Kelihatan seorang doktor keluar daripada Wad kecemasan. Ni ahli keluarga tuan Shahmi?. Tanyanya.
Aku dan umi berdiri " ya kami Ahli keluarga tuan Shahmi. Doktor macam mana dengan keadaan abi saya" tanyaku. Rahiz berdiri sebelahku,
" Bapa puan berada di dalam keadaan kritikal. Tuan Shahmi mengalami masalah jantung yang sangat kritikal, kami sedang berusaha untuk menyelamatkan tuan Shahmi. Minta semua doakan Tuan Shahmi supaya sihat. Saya minta diri dulu". Doktor meminta diri." Baik terima kasih doktor. kataku.
Terusku rebah di atas lantai. Lemah rasa kaki untuk berdiri. Terus laju air mataku turun membasahi pipi. Rahiz masih setia di tepiku. Rahiz memeluk tubuhku. " Habibi kena kuat jangan macam ni kalau habibi sedih nanti abi pun sedih. Nanti habibi sakit lagi abi risau". Rahiz berkata.
" Tak! Syahira memang anak tak guna. Syahira tak tahu pun abi sakit. Kalau Syahira tahu mesti abi tak kritikal". Marahku pada diri. Aku melutut di hadapan umi." Umi Syahira memang anak tak guna kan". Umi menggeleng, umi mengelus lembut pipiku. " Syahira jangan macam ni". Aku menggeleng, tak umi Syahira memang anak tak guna!. Umi memeluk tubuhku terus segala pergerakan terhenti aku tenang di dalam pelukan umi.
" Umi... Syahira penat. Syahira nak tidur atas riba umi boleh"?. "Boleh sayang". Terusku letakkan kepalaku di atas riba umi. Aku terlena dibuai mimpi.
"Sayang... Bangun dah subuh ni.". Kejut umi. Aku mengganguk dan mengatur langkah ke surau bersama umi. Kelihatan Rahiz telah berada di dalam surau. Rahiz memandang ke arah kami. "Assalamualaikum habibi jom kita solat subuh, kita doa supaya Allah sembuhkan Abi". Aku menganguk, aku mengatur langkah ke arah tempat wuduk.
Usai solat subuh, Rahiz menadah tangan berdoa. Aku dan umi mengikut menadah tangan untuk berdoa. " Ya Allah, ya rabbi hanya engkau sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit. Aku bermohon kepadamu supaya engkau sembuhkanlah penyakit bapa mertuaku dan kau hilangkanlah segala penyakit yang berbahaya kepadanya. Aamiin ya Rabbalallamin".
Rahiz pusing ke belakang. Aku menyua tangan untuk bersalam dengan Rahiz. Rahiz menyambut tanganku seraya mencium dahiku. Aku senyum ke arahnya. Aku mencium tangan umi dan memeluk tubuh umi. "Umi kena kuat tau". Kataku. Umi menganguk.
" Umi, habibati jom pergi sarapan". Kata Rahiz. "Eh takpelah kamu dua pergilah makan umi nak temankan abi". Jawab umi. Umi...... Janganlah macam ni nanti umi sakit, Syahira tak sanggup tengok umi sakit". Kataku. " "Betul umi nanti umi sakit". Kata Rahiz. Umi menganguk bersetuju untuk mengikut kami bersarapan.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZKU
RomanceBuku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu bapanya memberi tahu bahawa seseorang jejaka misteri telah masuk meminangnya dan lebih tragis ibu bap...