Bab:30

626 8 0
                                    

Akhirnya sampai juga di langkawi. Rahiz telah lama menyimpan hasrat untuk membawaku ke langkawi. Tapi disebabkan kesibukkan diri terpaksa dia tundakan dulu hasratnya. Tapi sekarang kaki telah pun memijak bumi langkawi.

..................

Pukulan ombak laut menyapa telinga. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kulit wajah. Mengambil angin melihat ciptaan tuhan keindahan yang tak dapat diungkapkan. Aku tersenyum melihat Rahiz yang sedang bermandi-manda bersama putera sulungku. Syahmi. Bukan main seronok main yer. Yang si bongsu hanya melihat dari jauh. Sabar ye sayang. Raisya kalau letak dekat laut tu entah timbul ke tak. Tenggelam ke dasar laut rasanya.

"Mama!!!. Engok baba." Jerit Syahmi. Terusku kalih pandangan ke arah mereka.

Kelihatan Syahmi berlari ke arahku. Syahmi terus memeluk kakiku. Dengan badan yang basah!. Teresak-esak menangis. Apalah si baba usik ni. Tengok dia usik aku yang kena pujuk.

"Kenapa sayang... Baba buat apa..?" Tanyaku

"Baba kata belakang Ahmi ada shark". Ujar Syahmi bersama esakan.

"Allah..." Mengucap aku dibuatnya.

Kelihatan Rahiz mendekati kami. Terus Syahmi berlari ke belakangku menyorok. Ha tengok pandai buat sampai anak trauma dengan baba sendiri. Tanpa melengahkan masa terus tangan ni naik menampar kuat bahu Rahiz. Rahiz mengaduh kesakitan.

"Apa ni sayang..." Adu Rahiz.

Lagi sekali tangan ni naik memukul bahu Rahiz. Berani panggil sayang depan anak. Rahiz menjongketkan kening keliru. Sambil menggosok bahu yang menjadi mangsa kekejaman ku.

"Jangan panggil sayang depan anak." Marahku.

Tiba-tiba Syahmi ketawa dengan kuat di belakangku. Amboi bukan main seronok baba dia kena pukul.

"Wahhh.... Gelak kat baba.." Usik Rahiz. Terus Rahiz mengejar lalu Syahmi lari tanpa kalih ke belakang. Sebab dia tahu baba dia akan kejar dia. Dia ni bab lari bukan main laju.

"Haihh... Takpalah Raisya teman mama jalan-jalan jelah. Penat nak melayan abang dengan baba kamu." Ujarku.

..............

"Mama Ahmi nak mandi..." Pinta Syahmi.

"Suruh baba buka baju. Mama nak siapkan adik kejap." Ujarku.

"Tapi.... Baba main tepon." Ujar Syahmi.

Aku memandang Rahiz yang ralik bermain telefon pintar. Aku mencapai bantal lalu dibaling tepat ke muka Rahiz.

"Main telefon buat apa!. Mesej makwe, orang suruh siapkan anak dia main telefon. Anak sejuk tu... Bagilah mandi.... anak demam siap abang!." Marahku. Bergegar bilik hotel.

Terus Rahiz bangkit dari duduknya lalu membawa Syahmi masuk ke dalam bilik air. Tahu cuak haaa...

Selesai menyiapkan Raisya. Aku mengambil keputusan untuk baring sebentar di atas katil empuk yang disediakan oleh pihak hotel.

"Mama angun..." Kejut Syahmi.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Cahaya lampu menerobos ke dalam mata. Terpampang jelas muka Syahmi di depan mata.

"Ye sayang... Pukul berapa sekarang.?" Soalku.

"Pukul 6." Jawab Rahiz.

Lama betul aku tidur.

"Bangun sayang. Siap lepas maghrib abang nak buat suprise untuk sayang." Ujar Rahiz bersama senyuman.

Aku hanya mengganguk lalu berlalu ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

Usai membersihkan diri kami menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Selesai bersiap kami keluar dari bilik hotel lalu menaiki kereta pergi ke sebuah restoren mewah.

Ke manalah si Rahiz ni nak bawak aku...

"Sayang jom.." Ajak Rahiz.

Tiba-tiba Rahiz menutup mataku. Aku sedikit terkejut. Nasib baik tak kena tendang. Kalau tak senak sampai sebulan.

"Apa ni..." Ujarku keliru.

"Adalah." Ujar Rahiz.

Rahiz memimpin tanganku lalu didudukkan aku di atas kerusi. Bau wangian seperti lilin menusuk ke dalam rongga hidung. Lalu penutup mata ditarik perlahan. Aku mengerdipkan mata beberapa kali bagi menghilangkan kabur.

Kelihatan bunga ros bertaburan di atas meja makan. Beberapa hidangan stik yang lazat dihidangkan. Syahmi berada di sebelahku. Mata tidak berhenti memandang stik yang berada di atas meja. Dia ni bab makan memang tak boleh buat apa.

Kelihatan Rahiz berdiri di sebelahku bersama Raisya didukungannya. Rahiz memberikan Raisya kepadaku. Lalu melutut di hadapanku sambil mengeluarkan sekotak bekas berwarna merah. Lalu dibuka penutupnya berisi cincin emas.

Dengan automatik tanganku naik menutup mulut. Rahiz menyuakan tangannya lalu menarik tanganku. Cincin disarung di jari manisku. Rahiz mengucup perlahan tanganku. Lalu mengangkat kepalanya memandangku bersama senyuman manis terukir di bibir merahnya.

Tanpaku sedar ada air jernih mengalir keluar dari tubir mata. Lalu tangan Rahiz naik menyeka air mataku. Lalu dikucup perlahan pipi kiri dan kananku.

"Thanks." Ucapku terharu.

"You are welcome ya habibati." Ujar Rahiz.

"Uhibbuka Aidhon."( I love you). Ujarku.

"Uhibbuki Aidhon". Ujar Rahiz bersama senyuman.

"Mama baba dah oleh akan ke?" Tanya Syahmi.

Serta-merta kepala kami terarah ke arah Syahmi yang memandang stik di hadapannya. Tak lepas pandang stik tu.

Terus ketawa kami pecah. Haih... Baru nak feeling sweet anak pulak lapar. Aku harap keluarga kami akan kekal hingga ke syurga. Rahiz Reza "Anta masali watajaqla qalbi yabtasam."( Kamu sempurna dan membuat hatiku tersenyum.)

Tamat....

Terima kasih kepada yang sudi membaca karya pertama saya. Maka tamatlah sudah kisah Rahiz dam Syahira. Jadi dengan ini saya sebagai penulis "Suamiku Ustazku " ingin meminta maaf sekiranya ada perkataan dan ucapan saya menyakiti hati para pembaca maka maafkanlah saya. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat. Terima kasih banyak-banyak. Allhamdullilah bagi saya karya pertama ramai yang baca membuatkan saya lagi bersemangat untuk menulis karya-karya kedua dan seterusnya. Doakan saya. Maka "Suamiku Ustazku" melabuhkan tirai... Assalalamualaikum. Uhibbuka/uhibbuki Aidhon semua....

Tunggu karya yang kedua bakal di publish. Jangan lupa follow ig dan tiktok saya untuk mendapatkan info.

Ig: https://instagram.com/fashafarha_chaa01?igshid=MzNlNGNkZWQ4Mg==

Tiktok: FashaFarha

Assalamualaikum...




SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now