Bab:14

424 15 2
                                    

         Sebulan telah berlalu. Aku juga telah berjaya menamatkan zaman pembelajaranku di Universiti.

           Sekarang aku mahu mencari kerja. Aku merupakan pekerja intern di kafe Rahiz. Ya. Rahiz yang tawarkan aku kerja dekat sini. Katanya senang aku boleh tengokkan kafe tu. Bila dia busy.

           Sekarang satu saja masalah dia. Rahiz suruh aku jadi pelayan dulu. Katanya practice make perfect. Tapi masalahnya aku tak pandai layan orang!. Bukan tak pandai tapi tak biasa. Bolehlah tu janji ada alasan kan?.

            Aku menghantar makanan yang dipesan oleh seorang pelanggan. Tapi malangnya nasib tidak menyebelahiku. Tiba-tiba dulang yang berisi makanan itu terjatuh betul tepat di atas meja pelanggan itu. Ouh noo.... What should i do.

         Terus pelanggan itu berdiri dengan muka bengisnya. Tidak tolong jangan mengamuk dekat sini. Aku dahlah hati tisu. Allahu. Abang tolong.

          "Woi mata kau mana!. Habis rosak baju aku!. Dahlah kejap lagi aku ada meeting. Semaklah perempuan ini!. Bos kau mana!". Marah lelaki itu. Aku hanya tunduk menekur lantai. Bersama air mata yang cuba ditahan.

              "Eh encik mohon bersabar. Err... Dia masih pekerja baharu. Maafkan kami encik. Kami boleh ganti makanan baharu untuk encik." Kata Syahmi. Seorang pekerja lama di situ.

             "Arghhhh sudahlah kau!. Habis rosak baju aku." Bentak lelaki itu dan terus keluar dari restoran Rahiz. Aku masih menekur lantai menahan esakan yang bakal meletus tak lama lagi.

             "Kak Syahira, masuk office bos dulu rehat. Biar saya yang kemaskan ni. Akak jangan nangis nanti bos marah saya." Ujar Syahmi. Aku hanya menganguk dan terus masuk ke dalam pejabat Rahiz. Lalu esakan ku terus pecah. Ku tak dapat menahannya lagi. Sungguh aku sedih. Sebab hati aku kan tisu. Hati aku lembut lagi dari tisu.

               Tiba- tiba pintu pejabat Rahiz dikuak dari luar. Cepat-cepat aku menyeka air mata yang masih tersisa. Kelihatan Rahiz duduk mencangkung di hadapanku. Eh bila dia sampai?. Dia ni macam tahu-tahu je kan aku tengah nangis ke apa ke.  Rahiz melihat  mukaku yang sudah merah akibat menangis mesti buruk kan!.

               " Hey, sayang why are you crying?." Tanya Rahiz. Aku mengangkat muka untuk melihat wajah Rahiz. Terus perasaan sebak datang kembali. Dengan itu air mata ku turun dengan lebat sekali. "Ehh..... Sayang jangan nangis. Allah..." Ujar Rahiz. Nampak sangat cuak tu Rahiz.

            Terus tubuh kecilku dibawa ke dalam dakapannya. Aku menangis di dalam pelukannya. Rasanya mata aku pun dah lebam ni.

          Apabila aku berasa sedikit tenang. Aku menolak sedikit tubuh Rahiz dari memelukku. Aku berdiri tegak. Rahiz juga turut bangun dari cangkungannya dan melabuhkan punggung di sebelahku.

              "Kenapa menangis.? Hm?. " Rahiz bertanya. Tangannya naik menyeka air mataku yang masih tersisa.

            Aku mengangkat wajah memandang Rahiz. "Ouh don't cry again sayang. Abang dah penat nak pujuk ni." Ujar Rahiz. Ish dia ni orang tengah sedih boleh pulak buat lawak. Lawak ke?. Entahlah.

             "Tadi Syahira tak sengaja tumpahkan makanan atas meja customer. Lepastu terkena baju customer tu. Lepastu dia marah Syahira. Syahira nangislah." Berapa banyak lepastu dah ni. Ujarku sambil tersedu-sedu kerana menangis tadi.

               Rahiz hanya menganguk. " Im sorry. Okey lepas ni sayang tak payah jadi waiter dah okey, abang suruh sayang kerja dalam office ni je okey. Jadi bos nak?. Ujar Rahiz. Elehhh nak pujuklah tu. Tahu cuak bila aku nangis haaa. Aku hanya mengangguk.

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now