Jejaka misteri

568 16 0
                                    

Masih pov Rahiz:
tapi hati aku hanya untuk syahira walaupun aku tahu cintaku buatnya tidak kesampaian bagai"cinta bertepuk sebelah tangan. Hatiku berasa sedih kerana ku tak dapat menghalalkan wanita yang ku cintai.

     Tepat pukul tiga pagi aku bangun untuk menunaikan solat istikharah. Usai, solat istikharah aku mengangkat tangan untuk berdoa.

       " Ya rabbi ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada hamba jika bakal isteri ku itu ialah jodohku maka pertumukanlah kami,jika dia bukan jodoh ku  maka jauhilah dia dariku dan pertemukan dia dengan jejaka  yang dapat menjaga dan membimbingnya ke syurga."
   

Pov Syahira is back:
Tepat pukul tiga pagi,aku bangun untuk menunaikan solat istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah.

          Usai,menunaikan solat istikharah aku mengangkat tangan berdoa.

         " Ya rabbi Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk jika bakal suamiku itu ialah jodohku maka pertemukanlah kami,jika ia bukan jodohku maka pertemukanlah dia dengan bidadari yang lagi sempurna dari ku."

         Setelah selesai berdoa badanku berasa letih mungkin aku terlampau fikirkan jejaka misteri itu. Aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar di atas sejadah.

             pada masa ini ku rasa sejadahlah tempat paling sesuai dan selesa untuk aku berehat. Lama-kelamaan dunia bertukar gelap aku lena dibuai mimpi.

          Pintu bilikku diketuk berulang kali. Aku tersedar dari tidurku terusku membuka pintu untuk melihat siapakah  gerangan yang telah mengacau tidurku.

             Umi berdiri tegak dihadapan pintuku sambil memegang sepasang baju kurung berwarna coklat gelap.

"Baju apa ni umi?" Tanyaku.

       "Baju nikah kamu lah" balas umi.

        "Huh!?"

          "Bakal ibu mertua kamu datang harini untuk menyarungkan cincin nikah lepas solat subuh terus bersiap". Terus baju kurung itu ditolak lembut ke arah dadaku.  Hari sarung cincin harini ke,kenapa abi tak bagitahu, adakah aku patut lari sekarang ni ouh tidak Syahira kau tak patut.

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now