Bab:12

443 15 2
                                    

           Malam yang gelap, diterangi cahaya bulan dan bintang. Hari yang sunyi... Tenang....

................

               Aku duduk termenung di balkoni sambil menikmati keindahan malam. Rahiz. Lepas habis makan malam terus masuk bilik kerja. Katanya nak siapkan kerja tentang kafe.

                 Sekarang aku baru tahu yang suamiku ini juga adalah seorang cef. Fuhhhhh masakan Rahiz tiada tandingan. Kalah masakan aku. Mantap.

               Aku menghirup air nescafe yang dibancuh sebentar tadi. Ni minum nescafe lepastu tak boleh tidur mulalah kau merana. Kau yang degil nak minun pandailah tanggung.

            Sekarang fikiranku masih serabut memikirkan. Siapa Aisya. Ex-girlfriend Rahiz ke?. Atau Aisya sepupu dia. Pelbagai spekulasi negatif berlegar di dalam fikiran. Rasanya darah tinggi aku pun dah naik. Fikir sampai sakit kepala. Macam nak pecah otak ni.

                Tiba-tiba bahuku ditepuk seseorang. Membuatkan segala fikiran negatif ku melayang. Aku memusing memandang gerangan si penepuk bahuku. Rahiz. Ingatkan hantu manalah tepuk bahu aku. Tanjat titew.

                "Fikirkan apa?." Tanya Rahiz. Aku hanya mengeleng. "Errrr abang nak tanya. Aisya tu siapa?. Ex girlfriend abang ke?. Tanyaku. Rahiz memandangku sambil menjongketkan sebelah kening. Hishh kening dia ni memang tak boleh duduk diam eh... Cabut kening tu baru tahu.

         "Jealous?". Tanya Rahiz. Terus ketawanya pecah. Ish dia ni orang tengah serius boleh pulak ketawa. Aku ada buat lawak ke.

            "Apa yang lawaknya?. Orang serius ni. Cepatlah jawab". Desakku." Okey okey abang jawab. Aisya tu sepupu abang je lah. Dia tu pernah suka dekat abang. Tapi abang tak suka dia. Mummy daddy pun tak bagi kitorang kahwin katanya. Kalau kahwin dengan sepupu tak berkembang".

              Aku hanya menganguk faham. Jadi Rahiz dengan Aisya tiada apa-apalah lega sikit hati ini.

 
           "Ada lagi satu soalan. Nak tanya boleh?". Tanyaku. Rahiz memandangku. Air nescafe ku juga turut disisipnya sedikit.

         "Errrr..... Kenapa abang tak jemput Aisya datang wedding kita?. Dia kan sepupu abang. Tanyaku.

          Rahiz berdehem untuk membasahkan tekaknya. "Bukan abang taknak jemput. Mama Aisya yang tak bagi. Mama Aisya cakap kalau Aisya pergi nanti rosak majlis kita. Dia meroyan, mengalahkan orang kena rasuk nanti." Jawabnya.
Aku hanya menganguk faham.

            " Jom tidur ngatuk". Rahiz buat gaya menguap. Mengada. Rahiz menarik tanganku untuk bangun. Aku hanya akur. Aku pun penat juga.

                 Aku berbaring di atas katil. Tapi sekarang satu je masalah dia. Aku tak boleh tidur!. Itulah kau degil minum nescafe tengah malam kan dah susah tidur.  Aku memandang Rahiz yang telah dibuai mimpi. Tenang saja mukanya. Betul betul penat ni.

                Ketika aku masih asyik memandang muka tenang Rahiz. Tiba-tiba matanya terbuka. Haaa..... Kantoi sudah tengok dia tidur.

             "Kenapa tak tidur ?. Hensem sangat ke abang ni sampai taknak tidur. Hm?." Aku hanya menggeleng. "Mana ada orang tengok dia. Orang tak boleh tidurlah. Minum nescafe tadi." Ujarku. Rahiz hanya menganguk. Sempat lagi dia sambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi. Ishhh dia ni tak gentlemanlah.

    
                "Abang....." Panggilku meleret. "Hm?". Rahiz mengumam matanya masih terpejam. "Temanlah sayang.... Takutlah gelap".  Ujarku. Ye lah mana tak takutnya kalau tak boleh tidur. Lepastu pelbagai bayangan lalu dalam fikiran. Sampai boleh bayang benda tu terjadi. Wuishhhh seram woooo....
              

                Tiba-tiba tangan rahiz memeluk erat tubuhku. Kepalaku disandarkan pada dada bidangnya. Rahiz juga turut mengulitku seraya menepuk belakang tubuhku. Seperti sedang menidurkan anak kecil.

                LaillahailaAllah Muhammadur Rasullulah. Aku lena dibuai mimpi ketika mendengarkan alunan merdu dari Rahiz. Tenang...





                   Im very sorry for the late update. Bukan tknk update. Tapi sebab masa tak mengizinkan. Dan banyak halangan. Jadi sebagai maaf saya buat double update harini. So enjoy. And maybe. Lepas  ni update yang seterusnya akan lambat sebab. Saya kena fokus dekat exam. And wish me goodluck for my exam.😊😀.

              Hope you guys enjoy my story. Thank you support.✌️💘



             Bissmillah
            

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now