Bab:23

335 7 0
                                    

            Sekarang Syahmi telah masuk tiga bulan. Senyum sahaja kerjanya. Orang tak buat lawak pun senyum. Alahai anak teruna. 

          Aku hanya memerhati gerak geri anak teruna seorang ni. Seronok sangat bermain dengan tangan sendiri. Entah apa yang sedap sangat jari dia tu. Hisap sampai berbunyi. Aku hanya menggeleng melihat telatah anak teruna seorang ni.

.................

           Pukul 3 pagi. Si kecil ni dah menjerit. Aku rasa pukul 12 tadi dah bagi susu.  Haihhh..... Patutlah badan makin berisi anak teruna ni. Kerja minum susu aje. Kamu ni bagilah mama kamu rehat kejap...

           Aku membawa Syahmi ke dalam dukungan. Muka sampai merah sebab menangis. Alahai kesiannya la anak mama ni. Aku memandang Rahiz yang masih memandangku. Aku memberi arahan supaya Rahiz keluar sebentar dari bilik. Yelah nak menyusu takkan nak duduk sebelah ni.

          Rahiz menggeleng dan terus menarik selimut menutup seluruh badan. Aku menjeling Rahiz yang berada di sebelah. Hanya mampu menggeleng jelah. Aku mula menyusu. Terus diam si kecil ni. Haihhh perangai betul. Pukul tiga pagi kejut. Mahu bergegar rumah ni dengar tangisan dia saja.

             "Haishhh sayang.... Kenapalah kejut mama pagi-pagi buta ni.... Ingat mama ni burung hantu ke sayang. Hm?. Bukan tadi sebelum tidur mama dan bagi susu ke?. Lapar lagi?." Aku berkata sambil menepuk perlahan punggung Syahmi.

             Syahmi telah lena dibuai mimpi. Aku terus mengangkat Syahmi dan letakkan dia di dalam baby court.

           "  Tidur ye sayang mama nak rehat kejap. Kalau lapar kejut baba. Jangan kejut mama. Nanti mama tak bagi susu dah. " Aku berkata seraya mengucup perlahan pipi kecil milik Syahmi. Nanti terbangun pula kalau cium lebih-lebih.

          

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now