Aku hanya membuang pandang ke luar tingkap. Ya. Harini dah ada kelas. Walaupun hari ini hari yang bosan bagi pelajar. Tetapi hari ini aku berasa gembira apabila teringat kembali apa yang berlaku semalam. Macam mimpi.
................................
Aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Dewan ni kalau tak meriah dengan suara kanak-kanak ribena tak sah. Kanak-kanak lagi ke. Rasanya dah boleh cop sebagai makcik bawang. Riuh saja mulut tu bergosip.
Tiba-tiba saja dewan itu bertukar senyap. Ye lah mana tak senyapnya kalau harini kelas puan Rashidah dah bermula.
Ya. Dia dah sembuh. Jadi harini mulalah sesi menadah telinga. Mendengar bebelan Puan Rashidah. Ya. Encik suami dah tak mengajar kelas kita. Huhuhu.. tapi takpelah. Boleh tengok muka encik suami kita yang handsome lagi kacak ni dekat rumah.
Eh kejap handsome dengan kacak bukan sama ke. Apa -apa jelah.
Tetapi lain yang ditunggu lain yang tiba. Siapa lagi kalau bukan Dr Rahiz. A.K.A encik suami yang buat grand entrace. Semua kelihatan terkejut. Ada yang mengukir senyuman. Ada yang menggaru kepala yang tidak gatal. Aku pula tak tahu nak cakap apa. Adakah ini mimpi.
Rahiz masuk ke dalam dewan kuliah dengan machonya. Rahiz memandang seluruh isi dewan. Sambil menjongketkan sebelah kening. Jelas riak keliru terpancar di wajahnya. Ya lah mana tak pelik kalau. Satu dewan pandang dia macam. Manusia pertama turun dari planet marikh.
"Kenapa, semua pandang saya macam tu?." Tanyanya. Kelihatan semua seperti baru tersedar dari mimpi. Tadi ada yang sampai ternganga sebab terkejut Rahiz masuk dewan. Nasib baik tak terkeluar air liur tu.
Rahiz hanya mengeleng. Lalu mengeluarkan komputer ribanya. Terus membentangkan tentang pembelajaran harini di slaid besar di hadapan. Rahiz mengajar seperti tiada apa yang berlaku. Rahiz. Mana pernah kisah tentang orang. Itu yang suka hati acik dia je buat.
Selesai saja kelas. Terus aku bergegas ke pejabat Rahiz. Untuk pengetahuan semua. Rahiz yang panggil aku untuk datang pejabat dia, kalau dia tak panggil memang tak aku nak pergi. Tak hingin!.
Aku mengetuk pintu kaca itu. Apabila telah mendapat kebenaran untuk masuk. Terusku tolak dedaun pintu dan menjengulkan kepala.
Kelihatan Rahiz masih fokus dengan komputer ribanya. Aku melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Aku duduk di atas sofa empuk yang telah disediakan di dalam pejabatnya.
Kelihatan Rahiz seperti sibuk. Aku mengambil keputusan supaya tidak menganggunya. Aku mengeluarkan telefon pintarku dari beg sandangku. Terusku tekan aplikasi instagram. Untuk membaca tentang aktiviti yang dilakukan oleh artis, dan juga tentang isu semasa. Tetapi gosip tetap nombor syatu.
Ketika aku sedang asyik bermain dengan telefonku. Aku melihat Rahiz menolak kerusinya ke belakang, dan bangun menuju ke arah pantri. "Sayang nak air?." Tanyanya. Aku mengangkat muka apabila ditanya.
"Kenapa, abang nak air ke ?. Biar sayang buatkan." Baru sahaja aku mahu bangun.Pantas Rahiz menolakku untuk duduk kembali. Dah kenapa dia ni aku nak buatkan air je.
" Tak payah abang boleh buat, sayang nak air tak?. Nanti orang ramai dekat pantri tu. Sayang nak kena soal ke?. Macam mana boleh ada dekat pantri." Ujarnya. Aku hanya menganguk. Betul jugak sebab status kami masih dirahsiakan. Hanya Farisha saja yang tahu.
"Kalau macam tu nak air milo boleh?." Aku berkata. Rahiz hanya menganguk dan menunjukkan isyarat okey menggunakan jarinya.
Aku sambung melayari instagram. Seronok melihat isu perkembangan di instagram ni. Lagi-lagi berita hangat tentang artis.
Sedang aku asyik bermain telefon pintarku. Tiba-tiba pintu pejabat Rahiz ditolak kasar. Membuatkan aku sedikit terkejut.
"Rahiz!". Jerit seorang wanita dengan nada kegembiraan. Sepertiku kenal wajah wanita ini tapi dimana ya?. Eh kejap dia ni bukan ke perempuan yang langgar aku. Betullah tak salah aku masih kenal muka dia.
Wanita itu seperti terkejut. Dia memandang tajam ke arahku. Dah kenapa perempuan ni. Penampar nak? ke nak penerajang.
"Who are you?. Tanyanya tegas. Alamak dia dah tanya soalan cepumas aku nak jawab apa ni abang cepatlah datang. !!
"You buat apa dekat office Rahiz ni". Perempuan itu berkata sambil kaki melangkah ke arahku. Terusku bangun dari duduk.
"You tahu tak Rahiz dah kahwin. You tahu dia kahwin dengan siapa?". Tanyanya. Kalau aku jawab aku, mahu nahas aku. Aku hanya mengeleng.
"HAHAHAHAH... You tak tahu kan. Rahiz kahwin dengan i. Im Aisya Nuraissa. Rahiz wife". Wahhhh kau perempuan gatal ehhhh. Suka hati kau je mengaku Rahiz suami kau. Ni memang nak makan penampar.
Kenapa dia berani cakap macam tu sebab Rahiz tak jemput dia datang majlis kami. Sebab aku tak nampak pun batang hidung dia. Kalau dia datang dia takkan berani mengaku dia isteri Rahiz punya.
"Aisya!". Jerit seseorang terus aku menoleh ke arah suara itu. Rahiz memegang dua mug berisi air. Dengan muka bekunya. Ni mesti marah kat perempuan ni.
"What are you doing here?." Tanya Rahiz. Aku lebih selesa berdiam diri. Kelihatan Aisya seperti sedang menelan air liur.
"Tak, i just bagitahu dekat perempuan ni yang you dah kahwin. I taknak your wife marah you. Walaupun i taktahu siapa your wife. Tapi i taknak sakitkan hati your wife. bila Your wife nampak perempuan ni dalam office you. Lepastu Rahiz you tahu tak perempuan ni dahlah kurang ajar. Masa tu dia langgar i dekat balkoni tahu. Nasib baik tak kotor baju mahal i.
Wanita itu bercakap. Sambil menyedut oksigen. Ye lah mana tak semput kalau cakap sekali lalu. Tahu takut. Rahiz memandang dia dengan pandangan tajam. Habislah kau...
"Dah?." Tanya Rahiz. Aisya hanya menganguk.
"For your information." She is my wife". Kata Rahiz tegas sambil menarikku di dalam pelukannya.
Ternganga mulut si Aisya apabila Rahiz berkata begitu. Terus dia memandangku dan Rahiz. Seperti tidak percaya.
Terus Aisya mengambil beg tangannya dan berlalu keluar. Ehhhh... Kau macam tu je lari. Dahlah tak minta maaf kat aku. Pastu mengaku Rahiz tu suami kau. Mengada.
Rahiz memandangku. Aku memandangnya. "Sorry". Ujarnya. Aku hanya menganguk bukan salah Rahiz. Si Aisya tulah yang salah. Hishhhh serabut otak nak fikirnya.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZKU
RomanceBuku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu bapanya memberi tahu bahawa seseorang jejaka misteri telah masuk meminangnya dan lebih tragis ibu bap...