Umi betul.Tak berkelip aku melihat dua garis pada alat uji kehamilan itu. Masih tak percaya. Syahmi nak dapat adik lagi....
Ini ke punca ketidakstabilan hormonku?. Dan macam mana umi tahu, naluri seorang ibu mungkin.Perlahan-lahan pintu bilik air dibuka. Rahiz sedang menungguku. wajahnya pun bagaikan tidak sabar menunggu keputusan. Rahiz memandangku. Aku menunjukkan alat uji kehamilan kepada Rahiz. Terus bulat mata Rahiz.
" Alhamdullilah, syukur terima kasih sayang." Rahiz berkata seraya mengucup ubun-ubunku.
Terus tubuhku diangkat dan dipusing beberapa kali.Terjerit kecil aku sebab terkejut.Tapi aku masih ketawa.
Opsss..... Sorry.... Sorry... Abang tak patut buat macam tu. Sayang okey ka?. Tak cedera kan. ada luka tak?. Seluruh tubuhku ditiliknya.
Alamak.... Sifat protective Rahiz dah meningkat dua kali ganda dari sebelum ni. Nak tak nak, terpaksalah aku tahan sepanjang mengandung ni.
Okey abang... Terima kasih sebab over protective ye. Sinisku.
" Ceh... Perli abang nampak." ujar Rahiz bersama muka cemberutnya. Ingat comellah tu.
" Eh dahlah jom bagitahu umi dengan Syahmi." Ujar Rahiz seraya mengangkat tubuhku turun ke bawah.
Turun saja ke bawah. Kelihatan umi sedang memandang kami. Bukan main berkerut dahi tua umi. Aku sudah menutup muka malu. Rahiz pula hanya beriak biasa. Tiba- tiba Syahmi menjerit. Dia ni tak boleh tengok mama dia manja dengan baba sikit mulalah nak menjerit.
" Amboi sampai dukung-dukung ingat cerita korea ke?. Ujar umi. Aku hanya sengih sambil menenangkan Syahmi yang sedang menangis.
Aku menjeling Rahiz yang sedang menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Sedapnya. Isteri kat sebelah sampai lupa."Macam mana?." Umi bertanya.
"Macam mana apa?." Tanyaku keliru.
" Haish keputusan ler..." umi mengeluh.
" Ouh.... Betul cakap umi. Syahira pregnant!." Ujarku gembira.
" Allhamdullulilah..... Syahmi dapat adik." Ucap umi sambil mengagah Syahmi di dukunganku. Syahmi hanya senyum.
Allhamdullilah... lega hati ini... semua gembira mendengar berita ini. Kalaulah abi masih hidup. Mesti abi gembira kan?.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZKU
RomanceBuku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu bapanya memberi tahu bahawa seseorang jejaka misteri telah masuk meminangnya dan lebih tragis ibu bap...