Syahmi yang berada di dukunganku. Masih leka ketawa. Tengok pokok pun ketawa ke sayang. Aku hanya membuang pandang ke arah luar tingkap. Rahiz masih fokus memandu. Hari ini balik rumah umi!.
Aku keluar dari perut kereta. Menghirup udara kampung. Nyaman. Sudah lama tak rasa macam ni. Kenangan bersama abi kembali terimbas di fikiran. Tanpaku sedar air mataku mengalir keluar dari tubir mata. Aku mengesat air mata yang mengalir. Lalu memandang Syahmi yang berada di dukunganku. Yang masih khusyuk bermain dengan tangannya.
"Assalamulaikum umi.... Syahira balik ni." Aku memberi salam.
"Waalaikummusalam. Ya Allah cucu tok umi. Dah balik ye. Alaa... Sayang sini mari dekat tok umi." Ujar umi sambil menyuakan tangan kepada Syahmi.
Syahmi apa lagi bukan main terloncat-loncat minta didukung. Umi bukan main cium si Syahmi ni. Sampai anak depan mata pun tak nampak. Ni perasaan cemburu datang ni.
"Amboi umi nampak cucu anak depan mata macam kuman aje kan." Ujarku.
Umi hanya sengih dan melangkah masuk ke dalam rumah. Bersama Syahmi yang berada di dukungannya.
"Takpalah sayang. Biar umi jaga Syahmi. Kita boleh spend time together." Rahiz berkata sambil mengangkat kening beberapa kali. Eh bila di muncul.
Aku menghadiahkan jelingan maut kepada Rahiz. Ish terus hilang mood balik kampung macam ni. Syahmi move mama turn now.
Aku melangkah ke arah umi dan Syahmi. Aku melabuhkan punggung di sebelah umi yang masih khusyuk bermain dengan Syahmi.
"Umi....." Panggilku meleret.
"Hm." Umi masih khusyuk bermain dengan Syahmi.
Aku berdecit kegeraman. Tak boleh jadi ni. Aku mengangkat Syahmi ke dalam dukungan. Tiba-tiba Syahmi bersuara.
"Naknak."
Eh dah boleh bercakap. Aku memandang Syahmi tak berkelip. Umi juga turut terkejut.
"Yes anak baba dah boleh bercakap." Tiba-tiba suara Rahiz menyapa.
Tanpaku sedar ada air jernih keluar dari tubir mata. Entah kenapa rasa hati ni sebak aje. Mungkin ini perasaan seorang ibu bila melihat anaknya membesar di depan mata.
"Anak mama dah besar..." Aku berkata seraya memeluk tubuh kecil milik Syahmi bersama air mata yang mengalir dengan deras.
Umi membawa aku ke dalam dakapan. Aku menangis di dalam dakapan seorang umi. Yang selama ini aku rindu. Ingin berada di dalam dakapan hangat seorang ibu. Mungkin ini perasaan umi apabila melihat aku membesar di depan matanya.
"Umi faham perasaan Syahira. Sayang. Umi pernah lalui semua ni sayang." Umi berkata seraya mengucup dahiku.
Berkali-kali aku mengucup pipi gebu milik Syahmi. Sungguh hati ini berat ingin melihat si kecil yang pernah membuat hati ini gembira membesar. Tapi nanti suatu hari si kecil ini yang akan membimbing kami ke dalam syurga. Jadi anak yang soleh ya sayang.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZKU
RomanceBuku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu bapanya memberi tahu bahawa seseorang jejaka misteri telah masuk meminangnya dan lebih tragis ibu bap...