Bab 5: Kahwin

796 20 0
                                    

Dua bulan telah berlalu, hari ini ialah hari yang paling mendebarkan buatku dan keluarga. Iaitu hari perkhawinanku. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Pejam celik sekarang aku bakal jadi isteri orang yang sah. Hari ini juga ialah hari dimana aku dapat melihat wajah bakal suamiku.

           Gementar,takut semua perasaan bercampur baur. Macam mana kalau lepas kahwin dia tak boleh terima aku. Macam mana kalau dia kaki pukul. Ya Allah, bermacam perkara negatif bermain di dalam fikiranku. Ku hanya mampu berdoa supaya Allah  hadirkan aku seorang jejaka yang dapat menjagaku dan membimbingku hingga ke syurga.

           Aku telah dihias oleh seorang jurusolek yang diupah oleh Datin Suri. Cantik hasil tangannya. Makeup yang dilakukan kepadaku hari ini ialah makeup natural tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Sesuai dengan mukaku. Tanganku juga telah dihiasi dengan merahnya inai yang pelbagai corak.

       Tiba- tiba pintu bilikku diketuk. Membuatku tersedar dari lamunan."Masuk". Aku memberi izin. Umi dan datin Suri menapak masuk ke dalam bilikku. Segak bergaya berbaju kurung dan jubah berwarna hijau lembut mengikut tema perkhawinan aku.

      Datin Suri dan umi duduk disebelahku. "Dah sedia?" Tanya umi. Umi mencapai lembut tanganku dan dipegang erat sambil berkata. " Anak umi ni, dah nak jadi isteri orang. Nanti kalau dah jadi isteri orang patuh arahan suami, jangan melawan jadi isteri solehah bukan derhaka". Sempat umi titipkan pesan. " Baik umi Syahira cuba jadi isteri yang terbaik". Terusku peluk tubuh umi rasa macam nak menangis. Hampir gugur air mataku, tapi aku kuatkan diri. " InsyaAllah Syahira akan jadi isteri terbaik kepada anak saya dan,anak saya juga akan jadi suami yang baik kepada Syahira.

          Tiba- tiba ada seorang manusia yang menggangu drama air mata kami,masuk kedalam bilikku. "Wehh.. Syahira kau dah nak jadi isteri orang, MasyaAllah cantiknya kawan aku ni". Tak lain dan tak bukan siapa lagi kalau bukan minah over ni " Farisha" dia ni  kalau buat sesuatu memang tak tengok kiri kanan eh. Aku menepuk kasar bahu Farisha. " Kau ni tak nampak ke siapa ada dalam bilik". Farisha memandang kiri dan kananku. "Ehh... Umi,Datin maaflah atas keterlanjuran saya menceroboh bilik ni. Macam takda siapa- siapa". Farisha tersengih dan mencium tangan datin dan umi. "Ehh... Takpe auntie paham kamu excited kan bestfriend kesanyangan kamu nak kahwin".

      Datin... Gila tak seronok sebab bestfriend saya ni baik insyaAllah dia boleh jadi isteri solehah. Nak tergelak aku melihat telalatah si Farisha ni.

           Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu bilikku dan membuatkan segala gelak-ketawa kami terhenti. " Errrr... Mommy along dah sampai". Kata lelaki itu. Tak silap aku itu ialah adik bakal suamiku.

      " Ok dan ready penganti lelaki dah sampai". Wajahku ditutup dengan kain purdah membuatkan separuh mukaku tertutup dan hanya nampak mata. Dah macam minah arab aku tengok. Aku menapak ke arah pelamin dan aku duduk diatas sebuah kusyen yang berwarna putih dan dihiasi pelbagai perhiasan. Cantik nampak mewah. Umi dan Datin Suri mengambil tempat disebelahku. Aku rasa macam nak pengsan gementar, takut.

             Aku melihat seorang jejaka menapak masuk ke dalam rumah dan duduk tepat di hadapan tok kadi. Tetapi ku tak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana dia memakai cermin mata hitam dan memakai pelitup muka. Nampak segak berbaju melayu. Si dia memandang ke arahku. Membuatkan aku jadi lebih gementar kenapa dia pandang aku macam tu malu..... Dia membuka pelitup muka dan hanya memakai cermin mata  hitam  dan membuat separuh dari mukanya terlihat. Macam pernahku lihat wajahnya tapi di mana ku cuba mengingati dimanakah aku pernah melihat wajah si dia.

           Muhammad Rahiz Reza bin Zulkiflee. Kejap nama tu macam..... Aku memandang ke arah Farisha. Farisha memandang ke arahku terkejut mendengar nama itu. Jangan cakap yang Dr Rahiz bakal jadi suamiku. Tok kadi meneruskan sesi akad nikah. Muhammad Rahiz Reza bin Zulkiflee aku nikahkan dikau dengan Nur Syahira Rose binti Shahmi. Aku melihat Si dia melepaskan pegangan tangannya dari tangan Tok kadi. Mungkin terkejut mendengar nama itu dan terus memandang ke arahku. Aku nampak dia bertanya sesuatu ke arah Dato Zulkiflee. Dato Zulkiflee hanya menganguk." Ada apa - apa masalah". Tanya tok kadi. Dia hanya mengeleng. Okey kita buat semula. Dia hanya mengganguk. Okey Bismillah. Muhammad Rahiz Reza bin Zulkiflee aku nikahkan dikau dengan Nur Syahira Rose binti Shahmi dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ribu tunai. Hampir pengsan aku mendengar jumlah mas kahwin yang ditetapkan. Si dia membalas. Aku terima nikahnya Nur Syahira Rose binti Shahmi dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ribu ringgit tunai. Dengan hanya sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri orang.

           Si dia menunaikan solat sunat. Usai solat sunat.  Sekarang ialah sesi menyarungkan cincin. Bergetar tanganku pabila cincin itu disarungkan di jari manisku. Sekarang giliraku pula menyarungkan cincin di jari manis si dia. Sekarang bermulalah sesi pembatalan air sembahyang. Aku mencium tangannya dan bibirnya mendarat di atas dahiku. Dapatku rasakan pelbagai bunyi dan cahaya yang terhasil dari Kamera dan photographer yang tidak bertauliah. Pelbagai gaya disuruh oleh Photographer tak bertauliah. Tiba- tiba aku rasa pinggangku bagai disentuh seseorang dan menyebabkan aku  sedikit terkejut. Itu ialah tindakan rifleks tubuhku. Lantaklah orang nak kata apa, nak cakap aku over ke lantaklah. Aku melihat si dia memandang ke arah ku seperti risau. Aku memandang ke arahnya. Mata kami berlaga dapatku rasakan panahan lembut matanya menusuk anak mataku. Tenang.....

          Sekarang ialah masa yang dinantikan untuk melihat wajah masing- masing. Aku mencabut cermin mata hitamnya. Aku terkejut melihat wajah si dia  dan membuatkan segala pergerakanku mati dia ialah Dr Rahiz. Dia melihatku dengan wajah yang cukup tenang dan dapatku tangkap reaksi gementarnya dari panahan matanya. Dia membuka ikatan tali niqabku. Aku menutup mata dan cuba bertenang, Ku dapat rasakan yang niqabku telah terbuka. Perlahan-lahanku membuka mata. Terlihat dia seperti terkejut. Hilang segala tatabahasanya sampai sedikit ternganga mulutnya. Kenapa cantik sangat ke mukaku ini. " Syahira...." Lembut sapaannya seraya senyum ke arahku seperti apa yang dia impikan telah tercapai. Aku juga senyum ke arahnya. Aku juga berasa gembira kerana doaku telah dikabulkan oleh Allah.

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now