Bab:17

420 13 0
                                    

           Usai makan tengah hari. Aku dan mummy masih khusyuk bergelak-ketawa mendengar kisah silam ketika kecil masing-masing. Rahiz pula masih selesa berdiam diri.

           Entah mengapa dari tadi dia asyik diam je. Ada masalah ke. Inilah perangai Rahiz yang tak boleh bawa bincang.  Kalau ada masalah bukannya nak share. Nak pendam sendiri. Haihhhh..... Pening palo gini.

             "Rahiz,  tadi Rahim dengan Raisya ada call mummy. Diorang cakap diorang balik bulan ni. Serentak pula tu. So Rahiz boleh tolong mummy ambil Rahim dekat KTM. Raisya tu biar daddy yang ambil. Kebetulan daddy on the way balik." Ujar umi. Rahiz mengangkat kepala dan terus berlalu ke atas . Tukar baju mungkin.

           Lepastu aku ni dibiarkan terpinga-pinga. Takkan nak tinggal aku. Seganlah. Abang.... Janganlah tinggal Syahira seorang diri. Tiba-tiba kekura tanganku diusap oleh mummy. Membuatkan aku sedikit terkejut.

               "Takpa pergilah ikut Rahiz. Mummy pun ada hal nak keluar dengan my girls. Maklumlah mesyuarat tingkap." Kata mummy seraya ketawa. Aku juga turut ketawa. Tidak membuang masa aku bingkas bangun dari duduk dan melangkah masuk ke dalam bilik.

             Aku membuka pintu. Kelihatan Rahiz tiada dalam bilik. Dalam bilik air mungkin.  Baru sahaja aku mahu melangkah ke arah almari. Tiba-tiba pintu bilik air terkuak dari dalam. Kelihatan Rahiz berdiri. Dan hanya bertuala. Hanya tuala dililit di bahagian pingganya. Dan jelas terpampar dada bidangnya.

          Serta-merta tanganku naik menutup mata. Ye lah mana tak terkejut. Tiba-tiba keluar hanya bertuala.  Tetapi Rahiz hanya beriak biasa dan berlalu ke arah almari. Dan mencapai T-shirt hitam lalu disarung ke badannya.

        Baju dia ni memang tiada warna lain eh. Hitam saja. Sampai naik muak mata ni tengok warna hitam. Bagi pakai warna pink baru tahu. Kalau warna pink pun comel juga. Boleh jadi Barbie. Kan sekarang tengah trend pasal Barbie.

          Rahiz terus berlalu meninggalkan aku seorang diri. Aku ada buat salah ke?. Rasanya tiada. Penatlah macam ni. Tanpa membuang masa aku hanya menggayakan hoodie berwarna hitam dan tudung sarung berwarna hitam. Kenapa hitam.? Sebab aku malas nak pilih baju. Jadi tiba-tiba mata ni nampak warna hitam ambil je lah.

              Aku terus berlalu keluar dari bilik. Kelihatan Rahiz sedang berehat di atas sofa. Ingatkan dah tinggal isteri. Aku terus berlalu ke arahnya. Terus Rahiz mengangkat muka. Dan terus bangun berlalu ke arah kereta. Ish dia ni nampak isteri depan mata bukannya nak puji. Cantik ke lawa ke. Kan seronok sikit hati ni.

          Dia merajuk kenapa ni. Aku ada buat salah ke. Okey kalau macam tu dia merajuk aku pun boleh merajuk. Aku terus masuk ke dalam perut kereta. Suasana diam. Hanya radio yang mengeluarkan suara. Kereta terus meluncur keluar dari garaj.

             Aku hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Sesekali menjeling Rahiz di sebelah. Hati ini sudah tidak tahan. Rasa nak menangis pun ada. 

           "Abang... Syahira ada buat salah ke?." Tanyaku Rahiz hanya diam. Okey cuba lagi sekali.

           "Abang.... Sayang tanya ni... Sayang ada buat salah ke?." Okey kali ni kita manja sikit. Tetapi Rahiz masih diam. Haish dia ni...

         Okey sekali lagi."Abang.... Sayang tanya ni... Jawab la. Jangan diam je. Abang..... Sayang ada buat salah ke?."  Tanyaku sambil tangan ini mengoncang tangan Rahiz yang berada di stereng biarlah dia nak marah aku ke. Berani dia nak marah aku?. 

               "Syahira!. Saya nak bawa kereta ni. Awak nak mati ke!?." Marah Rahiz. Panggilan juga turut berubah kepada saya awak. 

            "Okey saya minta maaf,saya dah tak ganggu awak drive lagi." Aku berkata sambil cuba menahan air mata yang akan luruh tak lama lagi. Kenapa Rahiz kena tengking aku?. Aku ada buat salah ke. Ataupun Rahiz dah tak suka aku. Dia dah ada isteri baru ke. Takpalah kalau dia nak kahwin lain aku terima.

                Aku sudah tak dapat menahan air mataku. Terus  air mata ini turun dengan lebat. Aku cuba mengetap bibir. Supaya esakanku tak dapat didengari oleh Rahiz.  Tetapi gagal terus esakanku pecah. Dengar serta- merta kepala Rahiz berpaling ke arahku. Tiba-tiba Rahiz memberhentikan kereta di bahu jalan.

               Aku mengambil keputusan untuk keluar dari kereta. Aku taknak tengok muka Rahiz. Aku benci tengok muka dia. Biarlah dia nak kejar aku ke. Aku takkan masuk balik dalam kereta ni.

             Tanpa berfikir panjang terus aku menolak pintu kereta dan berlalu pergi meninggalkan Rahiz yang masih terpinga-pinga di dalam kereta. Tanpa menoleh ke belakang aku hanya berjalan dengan air mata yang berjurai turun membasahi pipi.

        
            Tiba-tiba tubuhku ditarik seseorang. Membuatkan aku sedikit ke belakang. Terus tubuhku dipeluk. Dari bau wangian aku sudah tahu yang itu Rahiz. Aku cuba merungkaikan pelukan tetapi tidak berjaya.

           "Lepaslah!. Saya benci tengok muka awak. Awak marah saya tanpa sebab. Lepastu awak tengking saya!. Awak ingat saya ni tiada hati dan perasaan?. Kalau awak ada masalah bukan lepaskan dekat saya!. Kalau awak nak kahwin lain pergi!. Lepaskan saya. Pergi ambil adik awak biar saya dekat  sini!." Aku menolak tubuhnya dan membuatkan tubuh Rahiz sedikit terdorong ke belakang.

              Aku terus berlalu pergi.  Lagi sekali tubuhku ditarik.  Tetapi kali ini Rahiz pula bersuara. Ingatkan dah tiada suara nak cakap.

               "Sayang... Abang minta maaf. Tolong jangan macam ni. Sayang tak salah. Abang yang salah. Tolong jangan macam ni. Abang taknak tengok sayang macam ni. Abang taknak kita bergaduh teruk macam ni. Abang sayangkan sayang. Tiada orang lain selain sayang."

          "Ooo.... Sayang. Lepastu kalau sayang awak ada masalah semua kemarahan awak tu awak kena lepaskan dekat saya macam tu?. Awak ingat saya ni apa. Patung?. Tiada perasaan. Awak ingat hati saya tak sakit. Awak fikir awak je. Awak selfish!. Dahlah kalau awak tak bahagia dengan saya. Awak lepaskan saya." Aku cuba menahan air mataku.

             "Sayang... Kita masuk kereta dulu kita bincang. Tolong jangan macam ni. Abang tahu abang salah. Abang sayangkan sayang. Tolong. Rayu Rahiz.

           Aku hanya akur. Penat nak bergaduh bawah terik matahari lagi sakit hati.

        Sepanjang perjalanan aku hanya diam. Apabila Rahiz cuba memegang tanganku. Terus aku menempis tangannya. Rahiz juga turut terkejut dengan perangai aku. Aku pun pelik kenapa perangai aku berubah macam ni. Mungkin hati aku tengah sakit.

           Sampai sahaja di KTM. Hanya Rahiz yang keluar menjemput adiknya. Aku hanya tinggal di dalam kereta.  Kelihatan Rahiz sedang mengusung bag bagasi. Dan kelihatan seorang remaja berada di belakang Rahiz.  Tiba-tiba adik Rahiz berada di hadapan pintuku. Aku membukanya. Mungkin dia nak duduk depan.

          "Akak boleh tak Rahim nak duduk depan?" Tanya Rahim takut-takut. Aku hanya mengangguk.

           Tiba-tiba Rahiz datang ke arah kami. "Rahim. Duduk belakanglah kakak Syahira mabuk kalau duduk belakang." Ujar Rahiz.

          "Ouh ye ke. Maaf akak. Akak duduklah depan biar Rahim duduk belakang. Rahim saja je tanya. Dah lama tak duduk depan. Lagi-lagi kereta along." Ujar Rahim bersama sengihan di bibir.

             Bila pulak aku mabuk duduk belakang. Hish baru nak lari dari tengok muka Rahiz. Rahiz ni banyak taktik la. Takpa balik rumah ni memang aku tak bercakap langsung dengan dia.

                Sampai sahaja di rumah aku terus naik ke atas tanpa bertegur sapa dengan​ sesiapa. Bibik pun aku tak tegur. Naik saja di atas aku membuang tudung dan masuk ke dalam bilik air. Aku melihat cermin terus air mataku turun dengan lebat.

           Aku menangis harini sampai sakit kepala. Baru sahaja aku mahu melangkah ke paip air. Tiba-tiba kepalaku berdesing kesakitan. Terus aku memegang kepalaku. Mata aku juga turut kabur. Aku cuba melangkah. Tetapi gagal. Badanku rebah dan duniaku serta-merta bertukar gelap.

             

 

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now