Bab 4: Tunang

589 15 0
                                    

Seminggu telah berlalu, Selama seminggu juga aku telah bertukar status ke tunang orang.

      Hari ini,adalah hari paling mendebarkan iaitu ujian semester. Hari yang paling digeruni oleh semua pelajar di universiti islam.

       Aku dan Farisha menapak masuk ke dalam dewan peperiksaan untuk bersedia menjawab segala soalan yang bakal membuat kepalaku pecah.

      Dewan peperiksaan sunyi,tiada bunyi yang kurang menyenangkan seperti di pasar malam. Semua kelihatan serius mengulangkaji bab-bab yang bakal masuk di dalam kertas peperiksaan nanti.

      Aku dan Farisha mengambil tempat. Aku membuat segala persediaan sebelum menjawab soalan peperiksaan. Aku mengangkat tangan untuk berdoa supaya Allah melancarkan segala urusanku dan melapangkan dadaku ketika menjawab peperiksaan.
       
         Pensyarah yang ditugaskan untuk menjaga dewan peperiksaan menapak masuk kedalam dewan peperiksaan.  Pensyarah tersebut ialah Dr Rahiz!."okey semua dh ready saya akan edarkan kertas peperiksaan kamu dan sila buat apa-apa persediaan sebelum menjawab kertas peperiksaan". Dr Rahiz bersuara.

       Kertas peperiksaan mula bergerak. Kertas peperiksaan telah berada betul-betul didepan mata dan tepat diatas mejaku. "Okey semua boleh mula menjawab peperiksaan bermula sekarang".
 
           Aku mengeluarkan segala kudratku dan memerah segala jawapan yang berada di dalam otakku untuk ditulis di atas kertas bersaiz A4 itu.
     
       Selesai menjawab kertas ujian itu aku mengucapkan Allhamdullilah lalu meraup lembut mukaku. lega peperiksaan telahpun berakhir. Hanya berbaki empat hari lagi untuk memerah otakku menjawab ujian semester pertama ini.

         "Allhamdullilah akhirnya selesai juga kita berperang dengan kertas peperiksaan kan".Kata Farisha." Kau jangan nak lega sangat masih ada empat hari untuk kita berperang dalam dewan peperiksaan tu. kataku." Hmmmmm itu lah penat".Farisha mengeluh." Dah jom lepak untuk hilangkan stress."Kataku untuk lari daripada mendengar bebelan si Farisha." Kat mana?" Tanya Farisha. Kat mana lagi kafe Fadil ler".Jawabku. "okey jom" kata Farisha.

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now