Bab: 22

356 6 0
                                    

               Aku dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Dahiku lencun dengan peluh. Aku mencekam kuat tangan Rahiz.  Apabila perut aku semakin sakit. Sesekali Rahiz mengaduh kesakitan.

               "Sayang sabar tau.. abang tahu sayang kuat." Bisik Rahiz ditelingaku.

             "Ashadu an laa ilahailaah, wa ashadu an na Muhammadur Rasullulah." Bisik Rahiz lagi. Suaranya juga sudah bergetar.

              "Okey puan saya cakap push. Puan push. 1,2,3 push. Lagi puan sikit lagi kami dah nampak kepala.

          Aku mencengkam kuat tangan Rahiz. Rahiz juga turut mengusap lembut tanganku. Dan tiba-tiba kedengaran tangisan bayi. Aku menghela nafas lega. Rahiz juga turut mengucapkan lafaz hamdalah.

           Rahiz mengucup dahiku yang berpeluh.

           "Terima kasih sayang. Abang taknak tengok sayang sakit macam ni. Abang takut abang kehilangan sayang. Kalau abang boleh ambil sakit sayang tu abang sanggup. Terima kasih banyak-banyak sayang. Terima kasih." Ucap Rahiz. Tanpa henti-henti ucapan terima kasih meniti di bibir Rahiz.

           Tanpaku sedar ada air jernih keluar dari tubir mata Rahiz. Tanganku naik menyeka air mata Rahiz. Suami kita menangislah.

             "Abang menangis ke?." Usikku.

            "Mana ada terharu ja. Abang takut. Kalau sayang tiada dekat sisi abang. Akhirnya Allah makbulkan doa abang supaya sayang selamat.

             Aku berasa terharu dengan kata-kata Rahiz. Di sini aku dapat merasakan bahawa cinta Rahiz itu hanya pada aku.

         Aku berasa lega. Kerana Allah masih memberikan peluang kepadaku. Untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada suami dan anakku.

          Doktor menghulurkan bayi kami. Aku memandang bayi kami. Tenang saja mukanya. Terima kasih sayang sebab sudi jadi anak mama dan baba. Jadi anak soleh ya. Aku menghulurkan bayi kami kepada Rahiz untuk diazankan. Rahiz menyambut bayi lalu diazankan. Tenang mendengar alunan azan dari Rahiz.

         Tanpa ku sedar aku terlena dibuai mimpi.

           "Lah siapa yang sepatutnya tidur ni. Mama ke awak baby. Hmmm baba letak nama awak Muhammad Syahmi Reza bin Muhammad Rahiz Reza. Okey biar belakang tu kita sama-sama Reza baru boleh jadi geng. Okey sayang." Rahiz berkata seraya mencuit hidung si kecil.

          Sempat jugak Rahiz menjeling Syahira yang masih lena dibuai mimpi. Tanpa sedar dia tersenyum. Dan ada air jernih keluar dari tubir matanya. Dia mengesat kasar air matanya. Lalu pandangannya jatuh kepada si kecil yang berada di dukungannya. Terus dia mengucup pipi si kecil yang bakal mempimpin tangan mereka ke dalam syurga kelak.

               "Syahmi patut terima kasih kepada mama tau. Sebab mama dah bersusah-payah melahirkan awak. Jadi anak soleh ya sayang." Kata Rahiz seraya mengucup pipi si kecil lagi.

           

            

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now