Aku dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Aku mengengam kuat tangan Rahiz. Kuku mencengkam kuat tangan Rahiz sampai luka aku rasa. Rahiz masih setia berada di sebelahku.
"Okey puan saya cakap push puan push." Kata doktor
Tiba-tiba kedengaran suara tangisan bayi. Aku menghela nafas lega. Seraya ucapan hamdalah meniti di bibir.
Tanpaku sedar ada air jernih keluar dari tubir mata. Sungguh aku bersyukur. Rahiz mengucup dahiku.
"Thanks". Ujar Rahiz. Aku memandang Rahiz keliru.
"For what?". Tanyaku lemah.
"For this" ujar Rahiz.
Aku tersenyum mendengar kata-kata yang meniti di bibir Rahiz.
"Terima kasih juga sebab sudi jadi baba dan suami yang baik dan soleh." Ujarku
"Itu tugas abang". Ujar Rahiz bersama sengihan di bibir.
"Nanti sayang kena makan makanan pantang lagilah jawabnya." Ujar Rahiz.
"Kalau sayang pantang abang pun kena pantanglah." Bantahku.
"Takmaulah." Bantah Rahiz.
Tiba-tiba pintu wad dikuak dari luar terus automatik kepalaku terarah ke arah pintu. Kelihatan seorang jururawat membawa bayi di dalam dukungannya. Aku yakin bayi itu anak kami berdua.
"Tahniah puan, dapat baby girl". Ucap jururawat itu.
Aku hanya menghadiahkan senyuman kepada jururawat itu. Rahiz membawa bayi kami kedalam dukungan sebelum diazankan. Aku hanya mendengar laungan azan dari Rahiz. Sungguh menyenangkan dan sekali lagi aku dibuai mimpi dengan laungan azan merdu si suami.
.....................
Perlahan-lahan aku membuka mata. Cahaya lampu menerobos ke dalam mata. Aku menggosok perlahan mata bagi menghilangkan kantuk. Kelihatan Rahiz sedang lena dibuai mimpi di atas sofa. Mataku terarah pada sosok yang lena dibuai mimpi di sebelahku. Syahmi, bila si kecil ni datang. Aku mengusap lembut kepala Syahmi seraya mengucup pipi gebu milik Syahmi.
"Alahai rindunya anak teruna mama ni. Baru sehari tak jumpa." Kataku bersama senyuman di bibir.
"Mama..." Rengek Syahmi.
"Eh dah terjaga, ye sayang mama dekat sini aje." Dia ni kalau tak ada aku dekat sebelah memang tak boleh hidup.
Syahmi bangkit dari tidurnya lalu menggosok matanya bagi menghilangkan kantuk.
"Ane adik mama, Ahmi nak engok adik." Ujar Syahmi bersama pelatnya. Sekarang dah pandai bercakap. Tak sia-sia Rahiz kerja bercakap dengannya. Cepat belajar budak kecil ni.
"Adik tidurlah sayang. Nanti Syahmi tengok okey." Pujukku. Seraya mengusap kepala si kecil. Syahmi hanya membalas dengan anggukan.
"Mama adik, boy ke girl?." Tanya Syahmi.
"Wahh... Anak mama pandai speaking. Pandainya dia tu. Girl sayang. Kenapa?. Suka tak dapat adik girl." Pujiku sempat juga terselit usikan di situ.
"Eci la cuca, anti Ahmi nak main ngan adik. Nak ayang adik acam ayang mama." Ujar Syahmi.
"Wah bagusnya dia tuu. Nak sayang adik macam sayang mama ye. Nanti jaga adik elok-elok okey." Ujarku terharu.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZKU
RomanceBuku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu bapanya memberi tahu bahawa seseorang jejaka misteri telah masuk meminangnya dan lebih tragis ibu bap...