Bab 6: Abi

645 14 1
                                    

Kami bersarapan di kafeteria hospital. Rahiz datang membawa makanan yang dibelinya. "Umi, habibati makan". Rahiz senyum. Umi menganguk.

"Errrr... Kita makan cepat ye umi nak tengok abi." Kata umi. Aku dan Rahiz menganguk.

Usai makan. Kami naik ke wad yang menepatkan abi. Ketika sedang menapak ke arah wad abi. Kelihatan beberapa orang jururawat dan seorang doktor berlari ke arah wad yang menepatkan abi. Aku berlari ke arah seorang jururawat. Jururawat itu menghalang kami untuk masuk ke dalam wad. "Maaf puan, tidak dibenarkan masuk sekarang kerana pesakit di dalam keadaan kritikal".

Terduduk aku mendengar kata-kata dari jururawat tersebut. Terus laju air mataku mengalir. Tak dapatku tahan lagi air mataku dari luruh. Umi memeluk tubuhku cuba menenangkan aku.

Beberapa jam telah berlalu. Tetapi masih belum kelihatan sosok doktor keluar dari dalam wad. Aku memeluk tubuh risau akan keadaan abi. Rahiz masih setia di sampingku.

Kelihatan sosok seorang doktor menapak keluar dari dalam wad. Terusku berlari ke arah doktor itu. " Doktor macam mana dengan abi saya". Tanyaku. Doktor menggeleng. "Maafkan kami, tak dapat selamatkan tuan Shahmi". Kata doktor itu.

Terus terdudukku kali ini aku tidak dapat bertahan lagi. Aku rasa hatiku bagai diguris ku tak sanggup kehilangan abi. Umi memelukku dan berkata. " Anak umi kuat, Allah sayang abi".

               Jenazah abi dibawa pulang kerumah. Jenazah abi dimandikan. Wajah abi kelihatan tenang dan tersenyum. Jenazah abi dikafankan dan disolatkan mengimamkan Rahiz.

              Setelah jenazah abi  selesai disolatkan.  Jenazah abi dibawa ke pusara untuk pengebumian. Bermula dari sinilah aku perlu menerima hakikat bahawa abi akan pergi meninggalkan aku dan umi selama-lamanya.

          "Abi... Kenapa. Kenapa abi kena tinggalkan umi dan Syahira. Abi tahukan Syahira sayangkan abi." Air mataku mengalir tanpa henti. Tangan masih mengusap kayu yang menjadi pengganti batu nisan.

  
     "Syahira... Dah jom kita balik nak hujan ni sayang". Umi mengusap bahuku. "Taknak! Syahira taknak balik nanti siapa nak payungkan abi nanti abi demam". Kataku sambil tersedu-sedu kerana tangisan.

           " Habibati... Jom kita balik nanti kita datang lawat abi lagi ok". "Taknak!. Bantahku. "Syahira.... Jangan macam ni sayang. Syahira kena redha yang Allah lebih sayangkan abi".

     
      "Tapi umi, Syahira banyak buat salah dengan abi Syahira ni memang anak tak guna kan umi". Kataku sambil air mataku mengalir tanpa henti. "Syahira jom kita balik ya". Kata umi. Ku hanya patuh walaupun hati ini berat untuk meninggalkan pusara lelaki yang  telah menjagaku dari kecil.

.................................

Hujan rahmat turun membasahi bumi. Aku hanya termenung disebalik tingkap yang penuh dengan renjisan air hujan. Aku mencapai sebuah Album yang berisi segala memori bersama abi.

           Ketika melihat segala gambar memori yang terdapat di dalam album itu kembali membuat hatiku sebak kerana merindui wajah tenang abi.

          Pintu bilik dikuak dari luar terpampar wajah jejaka yang telah hadir didalam hatiku,dan kini telah sah bergelar suamiku.

         "Habibati... Boleh abang masuk". Rahiz meminta izin. Aku hanya menganguk. Rahiz melangkah ke arahku dan melabuhkan punggung di sebelahku. "Rindu abi?". Aku hanya menganguk. Tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa.

         
          Rahiz merapatkan tubuhku ke dada bidangnya. Aku kemas di dalam dakapannya.  "Syahira memang anak yang tak guna kan abang".  Shhhhh..... Jangan cakap macamtu habibati adalah seorang anak yang baik. Sebab habibati  dah berjaya memuliakan abi dan umi dalam hidup habibati. Abang bangga dengan Habibati. Rahiz membelai rambutku dan satu kucupan singgah di kepalaku.

        Ku mengangkat muka. Rahiz memandangku dan menghadiahkan senyuman kepadaku. "Thanks..." Ucapku. "Thanks for what?". Rahiz memandang dengan wajah yang berkerut. Thanks sebab terima Syahira sebagai isteri.

              Rahiz memandangku dan menghadiakan senyuman kearah seraya mengucup dahiku. "You are welcome". Kepalaku dibelai olehnya.

          "Dah jangan sedih sedih". Tanganya naik menyeka air mataku. "Jom turun makan umi dah tunggu". Rahiz menarik tanganku untuk bangun. Aku hanya patuh.

             Kami turun kebawah kelihatan kelibat umi sedang menyediakan hidangan di atas meja makan. "Ha... Turun pun, jom makan". Umi senyum ke arah kami. Aku melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Rahiz  turut melabuhkan punggung disebelahku. Manakala disebelah umi pula kosong. Jika dulu ruang kosong disebelah umi akan diisi oleh abi. Tetapi sekarang tidak lagi.

         Aku melihat umi menguis nasi yang berada di dalam pinggan. "Umi... Rindu abi ke?". Umi memandangku. Umi hanya menganguk. " Umi redha dengan ketentuan Allah". Umi senyum ke arahku.  Ku membalas senyuman umi." Dah makan".






Sorry for the late update. Sebab tengah busy dengan periksa🤧 .And insyaAllah kalau tiada apa apa halangan saya akan update bab 7 dan bab-bab seterusnya. Thanks sebab sudi menunggu😘. I hope you guys enjoy this story. Sorry for any typo jika ada kesalahan  maafkan saya sebab baru first time buat story☺️, heheheh ok selamat membaca. Sayang korang. Rahiz dan Syahira pun sayang korang muah.😘💓

Bissmillah

            

             

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now