Bab 8:

499 15 1
                                    

Sunyi.... Sepanjang perjalanan pulang pun sunyi. Haaa pandai buat pandailah pujuk. Sekarang perang dingin bakal bermula. Seketul Syahira takkan mengalah begitu sahaja ya.

Kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Sebaik sahaja Rahiz menarik handbreak. Terus aku keluar dari perut kereta, hanya membiarkan Rahiz seorang diri dalam kereta.

"Assalamualaikum". Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah kami. Ya. Rumah kami. Rahiz hadiahkan rumah ni untuk aku. Katanya sebagai hadiah sebab sudi jadi isteri dia yang sah. Sweet kan!.

"Wa'alaikummusalam". Umi menjawab salamku sebaik sosok umi kelihatan keluar dari arah dapur. Baru habis masak mungkin. Terus aku menerpa tubuh tua itu lalu memeluknya dari belakang. "Allahuakhbar !. Ya Allah Syahira. Terkejut umi". Sengatan berbisa telah singgah di tepi perutku. Uish pedih.

"Aduh, sakit umi". Aku meleraikan cubitan berbisa umi. "Haaa... Itu makan dia". Umi mengetap gigi. "Hehehhe sowwy umi". Aku meminta maaf menggunakan slang manja. Manja ke?.

"Umi masak apa"?. Aku bertanya. " Tu atas meja tu tak nampak.ke, nak kena buat spek"?. Sinis. " Ishhhh umi niiii". Bentakku. Aku melangkah masuk ke dalam bilik dengan muka cemberutku. Ada pula umi jawab macamtu. Sakit hati anak umi ni tau.

Pintu bilik dikuak dari dalam. Terjengul kepala Rahiz. Aku mengangkat kening memandangnya."Dah kenapa?". Tanyaku. Rahiz hanya menggeleng terus dia melangkah masuk ke dalam bilik dan mencapai tuala. 

           "Ishhh dia ni. Aku diam dia pun diam".  Monologku. " Dah mandi?." Tanya Rahiz. Aku memandangnya. "Belum". Jawabku. Rahiz hanya menganguk lalu melabuhkan punggung di atas katil.

           Aku bangun melangkah ke arah meja solek. Untuk membuang pin yang terdapat pada tudungku.

Tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang. Membuatkan aku sedikit terkejut. Sudahku tahu siapa yang memelukku. Takkanlah umi peluk aku. Kalau tangan besar dari tapak tangan aku. Kalau lempang orang pun sedap ni.

        Aku hanya membiarkan sahaja Rahiz memelukku. Aku selesa. Tiada rasa untuk melawan dan menghalang. Aku rasa selesa dengan pelukan ini. Dapatku rasakan kepalanya bagai sedang bersandar di atas bahuku. Dapatku rasakan deru  hangat nafasnya di tepi leherku. Tenang.

          Aku cuba merungkaikan pelukan Rahiz. Tetapi dia makin eratkan pelukan. "Ishhhh lepaslah!. Orang nak mandilah abang". Aku menampar geram tangannya. Rahiz menjerit kesakitan apabila aku  memijak kaki kananya. "Aduh sakit Habibati". Rahiz memegang kaki kanannya sambil terlompat-lompat. Sambil dahinya berkerut menahan sakit. Comel!.

              "Itu makan dia dah tepi orang nak mandi". Aku menolak tubuh Rahiz ketepi.  "Orang nak peluk je". Sempat Rahiz berkata. "Gatal !". Jeritku di dalam tandas. Haaa biar satu dunia tahu Dr Rahiz Reza ni gatal.

             Usai mandi dan solat Zohor. Aku turun ke tingkat bawah untuk menjamu selera. Masakan umi mana pernah tak buat orang meleleh air liur. "Wah... Sedapnya umi masak".  Ujarku. Sambil mata tak lepas melihat hidangan di atas meja makan.

            "Haa.... Turun dah pengantin baru nak lama kita ni. Seronok menjerit. Ujar umi. Sambil mengangkat kening berkali-kali. "Err... Umi dengar ke". Tanyaku. Saja nak kepastian." Gila tak dengar. Bukan main kuat kamu menjerit yer".
Ujar umi lagi.  Allah malunya....

           Ketika sedang asyik berbual. Ketibaan Rahiz mematikan perbualan. Kelihatan Rahiz turun dari tangga. Rahiz memandangku. Sambil menjongketkan sebelah kening. Manakala aku pula buat muka bosan. Rahiz pandang ke arah umi. Lalu menghadiahkan senyuman versi pencair hati buat umi. Umi membalas senyuman Rahiz.

            "Dah jom makan". Umi menjemput kami makan. Aku mengambil tempat manakala, Rahiz pula mengambil tempat di sebelahku. selesai mengaminkan doa. Terusku menyuap masakan umi ke dalam mulut. Masakan umi mana pernah tak sedap lagi-lagi ayam masak kicap perghh sedap bak hang!.

          Ketika sedang asyik menyuapkan nasi ke dalam mulut. Mataku tertancap ke arah umi. Yang sedang mengelamun sambil menguis nasi yang tidak terusik. "Kenapa umi?. Aku bertanya. Umi mengangkat kepala memandangku. Rahiz juga turut mengangkat kepala untuk memandang umi.


              "Syahira.... Umi nak cakap sesuatu boleh?". Ujar umi. "Cakap apa umi?". "Errrr.... Boleh tak kalau umi nak balik kampung. Umi nak tinggal sana balik. Umi rindu. Itik, ayam, kambing, lembu, kucing kat kampung tu.



Ya saya tahu. Chapter ni macam merapu. Nak buat macam mana otak dah tak berfungsi nak keluarkan idea.  Apa-apa pun thank you sebab sudi baca this story.  Atapu💓


Bissmillah

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now