanjang perjalanan aku hanya membuang pandang ke arah luar tingkap. Melihat keindahan ciptaan Allah. Usai solat Asar aku dan Rahiz terus bertolak ke Kl. Ya esok dah ada kelas. Kalau harini tak dapat datang. Sebab umi dah tak sabar sangat nak balik kampung. Terpaksalah aku dan Rahiz mengambil cuti. Harap-harap tiada orang perasanlah.

...................

          Kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Tepat terpakir di bawah garage. Mestilah bawah garage takkan kat kandang lembu.

               Aku masuk ke dalam rumah. Nak angkat barang Rahiz tak bagi. Jadi apa aku boleh buat. ialah masuk rumah. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Aku memberi salam kepada malaikat dan selawat ke atas nabi.

              " Abang, nak makan apa malam ni. Sayang nak masak". Tanyaku. Rahiz mengangkat kepala memandangku. "Tak payah masak kita makan dekat luar". Rahiz berkata seraya senyum ke arahku. Aku hanya menganguk. Lega sikit hati ini.  Boleh rehat hehehhe.

            Selepas usai solat maghrib. Aku dan Rahiz bersiap untuk keluar makan malam. Aku hanya menggayakan baju blouse seluar palazo dan tudung shawl. Manakala Rahiz pula. Berbaju kemeja hitam dan  berseluar jeans hitam.

                Kereta diparkirkan di tempat yang disediakan. Rahiz membawaku ke sebuah restoren. Nak cakap mewah boleh tahan. Aku melihat nama restoren yang terpapar di signboard sebesar alam. Kalau orang tak nampak lagi tak tahulah. R's cafe. Nama restoren ini unik. Tempatnya juga cantik.

        Aku dan Rahiz melangkah masuk ke dalam restoren. Kelihatan semua pelanggan sedang asyik menikmati makanan yang dipesan. Ada seorang remaja lelaki melangkah ke arah kami. "Assalamualaikum bos". Remaja itu memberi salam. Aku mengangkat muka untuk melihat wajah remaja tersebut.

             "Wa'alaikummusalam. Kenalkan isteri saya. Syahira Rose binti Syahmi". Kelihatan semua pekerja datang ke arah kami. Aku hanya senyum memandang mereka. "Assalamualaikum. Puan Syahira". Tegur seorang pekerja. "Ehhh.... Tak perlu nak berpuan dengan. Saya panggil Syahira saja. Rasa macam tua pulak. Aku berkata. Mereka ketawa. "Kelakarlah isteri bos ni." Kata remaja lelaki tadi.

         "Dah siap kerja?". Tanya Rahiz tegas. "Belum bos kita orang pergi sambung. Assalamualaikum". Rahiz hanya menganguk menjawab salam mereka perlahan.

           "Jom". Rahiz menarik tanganku. Aku hanya akur. Kami tiba di sebuah tempat. Yang diterangi cahaya lampu berwarna jingga.  Kelihatan bunga-bunga ros bertaburan di atas lantai. Kami melangkah ke arah suatu tempat. Di situ terdapat sebuah meja dan dua buah kerusi yang dibaluti dengan kain putih dan riben berwarna merah. Cantik!.

               Rahiz menarik kerusi untukku. Ehem ehem. Gentle okey. Makanan yang terhidang di atas meja juga lazat. Muzik dianlunkan. Tenang.

             Rahiz berdehem. "Syahira suka?". Tanyanya. Dengan laju aku mengangguk.  Rahiz tersenyum. "Abang nak ucapkan terima kasih dekat sayang sebab sudi jadi isteri abang. Terima segala kekurangan abang. Terima kasih , sayang." Rahiz mencapai tanganku lalu dikucupnya. Kemudian mata kami saling bertentangan. Mata coklatnya menusuk dalam mataku.

          "Syahira,nak ucap terima kasih juga sebab sudi jadi suami Syahira. Layan segala perangai Syahira. Terima kasih abang". Aku berkata sambil mengusap kekura tanganya. Rahiz tersenyum. Aku juga turut tersenyum.

           " Jom makan. Tapi sebelum tu abang ada suprise untuk Sayang". Aku memandangnya. Masih blur. Walaupun hati ini sedang berdetak laju. Rahiz mengeluarkan kotak yang berbentuk hati.  Isinya sebentuk cincin berlian. Lalu dia bingkas bangun dari tempatnya lalu berlutut di depanku.

           Aku terkejut lalu kedua tanganku naik menutup mulut. Terkejut campur terharu semua perasan bercampur. Tanpa aku sedar ada air jernih yang turun dari hujung mata. Rahiz melihat aku terus tersenyum dan tangannya laju naik untuk mengusap air mataku.

            "Suka?". Tanyanya. Dengan laju aku menganguk. Malam ini adalah malam yang paling indah dan bahagia buat kami. Rupanya sweet juga suami aku ni ya.

 

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now