Bab 7

596 18 2
                                    

Seminggu telah berlalu. Selama seminggu juga abi pergi meninggalkan aku dan umi buat selama-lamanya. Selama seminggu juga aku mengambil masa untuk redha dengan ketentuan qada dan qadar Allah. Bahawa abi pergi meninggalkan aku. Rahiz sentiasa menjadi penemanku ketika aku sedih,dan sekarang Allhamdullilah, aku boleh menerima kenyataan bahawa abi sudah pergi bertemu illahi.

........................

Jari masih licik menari di atas papan kekunci komputer riba. Sedang menyiapkan tugasan yang diberi oleh Dr Rahiz (A.K.A )encik suami. Lagi seminggu cuti semester akan berakhir.

Finally, tugasan semester dah siap!". Aku melompat keriangan. Tiba-tiba tubuhku terlanggar sesuatu dan menyebabkan aku hampir terjatuh. Nasib baik ada tangan besar menyambut tubuh kecilku dari belakang. Nasib baik muka cantik aku ni tak sujud kat lantai. Kalau tak nanti Rahiz dah tak sayang aku.

Perlahan-lahan ku membuka mata kelihatan samar-samar wajah si dia. Ku cuba menganalisis wajah si dia. Rahiz!. Rahiz menjongket kening sambil memandangku dengan wajah yang risau. "Habibati... Are you okay?". Tanyanya. Aku hanya menganguk tak dapat berkata apa-apa . Sekarang ku dapat rasakan mukaku sudah berbahang kerana malu.

Ku bangun dari sambutan Rahiz, dan menegakkan tubuhku. Rahiz juga turut menegakkan badannya dan bertukar posisi ke memeluk badan dan menyandarkan badanya di dinding. Sambil menjongket sebelah kening memandangku.

" Excited betul ya zaujah habibati saya ni. Hmmm." Katanya. Ku hanya statik berdiri di hadapannya. Perasaan malu masih ada pabila teringat kembali apa yang berlaku.

Ku melihat mata Rahiz tertancap pada komputer ribaku. "My assignment?". Tanyanya. Aku hanya menganguk. Ku melihat Rahiz menapak ke arah komputer ribaku. Cepat-cepat ku menghalang. "Ehhhhh abang nak buat apa ni". Tanyaku. "Nak tengoklah, Habibati buat macam mana, betul tak. Kenapa salah ke?. Jawabnya. Sempat pulak selit soalan di dalam jawapannya.

"Tak salah, cuma nanti tugasan Habibati tak jadi surprise lah. Jawabku. "Surprise?" Tanyanya. Dahinya berkerut. Aku hanya menganguk. Rahiz hanya mampu mengeleng dengan telatahku. "Comel". Rahiz berkata sambil senyum ke arahku. Ku hanya senyum ke arahnya. Rahiz menapak ke arahku. Aku mengangkat muka, untuk melihat wajahnya. Tulah siapa suruh tinggi lagi. Dah tahu isteri dia ni pendek.

"Comel jer zaujah saya ni". Rahiz mengusap kepalaku,dan memberikan satu kucupan di sebelah pipiku. "Eh pipi dia merahlah". Rahiz mencuit hidungku. "Comelnyeee dia tu...." Rahiz mencubit pipiku kegeraman.

"Sakitlah". Aduku. "Alololo, sorry". Rahiz mengusap lembut pipiku. Tiba-tiba satu kucupan lagi singgah di pipiku. "Dah, bagi ubat nanti lega lah tu". Rahiz berkata sambil mengeyitkan mata kepada ku. Terkaku sebentar,hilang segala tatabahasaku. Nak bercakap pun tiada suara.

Dapatku tangkap tawa Rahiz sebelum dia melangkah keluar dari bilik. "Ishhhh dia ni saja nak bagi aku malukan". Marahku. "Betul ke ni Rahiz yang aku kenal biar betul, ke aku mimpi. Aku menampar kuat pipiku "Aduh sakit, ok ni bukan mimpi ni betul".

"Menungkan apa lagi tu habibati, jom turun makan. Umi dah tunggu". Suara garau itu menyedarkan aku ke alam nyata. Dapat ku tangkap ketawa kuat Rahiz. Dia tak keluar lagi ke. Aduh... Malunya.

..........................
"Habibati. Bangun dah subuh ni." Dapatku rasakan tubuhku bagai digoncang seseorang. Perlahan-lahanku membuka mata. Cahaya lampu yang terang menerobos ke dalam mata. Samar-samar figura encik suami muncul di depan mata.

"Assalamualaikum zaujah habibati abang." Rahiz memberi salam, senyuman tidak lekang dari bibirnya. Waalaikummusalam. Suami tercinta saya." Makin lebar senyuman Rahiz pabilaku menjawab salamnya.

"Jom bangun, solat subuh." Rahiz menarik tanganku untuk bangun. Tetapi aku mengeraskan badan. "Taknak." Aku menggeleng. Kembali menarik selimut meliputi seluruh badan.

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now