Kami singgah di sebuah kafe yang menyediakan juadah western dan Thai.
Kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari disitu. Kami memesan makanan." Ouh ya Syahira mommy nak tanya sikit boleh?. Tanya Datin Suri. "Tanya apa auntie eh mommy"?. "Kamu betul ke boleh terima anak mommy dengan ikhlas walaupun kamu tak kenal dia". Hampir tersedak aku mendengar pertanyaan Datin Suri. " InsyaAllah, saya cuba mencintai dia kerana Allah dan saya cuba buka pintu hati saya untuk dia", dan saya juga harap dia boleh cintakan saya kerana Allah. Sayangi saya bagai saya ini ialah kurnian dan amanah dari Allah kepadanya". Jawabku walaupun kenyataannya aku cuba untuk buka pintu hatiku ini buat bakal suamiku ialah sukar. Tetapiku cuba mencintainya kerana Allah.
Usai makan tengah hari. Kami pulang ke rumah aku mencium tangan Datin Suri dan Datin Suri memeluk tubuh kecilku dan sempat berkata." Tak sabar mommy nak tengok kamu berdua naik pelamin". Aku hanya senyum tak tahu nak cakap apa.
" Ni Khadijah saya balik dululah ye , nanti kita gosip lagi"." Baik". Umi ketawa. Seronoklah tu dapat tubuhkan kroni makcik bawang.
Aku masuk ke dalam bilik untuk berehat. Penat,letih semua ada. "Fuhhh.... Penat jugak jadi bakal pengantin ni".
Usai mandi dan solat Zohor.Aku mencapai telefon bimbitku untuk melihat adakah rakan baik kesayanganku itu telah selamat pulang ke kampungnya. Tetapi tiada apa-apa notification masuk ke dalam telefon bimbitku mungkin dia tengah sibuk memandu husnuzon je lah. Aku meletakkan telefon bimbitku di sebelahku. Ku lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZKU
RomanceBuku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu bapanya memberi tahu bahawa seseorang jejaka misteri telah masuk meminangnya dan lebih tragis ibu bap...